HIV Positif dan Penerimaan Orang

Assalamulaikum kepada semua pembaca IIUMC. Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak IIUMC kerana sudi ‘post’ entry ini.

Aku sangat berharap agar apa yang cuba aku sampaikan ni menjadi Ibrah kepada semua dan yang lebih penting lagi aku sangat berharap agar kita lebih bersikap terbuka kepada golongan PLHIV (People Living in HIV) ini.

Aku, 29 tahun, yup, tidak terlalu tua, dan yup, aku adalah pembawa virus paling ditakuti oleh semua umat manusia, HIV. 1st thing yang orang akan tanya, macam mana boleh kena? Apa benda tak elok yang kau dah buat? Ni bala Tuhan ni.

Yup memang, ini memang ujian Tuhan yang besar buat aku tapi siapa aku untuk menolak dugaan dan takdir yang memang dah Tuhan tulis di lohmahfuz untuk aku? Ini takdir aku, kenapa susah sangat kau nak terima aku?

Semuanya bermula bila aku decide untuk habiskan zaman bujang aku, berkahwin la tu maksudnya, dah tak lama dah, memang dah tak lama dah untuk aku bernikah (dengan izinNYA).

Di Malaysia ni untuk orang islam kalau nak kahwin memang kena enrol for HIV screening from any government hospital in Malaysia.

Kau tak payah acah-acah nak cuba-cuba beli HIV Rapid Test Kit dekat pharmacy dan sebagainya sebab mereka memang tak akan jual benda tu, unless to those underground market which is I don’t know and not even interested to know.

So, better pergi hospital kerajaan je, better service, accurate, professional dan lebih penting bayar seringgit je!, even if you just wanted to test bukan sebab nak kahwin pon they will more than happy to assist.

Aku sangat confident dengan level of health aku sekarang and I went to the hospital in a very positive though.

1st attempt when the nurse took my blood from my finger and drop it to the device (HIV Rapid Test device) in few second I can see it clearly there are 2 lines, panic, yes I am, and the nurse carefully look at those lines, I think the nurse also panicked and start asking her other colleague either to test for the 2nd time.

2nd attempts, I told the nurse that I am so nervous on what will be happen next, again, they took my blood and again it shows 2 lines. Seriously, I am shaking, rasa macam nak terbaring je atas lantai hospital ni, and my mind start wondering, pondering, questioning, is this real to me?

Again the nurse asking her colleague on whats next? Semua sepakat kata, PERGI JUMPA DOKTOR. Ya Tuhan, apa semua ni? Betul ke ni? Dalam borang, nurse circle dekat ‘REAKTIF’ (maksudnya positif HIV).

Jumpa doctor and yes from the HIV Rapid Test I am reactive to HIV, and counselling session with the doctor started. Aku diterangkan apa dia HIV Rapid Test ni, HIV Rapid Test is 99.9% accurate, maknanya kalau test tu positive, chances untuk FALSE POSITIVE hanyalah 1% ya, aku tegaskan, hanya 1%.

Aku diterangkan juga bagaimana HIV ni merebak dan berjangkit, puncanya hanya ada 4 sahaja dan jangan tanya aku bagaimana aku boleh kena jangkitan ni sebab hati dah diri ni sudah puas menyesali dengan dosa-dosa lampau yang telah aku buat secara tak sengaja ataupun sengaja. Sudahlah, tidak perlu ditanya lagi.

Aku disarankan untuk banyak membaca tentang PLHIV ni melalui internet dah doctor juga ada menerangkan serba sedikit tentang HIV ni, yang paling penting aku kena stay healthy, eat good food, exercise more, ikut nasihat doctor dah sebagainya.

Perasaan ketika tu hanya Tuhan je yang tau, aku sangat terkejut dengan musibbah yang aku baru terima ni aku cuba berlagak biasa sahaja tapi dalam hati ni, hancur, hancur lebur hati ni, perkara yang paling aku takuti atau semua orang takuti ni terjadi pada aku. Bermacam-macam bermain difikiran.

Adakah aku diterima masyarakat? How about my future? My career? Adakah keluarga aku mampu terima diri yang dah tercemar dengan virus ni? Macam mana dan macam mana?

Aku akan dipulaukan, aku akan dibuang keluarga, aku akan dihina, aku akan dicerca, takutnya kalau aku menjadi punca orang lain pulak yang terkena jangkitan, nak m4ti nanti pun kena ada special care!

Yang paling berat untuk aku fikirkan, MACAM MANA DENGAN PLAN KAHWIN AKU NI? Hancurnya hati ni bukan main-main lagi, semua dah dirancang, cancel kahwin? Kalau kahwin, macam mana nanti? Habis, habislah. I am all alone in this beautiful world.

Sedih menangis tak kering-kering airmata, selepas dari berita aku tau HIV Rapid Test aku reactive, aku kena buat blood test on the same day, they took my blood in a big quantity from my vain to confirm that I am HIV effected person, and I should wait for another 2 weeks for the result.

2 minggu paling menyiksaan but I am glad to have a friend and my lovely fiancé that can support me with all the positive vibes and togetherness in facing my situation. Not easy weh seriously not easy. Aku yang menanggung.

From there, aku mula semak balik amalan aku pada Tuhan, aku susunkan, aku ketatkan mana yang longgar, doa tak putus-putus aku panjatkan agar keputusan selepas 2 minggu itu menjadi FALSE POSITIVE, penuh azam aku tegakkan untuk tidak melakukan laranganNYA.

Aku ingin dekat denganya dan perlahan-lahan aku redha dengan ketentuanNYA terhadap aku, aku cuba motivate-kan diri ni untuk terus positif and percaya pada takdir hidup aku dan getting ready for my future yang aku tak pasti apa yang bakal aku tempuhi.

Selepas 2 minggu, sah, aku sah HIV Positive, tapi kali ni aku lebih realistic, aku cuba terima takdir hidup aku, aku tanamkan azam yang Tuhan sayang aku sebab dia nak aku dekat dan meminta tanpa henti pada DIA.

Azam aku juga untuk aku lakukan sesuatu yang boleh bagi big impact pada semua, aku boleh walaupun aku PLHIV, hak untuk aku hidup dan menuai rezeki ALLAH ni adalah sama seperti orang normal yang diberikan kesihatan sempurna.

Dugaan semantara yang Tuhan beri aku di dunia ni semata untuk aku terus mengigati DIA yang maha mencipta dah maha menyihatkan.

Pesan aku, jadilah orang yang berilmu untuk terima kami PLHIV. HIV tidak berjangkit dengan berkongsi makanan, berjabat tangan, berkongsi kolam renang, tidur sebantal/sekatil. Ingat ni, HIV hanya berjangkit dengan 4 CARA SAHAJA:

1. Melalui hubungan s3ks dengan PLHIV (tanpa rawatan) dan tidak mengambil langkah pencegahan.

2. Berkongsi jarum dan alat suntikan yang tercemar dengan HIV.

3. Secara vertical iaitu daripada pasangan PLHIV kepada zuriat sama ada semasa mengandung, proses kelahiran, atau penyusuan ibu (tanpa rawatan).

4. Menerima tranfusi darah atau transplant organ yang tercemar dengan HIV.

Pesan doctor, “Kita dalam hidup ni Tuhan dah banyak memberi, tapi kurang dari kita yang dapat memberi semula, jadi, memberilah….”, “awak boleh hidup normal, tapi kena ada ilmu, islam tak buang orang HIV and islam tak larang orang HIV untuk berkahwin”

Mungkin ada yang mengatakan aku ni terlalu berlebih-lebih atau terlalu takut dengan stigma masyarakat tetapi itulah realitinya keadaan aku pada ketika ini. Aku yang menanggung.

HIV vs AIDS perkara yang sangat berbeza, tak semestinya orang yang PLHIV akan m4ti dengan AIDS malah banyak case yang m4ti bukan dengan AIDS kerana kita kena ingat urusan hidup m4ti semua ditangan ALLAH yang esa, sekurang-kurangnya penyakitku ini bukanlah sejenis kanser.

HIV atau apa-apa penyakit pun yang Tuhan beri bukanlah satu hukuman m4ti untuk kita. Sekurang-kurangnya juga, ada peringatan dari Tuhan untuk aku terus menginsafi diri ini dan bersedia untuk m4ti.

You/me are asking, “why you/me?” Be patience and take honour that ALLAH tested you and allowed you to join the ranks of great ones. Your tribulation is a sign of HIS love for you.

Doakan kesejahteraan aku, sedekahkan al-fatihah pada aku, dan aku kembali normal seperti biasa kerana aku percaya, tiada penyakit yang tiada penawar, itu janjiNYA kecuali m4ti, semoga Tuhan mudahkan dan panjangkan jodoh aku jua, AAMIIN!

– Azlan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit