Untuk part I, (https://iiumc.com/hobi-vs-anak-anak/).
Assalamualaikum pembaca semua. 1st thing terima kasih atas komen yang murni,membina dan komen ibu yang sekapal dengan saya.
Bila baca komen anda semua rasa macam meluah pada sahabat walaupon kita tidak saling mengenali. Komen yang tak berapa murni tu saya abaikan saja.
Banyak komen yang mencadangkan “komunikasi”.. Sebelum2 ni saya ada bagi dia rules 2 kali ride malam, Hari weekend tak boleh ride.. Tapi macam tak berkesan sebab dorang ada group basikal, so time ride memamg ikot time group dorang lah.
Futsal pulak rasa nya baru sebulan dua di buka, so seminggu ada 2 kali. Satu team kawan sekolah, satu team kerja (banyak golongan profesional seolah macam hobi sambil bina network dari pelbagai institusi). PS4 selalunya weekend tengah malam lah..
Saya rasa suami saya jadi macam tu pon sebab daripada didikan family dia jugak. Dia anak bongsu yang semua benda mak ayah, abang n kakak buatkan.
Family dia tahu perangai anak dorang macam ni.. Dan suami saya pun tahu diri sendiri malas buat kerja rumah sebab ada la dia tanya saya, “saya ni pemalas sangat ke” saya cakap direct je yea dia pemalas.
Tapi itu lah kesan yang family dia nampak bila anak dorang dah jadi suami dan bapak.. Saya ada baca satu post motivator parenting dia cakap,
“DIDIK ANAK LELAKI DENGAN TANGGUNJAWAB SEJAK KECIL SUPAYA BILA DIA MASUK KE ALAM RUMAHTANGGA DIA TAK AKAN MEMBEBANKAN ISTERI DAN ANAK2”
Tapi itulah dah besar susah dah nak didik.. Kakak dia sampai sekarang masih bising kalau tengok suami saya masih bermalas2..
Suami saya tak pandai buat kerja rumah. Saya tak ingat bila kali terakhir dia tolong saya letak baju dalam washer atau dryer, kadang2 makan pinggan sebiji letak dalam sinki saja, vaccum/ penyapu memang tak pernah pegang.
Tapi satu benda saya nk puji dia la, dia cuba ringankan beban saya dengan beli gajet kemas rumah macam dryer dan vaccum. Maybe lepas ni kene mintak beli mesin dish washer n mesin lipat baju kot.
Tapi walaupon ada gajet2 tu semua kita tetap perlukan pertolongan orang yang bernama suami.dan suami jenis tak kisah saya masak atau tak.. memang selalu foodpanda je
Dan anak2 saya semua lelaki, macam mana saya nak didik anak2 saya jadi orang yang bertanggungjawab kalau takda figure seorang bapak dalam rumah. Apa yang anak2 saya nampak adalah mak/ perempuan yang buat semua benda.
Saya pulak jenis perempuan yang berdikari, boleh drive jauh2, boleh drive sendiri kesana sini dengan anak2 kecil, boleh uruskan anak2 sendirian bila suami pergi kursus.
Ramai juga komen suruh saya cari hobi. Saya rasa takda keinginan untuk berhobi.. Sebab saya lebih memerlukan waktu untuk rehat dan bertenang2 santai. Kalau saya penat sangat memang saya akan ambil annual leave dok rumah dan anak2 hantar taska.
Dalam banyak2 perkara saya concern pasal anak2 sebenarnya.. Saya nak anak2 saya ada bonding dengan bapak mereka. Saya nak husband luang masa yang lebeh dengan anak instead of hobi dia..
Saya sedih bila saya dan anak sampai rumah pukul 6.30 petang, tapi lepas maghrib husband dah bersiap2 bergegas nak pergi futsal atau kayuh basikal.
Tiap kali bapak nye keluar rumah memang anak menangis melalak nak ikot. Suami pernah sekali bawak anak pergi futsal tapi suami cakap dia tak dapat main futsal sebab anak menangis bila bapak nye dalam court futsal.
Saya pon bukan isteri dan mak sempurna tapi perkahwinan ni satu perkongsian hidup. Suami isteri perlu buat semua benda bersama2 untuk keluarga dalam didik anak2. Susah dan penat sama2, bersenang2 pon sama2.
Anak2 ni pejam celik tetiba dah masuk Uni, kerja dan dah nak kawin pon. Waktu anak2 masa kecik ni lah kita didik, dan spend masa sebaiknya, cipta hubungan yang baik antara anak dan ibu bapa.
Ibu bapa yang macam mana yang kita nak anak2 kita pandang bila mereka dah besar?
Adakah kita nak bila anak2 dah besar mereka pandang kita sebagai ibu bapa yang selalu tinggalkan anak atau ibu bapa yang mementingkan hal2 lain lebih daripada anak2..
Atau kita nak anak2 kita pandang kita sebagai ibu bapa yang baik,rajin dan sangat menyayangi mereka.
Anak2 kecil ni apa yang dorang perlukan masa daripada ibu dan ayah ja. Nanti dorang dah besar, dorang pon bz dengan hal dorang.
Selagi ada masa tolong la mak ayah jangan siakan2 anak yang sedang membesar.. Mak ayah tolong la tunjuk contoh yang baik pada anak2 kita.
Kalau kita nk anak2 kita ada sifat yang baik, kita kene tunjuk sifat2 yang baik pada anak2..
Kita anak kita jadi ibu bapa yang bagus supaya anak2 kita pon boleh jadi suami/ isteri/ mak/ ayah yang bagus pada cucu2 kita dan seterusnya.
Doakan saya tenang, tabah dan sentiasa sihat supaya saya boleh bagi yang sebaiknya untuk anak2. Doakan suami saya berubah sebelum tahun depan. Sebab tahun depan anak sulung nak masuk tadika dah.
Terima Kasih :)
– Mak Cuba Berusaha Untuk Tenang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit