HIV Bukan Penyakit Pendosa

Hai guys, aku rasa nak share my thought tentang penyakit HIV sebab ada terbaca confession Sis Hanan mengenai suami dia yang sangat baik walaupun menghidap penyakit HIV.

Boleh baca confesession Sis Hanan di sini, (https://iiumc.com/suamiku-hiv-positif/).

Fahamkan dulu definisi HIV.

Human Immunodeficiency Virus.

Human-Manusia

Immunodeficiency-Kurang daya tahan

Virus-Virus

Jadi HIV ialah kurang daya tahan tubuh manusia. Maksudnya virus bereplika di dalam tubuh manusia dan menggandakan dirinya dalam perumah (manusia).

HIV ni sejarah dia panjang,boleh je korang like facebook page HIVee Community yang dikendalikan oleh Bro Nairul dan aku.

Back to topic, HIV ialah virus yang menyerang imun sistem manusia. Kalau sekarang ni tengah musim COVID-19, mereka lebih fragile dari yang takde HIV. Senang cerita, apa-apa penyakit berjangkit senang hinggap kat penghidap HIV.

Kenapa yea aku cakap HIV ni bukan penyakit pendosa?

Aku terbaca yang salah satu tanda akhir zaman ialah wabak penyakit berpunca daripada kejahatan manusia dan tidak pernah dihidapi oleh zaman lain.

Dalam fikiran, HIV = akibat seks tak selamat…

Aku lebih suka menggunakan frasa ‘penghidap’ daripada ‘pesakit’ sebab secara keseluruhannya penghidap HIV tiada simptom jelas ditunjukkan dan hanya ujian darah yang boleh menentukan status kesihatan.

Dan aku dah banyak jumpa penghidap HIV yang mendapat jangkitan daripada ibu bapa/ pasangan/ perogol/ kesilapan teknikal semasa penerimaan darah/ needle prick.

Mereka adalah mangsa. Tak semua jangkitan HIV adalah berpunca daripada aktiviti berisiko.

Pernah aku berjumpa dengan penghidap HIV yang seawal usia 3 tahun telah memulakan rawatan HAART dan masih boleh beradaptasi sehingga dewasa.

Menjalani hidup seperti manusia normal, bernafas, berlari, tidur, makan , belajar, kerja, berkahwin dan mempunyai anak. Fungsi kehidupan mereka tidak terjejas.

Walaupun WHO telah mengisytiharkan bahawa vertical transmission melalui ibu-anak di Malaysia mencapai tahap sifar pada tahun 2012-2013 tak silap namun masih ada anak yang mendapat jangkitan HIV masih survived sehingga kini dengan rawatan HAART.

See, HIV bukanlah ‘Hukuman Mati’ bagi penghidapnya.

Zaman dahulu, masyarakat dimomokkan dengan bayangan penghidap HIV yang bedridden,kudis di tubuh,kurus kering,dan senang berjangkit.

Sekarang, aku melihat bayangan buruk penghidap HIV telah mula memudar seiring dengan perkembangan media sosial yang semakin pesat dan maklumat mudah diakses.

Peranan NGO yang menjalankan advokasi secara dalam talian juga mendidik masyarakat tentang pendidikan seks dan penyakit tertular melalui aktiviti berisiko.

Dan bagi aku, rawatan untuk penghidap HIV iaitu HAART berjaya menidurkan aktiviti virus dari memusnahkan sistem imun tubuh walaupun sehingga kini vaksin/penawar HIV masih dalam kajian.

Bagi penghidap HIV yang newly diagnosed oleh doktor,jangan pernah putus asa. Dia masih sayang kepada hamba-NYA dan memberikan peluang kedua untuk menebus kesilapan. Jangan skip rawatan dan sentiasa follow up dengan doktor.

Dan bagi penghidap HIV yang lama/otai, jadilah teladan dan role model kepada penghidap lain yang baru disahkan menghidap HIV.

Sokongan moral penting kepada penghidap HIV kerana adakalanya mereka mempunyai self-stigma.

Kesimpulannya, HIV bukan penyakit pendosa.

Huruf pertama dalam HIV ialah Human iaitu manusia; semua golongan umur, bangsa, jantina dan sexual desire tidak terlepas daripada dijangkiti HIV.

Semoga perkongsian dan buah fikiran aku dibaca dan dihayati sebaiknya.

Sempena umat Islam berpuasa, jadi aku nak mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa.

– Cik H (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *