HIV Positif dan Penerimaan Orang III

Untuk part I, (https://iiumc.com/hiv-positif-dan-penerimaan-orang/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/hiv-positif-dan-penerimaan-orang-ii/).

Assalamulaikum kepada semua pembaca IIUMC. Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak IIUMC kerana sudi ‘post’ entry ini.

Aku sangat berharap agar apa yang cuba aku sampaikan ni menjadi Ibrah kepada semua dan yang lebih penting lagi aku sangat berharap agar kita lebih bersikap terbuka kepada golongan PLHIV (People Living in HIV) ini.

Lantaran dari doa-doa kalian dari entri aku yang belum ini iaitu HIV Positif dan Penerimaan Orang entri 03/09/2017 dan HIV Positif dan Penerimaan Orang II entri 18/07/2019,

Ianya secara tak langsung memberi semangat untuk aku meneruskan penulisan tentang kehidupanku serta pengalaman-pengalaman yang mungkin berguna unutk kalian yang mungkin senasib denganku.

Seperti yang pernah aku katakan didalam penulisanku pada sebelum ini, dan setelah pihak IIUMC sudi memaparkan entri aku ini aku membaca setiap komen-komen kalian.

Alhamdulilah, aku kira hampir semua membaitkan kata-kata positif dan penuh semangat memotivasikan diri serta isteriku untuk terus hidup berfikiran secara positif.

Dan paling bernilai buatku aku rasa apabila kalian sudi mendoakan kesejahteraan aku, isteri dan masa depan kami. InsyaALLAH doa-doa baik kalian akan kembali semula kepada kalian.

Aku tertarik juga dengan satu komen dimana ada yang mahu mendengar sisi cerita dari pihak isteriku pula. Sebenarnya apa yang aku tulis didalam entri ke-2 tersebut adalah jua dari cetusan idea dari isteriku.

Aku boleh katakan yang isteriku adalah pengikut setia komen-komen kalian dan setiap kali kami melihat komen-komen yang positif, doa-doa yang ikhlas dari kalian, kami acap kali memanjatkan syukur kehadirat ilahi. Sekali lagi terima kasih, semoga doa-doa tersebut kembali kepada kalian.

Tak kurang juga komen-komen yang berkaitan dengan pencerahan tentang HIV, PLHIV, U=U, dan sebagainya. Secara tak langsung kita dapat sama-sama memberi pencerahan dan maklumat yang tepat kepada masyarakat,

Lantas mengambil ibrah dan tauladan diatas apa yang terjadi dan yang paling penting untuk terus bersyukur dengan segala nikmat IMAN dan IHSAN yang telah tuhan kurniakan pada kita.

Ada juga yang meminta aku untuk turut serta “memberi” kepada masyarakat, turut serta dalam NGO dan sebagainya.

Jujur aku katakan fokus aku buat masa ini adalah mencari rezeki dan membina serta menjaga keluarga aku dahulu, Ibubapa ku dan mertua ku serta ahli keluarga yang lain. Masa hadapan InsyaALLAH kalau ada keizinan.

Buat masa ini isteriku yang aktif berkongsi/ mendapatkan maklumat berkaitan PLHIV didalam group WhatsApps-nya.

Ada juga aku terima panggilan dari doktor serta jururawat yang merawatku dimana mereka bertanya denganku proses-proses berkaitan dengan HIV contohnya proses perkahwinan untuk PLHIV, rutin ubat PrEP dan sebagainya.

Alhamdulillah pihak-pihak hospital KERAJAAN yang berurusan denganku, yang merawatku semuanya memberikan perkhidmatan yang aku kira paling terbaik setakat ini sehinggakan aku dan isteri dapat rasakan yang mereka-mereka ini melihat kami seperti anak/adik mereka sendiri. Syabas KKM!

Aku teringat satu insiden yang berlaku ketas diriku, pada satu ketika aku demam, setelah 2 kali pergi ke Klinik swasta, makan ubat, demam masih tidak kebah selama hampir seminggu dan aku serta isteri ambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor KKM yang merawatku.

Setelah darahku diambil, doktor sahkan yang aku telah terkena demam denggi dan gejala ruam-ruam pada kulitku mula naik. Atas nasihat doktor, dia mengambil keputusan untuk memasukkan aku kedalam wad.

Tapi MasyaALLAH aku pulak degil kononnya tak mahu dimasukkan kedalam wad KKM dan memohon untuk doktor tersebut menyediakan memo untuk aku ditahan diwad hospital swasta di Kuala Lumpur atas sebab untuk memudahkan urusan keluarga kerana aku tidak tinggal di Kuala Lumpur.

Dipendekkan cerita aku telah pergi tak kurang dari 4 hospital swasta TERKEMUKA di Kuala Lumpur dan semua hospital-hospital menolak kes ku kerana aku seorang PLHIV walaupun aku telah U=U.

Ada antara doktor-doktor “senior” dihospital-hospital berkenaan seperti tidak jelas dengan status U=U dan sebaginya sehingga kami terpaksa menerangkan kepada mereka akan status ku ini tapi nampakknya masih terlalu banyak keraguan yang dizahirkan, Wallahualam.

Hanya hospital swasta terakhir yang aku hadiri yang sudi menerima kes ku tetapi hanya rawatan pesakit luar yang diberikan. Aku dan isteri pada ketika itu sudah penat dan agak berkecil hati dengan layanan yang diberikan untuk pergi ke hospital lain.

Dan pada ketika itu kami hanya mampu berdoa agar ALLAH memudahkan urusan kami, dari pagi sampai ke malam aku cuba untuk mendapatkan rawatan dan dengan izin ALLAH hingga demam denggiku baik dengan sendirinya pada keesokkan harini. Syukur rahmat ALLAH.

Bertapa baik dan ikhlasnya doktor KKM yang merawatku, 2-3 hari kemudian menghubugiku untuk bertanya khabar kesihatanku dan aku bercerita semua yang telah aku lalui untuk mendapatkan rawatan dihospital swasta.

Doktor ini berulang kali memohon maaf diatas kesulitan yang aku alami (walaupun apa yang terjadi ni aku kira bukan dari pihaknya) lantas memberi nasihat kepadaku untuk mendapatkan rawatan di hospital KKM sahaja dimasa akan datang dan memberi jaminan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Oh ya, doktor yang merawatku sekarang kelakar orangnya, suka buat lawak dan gelak besar satu KKM boleh tau dia ada kalau dia bergelak ketawa, maka bergelak ketawalah kami semasa sesi rawatan.

Kalau terjumpa di luar pun doktor-doktor ini tidak segan silu menegur sapa dengan panggilan mesra “bro”, berjabat tangan ala-ala hipster dah sebaginya. Alhamdulillah aku dan isteri diberikan doktor serta jururawat KKM yang baik serta mesra kepada kami.

Oh, salah satu perkara yang aku ingin katakana kepada kalian yang mendoakan kami mendapat zuriat. Alhamdulillah syukur kehadirat ilahi atas doa-doa kalian isteriku telah hamil hanya selepas sebulan entri keduaku disiarkan.

Aku yakin dan percaya dan tidak syak lagi bahawa inilah rahmat yang ALLAH cuba tunjukkan kepada kita semua terutamanya aku dah isteri setelah diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata. Terima kasih ya ALLAH.

Kalau aku boleh kongsikan pengalaman yang tak terjangkau dek fikiranku dan isteri ini kami tidak pernah menetapkan bila atau dalam keadaan bagaimana kami untuk mendapatkan zuriat selain dari memanjatkan doa kepada ALLAH, memohon doa dari ibu-bapa serta orang-orang seperti kalian.

Kami juga selalu percaya dengan apa yang ALLAH berikan kepada kami adalah tanda-tanda ALLAH sayang dan terkadang aku dapat rasakan yang ALLAH itu tidak mahu melihat kami susah dengan menganugerahkan segala nikmat pemberiannya yang dihajati kepada kami.

Syukur jua kepada ALLAH sehingga sekarang isteriku, masih bebas dari HIV setelah 2-3 kali “rapid test” dijalankan semasa proses kehamilan. Bayiku juga membesar sihat bagai juara didalam Rahim umminya.

Sekali lagi perhidmatan yang cemerlang ditujukan oleh doktor-doktor, “sister-sister”, jururawat-jururawat dan bidan-bidan KKM yang menjaga isteriku yang menjaga kemas “rahsia-rahsia” kami ini.

Tapi itulah, cuma keterujaan kami untuk “shopping” kelengkapan bayi terus terbatas apabila negara kita mengenakan kawalan pergerakan/ PKP.

Tak puas rasanya bila kelengkapan semuanya terpaksa dibeli secara dalam talian, lega jugalah kami sekurang-kurangnya adalah Shopee, Lazada, FB, IG dan sebaginya. InsyaALLAH ada hikmahnya kalau tidak mahu semua benda kami mahu beli kelengkapan bayi yang ada didepan mata.

ALLAH uji sebab ALLAH sayang, dan atas ujian itulah ALLAH nak naikkan darjat kita kerana segala makhluk yang ada diatas dunia ini Manus**lah yang yang paling ALLAH sayang lantas menjadikan kita manusia ini Khalifah dimuka bumi ini.

Jadi kita kenalah bersyukur dan menghayati segala nikmat pemberianya. Jangan ragu-ragu untuk meminta dari ALLAH dan aku dan isteri acap kali apabila kami berbincang mengenai kegusaran kami, 2 – 3 hari selepas itu ALLAH tunjukkan jalan.

Contohnya, kami risau jika keluarga kami tahu yang aku adalah PLHIV melalui maklumat dari buku “pink” kehamilan isteriku, tub-tub minggu berikutnya apabila isteriku membuat “check-up” rutin kehamilan.

Doktor bertanya status kami dan meletakkan nota COC Husband & Wife (Circle of Confidential) didalam buku “pink” tersebut agar status kerahsiaan dapat disimpan dengan kemas dan hanya pegawai perubatan yang berkelayakkan sahaja boleh mengetahui maklumat tersebut tanpa akan kebocoran keatas pihak yang tidak sepatutnya.

Di hospital kerana didalam tempoh PKP ini pelawat, suami, ibu tidak dibenarkan menunggu bersama-sama isteri semasa proses bersalin.

Suami hanya dibenarkan mengazankan bayi sahaja, pada mulanya kami agak kecewa dengan proses ini tapi bila difikirkan ada hikmah kenapa ALLAH aturkan rezeki kami begini.

Mungkin untuk menjaga aib kami apabila tiada pelawat yang boleh datang melawat dan yang paling penting bayi-bayi comel diwad bersalin kekal sihat tanpa ada faktor-faktor pencemaran luar yang kita tidak boleh nampak apabila pelawat-pelawat ini datang melawat.

Alhamdulillah isteriku selamat melahirkan bayi comel kami dan bebas dari HIV.

Aku rasa setakat ini dahulu yang aku boleh karangkan. Doakan anakku menjadi anak yang soleh/ solehah yang akan membela serta menjaga agama serta ibubapanya kelak dan aku akan kembalikan doa-doa kalian seadanya.

Pesan doktorku, “Kita dalam hidup ni tuhan dah banyak memberi, tapi kurang dari kita yang dapat memberi semula, jadi, memberilah….”, “awak boleh hidup normal, tapi kena ada ilmu, islam tak buang orang HIV and islam tak larang orang HIV untuk berkahwin”

You/ me are asking, “why you/ me?” Be patience and take honour that ALLAH tested you and allowed you to join the ranks of great ones. Your tribulation is a sign of HIS love for you.

– Azlan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://IIUMCc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *