Aku tak pasti tajuk di atas sesuai atau tidak dengan ceritaku ini.
Apa yang aku ingin luahkan ini mengganggu fikiran aku dan banyak persoalan yang bermain dalam kotak fikiranku walaupun ini bukan cerita tentang diri aku.
Kakak aku dah bercerai dengan ex-husband dia dalam tempoh dua tahun dan ini juga melibatkan masalah nafkah dia sebagai isteri dan anak-anaknya seramai 5 orang.
Anak sulungnya berumur 11 tahun dan kakakku berumur 39 tahun.
Kakak aku yang mencari rezeki untuk anaknya kerana ex-husband malas bekerja atau dalam kata lain tak nak penat kerja.
Kakak aku ini ada degree dan pernah bekerja dalam sektor swasta tapi berhenti sebab suami suruh untuk jaga anak.
Bila kakak berhenti kerja, kakak ingat makin senang menguruskan anak tapi makin melarat kerana suami tidak bekerja bukan tiada kerja tapi malas dan penat katanya.
Pendidikan suaminya taraf SPM tapi bagi aku ini bukan masalah taraf pendidikan tapi perangai buruk individu. Rupanya najis ketum puncanya.
Kakak aku balik la dari selatan ke utara atas desakan hidup dan menumpang rumah keluarga aku.
Disebabkan ex-husband dia tak nak kantoi dia malas bekerja, dia kata nak cari kerja di daerah asal keluarga dia.
Kakak aku dan ex-husband ni satu negeri berlainan daerah. Kakak aku sejenis menjaga aib suami dan dia belum bercerita seksanya hidup dia dengan ex di selatan.
Ex-husband dia tak nak berulang-alik untuk jumpa anak-anak, jadi dia minta kakak dan semua anak menumpang di rumah abangnya.
Bila duduk di kampung sendiri, hebatla kisah ex dia dan ketum sampai kena tangkap polis dan masuk pusat pemulihan.
Sebelum polis tangkap ex-husband, ibu mentua kakakku yang minta kakak bekerja di kilang daerah yang jauh dari kampung tapi bukan suruh anak dia bekerja.
Ibu-ibu, tolongla jangan manjakan anak sehinggakan anak dah berumahtangga tak reti tanggungjawab sendiri. Ex-husband dia pun bukan jenis solat dan memang tak puasa.
Bila mak aku tahu cerita ni, mak aku suruh cerai je sebab dah ada list kukuh untuk diceraikan. Melarat hidup.
Selepas kakak aku cerai, dia mulakan berbagai bisnes kecil-kecilan. Bila berbisnes, public relation luas dan senangla sikit hidup. Berbagai bantuan sebagai ibu tunggal dan pendidikan setiap anak dapat dari kerajaan negeri.
Masalah lain pula di sini. Bila dah duduk rumah keluarga aku memandangkan dia dan anak5 je, mak aku macam orang gaji. Aku ni balik jarang sekali. Kadang mak aku bercerita.
Bab masak lepas tangan untuk dua tahun bercerai, baju bertimbun berbakul tak berlipat, bab tunggu anak-anak siap makan, basuh pinggan, menyapu.. pengurusan masa anak-anak pergi sekolah out.
Dah macam bukan layaknya seorang ibu menguruskan rumahtangga. Telefon tu macam 24 jam kat tangan dan memerap kat bilik duk on call lama dengan siapa entah.
Itu terjadi setiap kali aku balik. Balik-balik kakak aku cerita kat mak aku dia kenal orang ini orang itu berkenan kat dia ajak kahwin. Bagi aku antara cari jantan baru dan menguruskan 5 orang anak yang mana perlu dahulukan.
Lucunya, dia kenal dengan duda tiada anak baru 2 minggu terus on nak kahwin. Yang ni aku panggil tunangla. Mak aku ni layankan je la anak nak kahwin, konon2 boleh tumpang senang lelaki itu.
Negeri lelaki ini dan negeri keluarga aku jauh. Aku utara, dia timur. Mak aku cerita nanti masa majlis nikah kakak nak buat ringkas, jadi tunang dia dan maknya saja datang dari timur. Aku macam whattt? Ke fikiran aku kolot.
Tunang dia minta kakak aku duduk rumah keluarga tunang. Hanya 2 anaknya yang kecil kakak aku bakal angkut dan lagi 3 duduk dengan mak aku.
Wei, mak ayah dah umur 70 tahun. Mampus orang tua tu nak angkut cucu pergi sekolah dan beli barang. Aku tak setuju langsung tapi siapa je aku untuk menidakkan.
Kadang aku perli, kenapa setuju kalau tahu nanti kena tanggung akibat semata-mata nak tumpang senang orang lain. Siblings aku yang lain kerja jauh negeri, aku tak tahu siapa yang ada.
Aku mari teringat kisah bini orang kena simen dalam tong biru di Johor sebab laki dia ada masalah mental.
Kisah bini orang anak 6 orang dengan suami pertama dan kahwin dengan lelaki baru dapat anak ke-7 di Dungun kena tikam dengan pisau.
Jadi persoalan aku, adakah aku yang berfikiran sempit tidak percaya takdir dan merisaukan masa depan yang tak terlihat?
Aku risaukan anak-anak saudara yang terabai atau mungkin terabai dengan cara kakakku malas menguruskan rumahtangga.
Apa nasib mereka di kemudian hari? Sanggupkah suami baru dia dengan anak-anak tiri 5 orang walaupun terzahir di mulut sanggup menerima? Kenapa mendahulukan jantan baru berbanding menguruskan anak5?
Selama ini aku baca berita atau tengok drama je dan sekarang realiti merisaukan depan mata aku.
Berapa lama tempoh yang baik untuk mengenali lelaki baru dalam hidup sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin?
– Munah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit