HIV Bukan Penghalang, Bagi Kami Peluang

Terima kasih jika post saya disiarkan.

Apa yang saya ingin kongsikan ini mungkin kedengaran biasa pada hari ini. Tetapi kebiasaan ini lah yang menjadi batu penghalang bagi kami penghidap HIV untuk penghidupan normal seperti orang lain.

Saya di sahkan HIV positif pada Disember 2015. Pada saat ini pelbagai persoalan mula mengcengkam masa depan saya. Adakah mampu untuk saya jalani kehidupan seperti orang lain. Saya juga mahu berkeluarga, mempunyai anak, berkerjaya dan menjalani rutin harian seperti orang lain.

Sahabat,
Dugaan ini tidak mudah, ramai yang hanya menyalahkan kami. Namun tidak ramai cuba memahami. Penyakit ini adalah penyakit berjangkit namun ia berjangkit tidak semudah yang anda sangkakan. Tidak melalui udara, tidak melalui sentuhan, tidak melalui air tetapi melalui cecair badan.

Tapi realiti yang ingin saya kongsikan adalah tentang kerjaya. Banyak syarikat diluar sana malah kerajaan sendiri mempunyai stigma dan tidak sanggup menerima pesakit HIV. Saya berkerja di sebuah bank sebelum ini dan desk job adalah kurang berisiko untuk jangkitan namun jika status saya diketahui saya akan kehilangan kerja.

Hidup sentiasa dalam ketakutan dan mencari alasan untuk bercuti semata-mata untuk merahsiakan appoinment doktor atau waktu untuk menganbil ubat setiap bulan.

Hari demi hari berlalu Alhamdulillah saya ditawarkan sebagai penjawat awam. Bagi saya apa yang saya inginkan adalah job security bukan dari segi teknikal tetapi supaya saya tidak mudah dibuang. Saya ingin meneruskan hidup.

Menitis airmata saya ketika mengisi borang untuk menandakan tidak pada “adakah anda menghidap HIV”! Hati saya meronta kenapa perlu kami diberi tekanan sebegini. Penyakit saya tidak mudah untuk dijangkiti dan ini yang perlu ditekankan. Jika rawatan yang diterima cukup dan saya mentiasa mengamalkan rutin tetap masa dan kehidupan sihat jangka hayat saya mungkin sama dengan orang lain. Jika saya menandakan “Ya” saya tidak layak untuk ke peringkat seterusnya atau tidak dilantik.

Saya mampu berkerja, saya tidak mudah jatuh sakit yang menghalang dari melaksanakan tugas dan amat berharap untuk menghapuskan tanggapan ini. Semoga masyarakat memahami dan menerima kami untuk hidup seperti biasa dan berkhidmat untuk masyarakat. Amin

– Murad Ahmad

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit