Assalamualaikum dan selamat membaca. Dari title, aku yakin pasti semua orang sudah sedia tahu apa erti histeria ini. Berbeza dengan saka, sihir atau santau, histeria ini terjadi disebabkan makhlus halus yang tidak bertuan. Punca? Makhlus halus itu ingin menggangu manusia yang dirasakan telah menganggu kediamannya atau sebab-sebab tertentu yang menyebabkan munculnya dendam.
Kalau dekat sekolah, biasa kita dengar punca kejadian histeria ini adalah disebabkan tindakan pengetua yang mengarah agar pokok sekian-sekian ditebang, untuk dibina bangunan baru. Malangnya, pokok tersebut dikatakan berpenghuni lalu berlakulah kejadian histeria disekolah. Jin mulai mengamuk dan tunjuk belang. Kononnya, ini rumah aku dan kenapa kau berani merosakkannya. Bukankah Allah sudah berpesan, kalau jin dan makhluk halus yang lain mesti tinggal jauh dari anak-anak Adam? Aku harap jin bacalah apa aku tulis ni. Astagfirullah, cakap besar eh kau. Hihihi.
Tapi bila fikir balik, logik ke kalau setiap kejadian histeria adalah berpunca dari pokok yang ditebang? Dan bila histeria aje, confirm terjadi diwaktu minggu peperiksaan? Kalau histeria aje, mesti budak-budak target pengetua. Kenapa ini berlaku? Bolehkah ianya dikaitkan dengan gangguan psikologi dari pelajar-pelajar itu sendiri? Ya. Boleh.
Dekat sekolah aku sendiri, pernah terjadinya kejadian histeria ini. Teruk wey. Budak-budak perempuan, biasalah kena histeria kan? Ni budak lelaki pun ada yang kena kot, pelajar India dan Cina pun tidak terkecuali malahan ada cikgu disekolah aku sendiri turut diganggu dan hampir pengsan. Aku? Alhamdullilah. Tak. Cuma masa Form2 aku pernah meracau balik dari sekolah sebab waktu tu aku pergi sekolah dalam keadaan demam. Balik senja-senja, malam terus meracau and aku tak sedar pun waktu tu. Tapi ntahla, aku rasa mungkin demam aku kuat sangat sebab tu susah nak kawal diri sampai meracau dan cakap yang bukan-bukan tapi macam biasalah, kalau kejadian meracau or histeria ni berlaku, mesti kita kaitkan dengan gangguan makhlus halus. Ntah-ntah makhlus halus tu tengah sedap tidur, kita boleh pulak fitnah dia. Bodohla kalau aku kata gangguan jin ni tidak wujud cuma kita tak boleh seratus peratus menyalahkan makhluk Tuhan itu.
Pernah aku tengok seorang ustaz ni rawat budak histeria ni dengan rotan. Seorang pegang badan budak tu, seorang lagi rotan tapak kaki dia. Sampai merah-merah. Sedih juga aku tengok dahla budak tu kecik aje tapi itu mungkin cara rawatan dari Darul sekian-sekian itu sendiri. Tapi itulah, buatnya dalam badan budak tu takde jin, melainkan gangguan mentalnya sendiri tak ke kesian?
Sebabnya, masa kat sekolah kawan aku ni kena histeria lepas putus dengan pakwe dia. So bila kena histeria aje, dia akan serang bekas bf dia tu. Menurut jin yang merasuk dia, jin tu kesian dekat kawan aku ni selalu sensorang dan suka bersedih. Logikkah? Atau ianya hanya sekadar gangguan psikologi semata-mata? Wallahualam. Sebab kedua, seorang kawan aku ni baru sahaja kematian ibu dan dia pun terkena histeria yang teruk. Mungkin dia seperti itu puncanya kerana berasa amat sedih dan terpukul disebabkan kehilangan wanita paling berharga dalam dunia ni?
Yang aku pelik kebanyakan pelajar histeria mesti mempunyai background sedih disebaliknya. Mungkinkah pelajar itu sendiri mengalami stress melampau hingga merasakan dirinya telah diganggu jin?
Walaubagaimanapun, kedua-keduanya adalah sejenis penyakit yang harus dirawat dan perlu diberi perhatian. Wallahualam.
– Unknown
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit