Pernah tak korang rasa hidup korang macam hollow? Korang rasa dari kecik sampai besar korang ni invincible? Takde sorang nampak korang? Ha aku macamtulah.
Aku adik beradik ramai ada 8 orang. Aku no 7. Ada adik selang setahun umur dari aku. Jadi macam biasa mak aku tak sempat nak hadap aku lama2 dah dapat anak lain. Jadi aku ni terbiar sikitlah.
Dengan adik aku lebih comel putih. Lagilah aku orang tak nampak. Jadi aku banyak buat hal sendiri dan menyendiri.
Pernah tak mak kau selalu tinggal kau masa nak pergi kemana2? Aku selalu. Mak aku pun jarang2 bawa aku berjalan ke rumah sedara mara. Sebab tak cukup sumbat kereta. Kami ramai.
Akulah mangsa yang selalu kena tinggal dekat rumah dengan abang2 dan kakak yang tua. Macam biasa adik akulah pilihan utama dibawa berjalan merata2. Jadi aku tak kenal sangat sedara mara.
So pernah tak time raya, makcik tanya kau ni anak saper time bersalam? Aku dah biasa kena macamtu. Walau aku pernah tumpang kereta makcik tu. Tapi dia tetap tak ingat aku. Begitu low impactnya aku di mata sedara.
Dan pengalaman ni bukan dengan sorang dua sedara mara tapi ramai. Mungkin dorang lost count anak2 mak aku yang berderet2. Jadi aku tak berani dah nak beramas mesra dengan sedara mara. Time kenduri aku elak pergi. Takut malu orang tanya aku ni siapa?
Di sekolah pun sama. Pernah tak korang paling beria bagi kad raya dan hadiah hari guru. Tapi cikgu tak ingat pun nama korang? Ye akulah orang tu. Walau aku top ten dekat sekolah. Tapi aku tak faham. Kenapa tak de orang perasan pun kewujudan aku.
Tapi satu hari tu aku rasa happy bila cikgu datang dekat meja aku. Marah2 aku sebab result aku teruk. Walau aku cam biar betul. Tapi aku punyalah happy cikgu bagi perhatian dekat aku. Kemudiannya aku kecewa.
Rupanya dia silap orang. “eh! Sorry bukan kamu rupanya”. Lepas tengok nama aku dekat tudung. Nampaknya dia nak marah budak lain. Tapi aku ni mungkin nampak bodoh dimata cikgu. Sabor jelah! Hi
Sebab aku ni macam tak wujud. Aku terlepas peluang berapa kali dah nak masuk asrama penuh time sekolah. Walau result aku bagus. Ramai yang dapat borang. Aku pelik kenapa cikgu tak bagi borang. Dan aku pun tak minta. Mak ayah aku pun tak kisah
Masa result spm keluar .Keputusan keluar aku bukan paling top. Tapi dalam ranking no.4. Aku ambil result balik. Tidur. Tak de siapa tanya pun.
Sampailah malam keluar berita pasal result spm. Baru abang teringat aku ambik spm. Dia sorang jer tanya. Aku malas nak jawab.
Aku bagi jer result aku kat dia. Dia ucap tahniah. Mak aku tak tanya, ayah aku tak tanya, jiran2 pun tak tanya. Sangat berbeza masa kakak aku punya result spm keluar dulu. Satu kampung tahu.
Siap ayah aku bagi rantai emas, jiran aku datang ucap tahniah, abang aku bagi duit, makcik aku bagi kain ela. Time aku siapa pun tak tanya, hadiah satu apa pun tak da walau aku punya result aku berganda2 gempak.
Sikit2 lama lama aku jadi berdendam dengan semua orang. Aku rasa orang tak adil. Aku tanam niat nak belajar sungguh2 nak jadi kaya. Kot kot orang respect aku, nampak aku!
Dengan result aku. Mudah jer aku dapat masuk u. Ayah aku hantar aku masuk kolej sorang dia jer.
Life dekat uni macamtu jugak. Aku tak menyerlah. Pointer aku tetap maintain. Tapi nasib baik aku dapat few good friends. Tpai dalam berkawan macam biasa. Aku orang paling tak penting.
Pernah tak korang cuma diajak sebab nak penuhkan korum je? Aku biasa. Tak cukup orang nak buat assignment baru cari aku, tak cukup orang nak gi outing sewa cab baru panggil aku.
Aku ni ibarat orang pilihan terakhir dorang. Tapi time minta tolong akulah orang paling pertama.
Dalam masyarakat pun sama. Pernah tak korang pergi beli makanan dekat pasar malam. Kau dah order dulu tapi makcik apom balik tak dengar dia bagi orang lain dulu, beli nasi ayam tercongok punya lama. Tapi selalu orang lain dapat dulu.
Aku feed up betul. Sampai satu hari tu aku down sangat kot..
Aku tak ingat aku naik bas. Sampai ke negeri lain.. Sumpah aku tak sedar macam mana tiba2 aku sampai stesen bas, bila aku beli tiket bas express bila aku naik turun bas. Sedar 2 pakcik driver jerit suruh turun. Tudung aku basah, mata aku bergenang.
Sumpah aku tak ingat apa. Nasib aku baik. Tiket balik ada lagi. Aku sampai kolej lewat malam. Tapi macam biasa. Satu hari aku hilang. Roommate tak perasan pun aku tak ada.
Sejak hari tu, aku buat satu keputusan dalam hidup. Aku tak mahu kisah lagi pasal orang. Aku tak nak please manusia dah. Aku tak mau minta perhatian mereka semua dah.
Bila aku dah humban semua orang. Lama2 aku baru nampak Tuhan. Aku selama ni solat hati tak kat tuhan. Aku dok hadap perhatian orang lagi. Lama2 hati aku jadi free, ringan. Aku jadi happy. Aku rasa awan nano tiba2 cerah.
Layanan orang kat aku masih sama. Tapi aku dah tak koyak macam dulu. Aku tenang jer. Aku dah tak kisah.
Alhamdulillah perjalanan kerjaya aku mudah. Ketika orang susah nak cari kerja. Aku mudah dapat kerja.Aku kerja dalam bidang yang tak perlu jumpa ramai orang. Happy gila!
Gaji aku boleh tahan selesa dapat beli kereta, beli rumah. Time ni. Baru family aku, kawan2 aku, sedara aku nampak aku ni wujud. Gamaknya inilah kuasa harta!
Time ni apa2 sikit minta pandangan aku walau benda tu kecik cth nak buat family day kat mana.
Time ni bila raya. Baru jiran tanya aku dah balik kampung tak? Baru time bersalam sedara tanya kerja macam mana, company aku ada kerja kosong untuk cucu dia. Hahahaha aku dah jadi cable.
Mau aku throwback kes dia tak kenal aku dulu. Sekarang mereka pula terhegeh2 dengan aku.
Moral disini. Nak bahagia. Jangan hadap manusia, jangan terhegeh2 minta perhatian manusia. Hegeh2 saja dekat tuhan. Dia selalu sudi, selalu nampak kita, selalu terima kita. Itu jer aku nak cerita.
Tapi sampai sekarang aku tak habis fikir insiden naik bas tu!
– Wawa Zainol (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit