Holier Than Thou

Boleh juga baca, (https://iiumc.com/tips-move-on-2/).

Assalamualaikum, hi aku Faris. Semoga kita semua dalam rahmat Allah selalu. Dalam confession ini, aku nak share satu topik yg aku kira agak penting utk kita semua perhatikan, tekuni, dan bincangkan iaitu berkenaan satu sikap yg aku rasa agak ketara dlm masyarakat kita (bukan semua, tapi ramai yg miliki). Sikap yg aku maksudkan di sini ialah “holier than thou.”

Bunyi ala-ala bahasa perancis pulak sikap ni :) Holier than thou ini maksudnya satu sikap perasan diri sendiri lebih bagus dari orang lain especially dari sudut moral @ keagamaan. Dlm bahasa melayu, istilah “holier than thou” ini mungkinlah boleh kita definisikan sebagai perasan diri bagus (adjective) atau membawang (verb).

Kadang-kadang bila aku scroll fb, baca cerita-cerita atau pun perkongsian yg ada, kerap juga aku terjumpa beberapa komentar yg ada unsur-unsur holier than thou ini, which is mcm si pengomen tu bagus sangat, suci dan bersih dari dosa. Aku bagi satu contoh lah utk kita semua senang faham. Baru-baru ini aku terbaca satu confession tentang seorang lelaki, dimana sebelum berkahwin dia ni pernah terlanjur melakukan hubungan seks dgn seorang pelacur, dan selepas itu dia sgt bimbang dijangkiti HIV. Si lelaki ni mengaku yg dia salah, benar-benar menyesal dan berazam sama sekali tidak akan mengulanginya lagi. Itulah kali pertama dan terakhir dia melakukan zina.

Jom kita bincang pasal kisah ni. Pertama, aku tahu dari segi agama, perbuatan si lelaki tadi memang salah. Noktah! Dan dia telah benar-benar bertaubat. Noktah! Namun yang menghairankan, masih ada manusia-manusia yg memberi komen mengatakan yg isterinya sekarang tidak layak untuk dia miliki (macam kenal pula perangai isterinya mcm mana), si lelaki ini adalah zalim dan memberi gambaran seolah-olah sebagai manusia, wajib ke atas dia/dan juga kita utk perfect dan suci dari semua dosa/kesilapan. Pada aku, dia telahpun mengaku kesilapan, menyesal dan telahpun bertaubat. Yg selebihnya itu adalah urusan dia dgn Allah.

Kita sebagai pembaca, sepatutnya memberi galakan kepadanya utk terus istiqamah, remindkan dia agar bersyukur kerana Allah telah berikan peluang hidup kedua buatnya, bukannya dgn terus membangkitkan dosa-dosa silam dan perkara-perkara yg tidak relevan seolah-olah kita ini juga perfect dan tidak pernah buat dosa (holier than thou).

Kalau segalanya mahu diukur dgn dosa silam, diriwayatkan Saidina Umar pernah menyiksa 11 orang hamba sehingga mati sebelum beliau memeluk Islam. Namun, lihat bagaimana Allah telah muliakan beliau, setelah mengenal Islam dan bertaubat, Allah angkat darjatnya setinggi-tingginya. (Nota kaki: bukan semua orang faham dan amal Islam walaupun lahir beragama Islam).

Actually, apa yg aku nak tekankan di sini bukan kisah si lelaki tadi (ini cuma contoh terdekat yg aku ambil utk kita faham sahaja), tetapi adalah berkenaan sikap holier than thou ini yang ramai dalam kalangan kita memilikinya (mungkin juga secara tidak sedar). Kalau kita alert, dimana-mana pun pasti kita akan berjumpa jenis manusia macam ni, yg barangkali niatnya mungkin utk menegur @ berdakwah, tapi tegurannya bukanlah membina jambatan kepada agama, sebaliknya menjadi pendinding atau tembok kepada agama.

Kawan.. Pertama, Islam itu indah bukan kerana “hukuman” atau “laungan dosa2” tapi kerana “kasih sayang” dan “rahmat” yang melimpah ruah di dalam agama ini. Islam mengajar manusia utk menyayangi saudara-saudara kita sebagaimana kita menyayangi diri kita sendiri. Majoriti penghuni syurga adalah pendosa yg bertaubat, bukannya manusia holier than thou yg sempurna serba serbi. Syaitan diusir keluar dari syurga kerana beginilah sikapnya, rasa bagus, perasan bagus sehingga tidak mahu sujud kepada Adam.

Di zaman nabi, mereka yg memasuki Islam bukannya kerana ilmu yg nabi ada, tapi adalah kerana kerana keindahan akhlak yg nabi miliki (hatta nabi tidak boleh menulis dan membaca pun). Aku bercakap begini, bukan bermaksud aku menggalakkan orang buat dosa kemudian bertaubat, tidak! Tapi aku nak kita semua (termasuk diri aku sendiri) perbetulkan cara kita melihat dan mendekati sesuatu. Ikuti akhlak nabi kita, Muhammad.

Sikap “holier than thou” bukanlah teladan dari ajaran nabi, tapi adalah teladan dari sikap syaitan. Sebelum kita terburu2 nak judge dan mengkritik orang, cuba tanya diri sendiri dahulu adakah kita ini pun bersih dari dosa? Jawapan pastinya tidak. Kita tidak pernah maksum, kerna maksum bukan sifat manusia kecuali para nabi. Hatta para nabi sendiri pn tidak terlepas dari kecenderungan berbuat silap, cuma bilamana mereka nak buat kesilapan, terus mereka terima teguran directly daripada Allah. Itu yg menjadikan para nabi maksum. Sedangkan kita, kita semua adalah insan yg berdosa, cuma Allah tutup dan jag aib kita dari pengetahuan orang.

Kawan.. Dalam hidup kita ini, Allah tidak melihat kepada permulaan, tapi apa yg Allah lihat adalah bagaimana pengakhiran hidup kita. Justeru,selagi mana seseorang itu masih bernyawa, jalannya ke syurga masih terbentang luas, selagi mana dia berkesempatan utk bertaubat. Sama ada dia atau kita, masing-masing masih tidak tahu pengakhiran diri sendiri. Jadi, janganlah terlalu yakin dan memandang rendah kepada orang lain, dan menganggap yg kita pasti ke syurga. Dalam membasmi sikap holier than thou, ada beberapa nasihat yg aku kira boleh sama-sama kita amalkan.

Pertama, perlulah difahami, setiap dari kita adalah tidak sama. Cara dibesarkan, pengalaman yg dilalui, status ekonomi keluarga, latar belakang keluarga membuatkan setiap dari kita unik dan berbeza. Jadi, belajarlah menjadi manusia yg cuba memahami, bukan hanya tahu menghakimi. Manusia yg menyayangi, bukan hanya tahu mengeji dan mencaci. Belajarlah melihat sesuatu dari perspektif pelaku, bukan hanya diri sendiri (konsep fenomenologi).

Aku ada mengenali seorang lelaki transgender, sejak dari kecil ibu bapanya bercerai dan meninggalkannya di lorong, dia membesar sebagai pekerja seks utk menyara kehidupan. Hidupnya tidak sama dgn kita, jauh berbeza. Namun, dia juga sama seperti kita, merindui nikmat bersujud kepada Tuhan yg satu. Dia perlu dibimbing bukan dilayan seperti anjing. Namun ada dikalangan spesis holier than thou ini, terus berlagak suci dan memaki, tanpa ada usaha utk membimbing, apatah lagi memahami realiti disebalik apa yg terjadi. Mereka terus menggeneralisasikan setiap dari kelompok ini adalah sama dan berdosa.

Tuhan tidak sekejam itu kawan. Pada kalimah syahadah yg kita lafazkan akan ada dua t’jawab, satu utk kita amalkan, kedua utk kita sebarkan. Dan Nabi telah tinggalkan sunnah utk kedua-duanya, pilihlah yg mana satu, mahu ikut jalan nabi (sebar dan ajak dgn kasih sayang) atau holio than thou (tipu daya syaitan). Bukanlah confession ini mengajak pembaca semua utk membutakan mata pada kemungkaran yg ada, cuma tanganinya lah dengan hikmah dan bijaksana. Jangan pukul rata yg semua orang adalah sama, tanpa cuba memahami latar belakang mereka pada awalnya.

Kedua, belajar lah utk bersangka baik. Kata Saidina Umar “janganlah kalian berprasangka buruk selagimana sesuatu itu masih ada ruang utk diletakkan ditempat yg baik.” Jadi kalau kita terbaca sesuatu news atau mendengar perkhabaran sesuatu berita, usahlah terus bersangka buruk selagi mana maklumat mendalam tentang hal itu belum sepenuhnya kita ketahui. Belajarlah utk bertabayyun (menyelidik) dan mendengar. Seorang yg mahir dlm berkomunikasi, bukan saja seorang penutur/commentator yg baik, malah lebih penting adalah seorang pendengar dan juga pembaca yg baik!

Ketiga, kritikan menghina dan budaya membawang takkan membawa kita kemana-mana. Hasil kajian psikologi menunjukkan orang yg suka mengkritik@mencerca sebenarnya adalah merupakan refleksi perasaan marah mereka kepada kelemahan diri mereka sendiri. Marahkan diri sendiri, namun diterjemahkan dengan marah kepada orang lain. Jadi bilamana kita jumpa orang yg ada sikap holier than thou ini, ketahuilah mereka sedang marah dgn sesuatu yg berkait rapat dengan diri mereka sendiri, tapi mereka sukar utk mengakuinya.

Keempat, aku rasa sudah sampai masanya kita gerakkan kempen #antiholierthanthou ini. Sebelum ni asyik makcik-makcik bawang je kan yg hentam orang, so harini ayuh kita tiupkan semboyan menyeru biar kita pula yg hentam mereka dgn laksanakan kempen ini. Menegur itu tidak salah, tapi biarlah dengan berhikmah. Binalah jambatan, bukannya tembok, kerana sekali tembok di bina, untuk meruntuhkannya kembali bukanlah mudah. Serulah manusia ke jalan Allah, dengan penuh kasih sayang dan kebijaksanaan sebagaimana yg difirmankan Tuhan di dalam surah An-Nahl ayat 125.

Akhir kalam, selepas ini sekiranya kita ada membaca confession yg menceritakan kekurangan atau keaiban diri, sebelum memberi komen, adalah lebih baik sekiranya kita ambil masa sebentar utk berfikir, apakah dgn pandangan kita ni akan membantu si dia berubah ke arah lebih baik atau tidak. Bukannya terus menaip dan menghentam membabi buta, seolah-olah kita ini adalah malaikat dan bebas dari khilaf. Kita ada pilihan, utk memakai kaca mata kasih sayang ataupun makian. Namun sebagai seorang muslim dan mukmin, jalan terbaik telah ditunjukkan oleh Dia, Muhammad yg tercinta, sebagai suri teladan utk kita semua. Moga bermanfaat.

#antiholierthanthou

– Faris

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *