Kalau bertanya pada para petugas kesihatan yang berlatarbelakangkan dadah, mereka tidak akan dapat terima cara tindakan homeopati. Like treats like. Bila badan panas, maka ubat homeopati akan naikkan sedikit suhu badan tu lagi buat sementara waktu dan seterusnya panas tu akan hilang terus. Bila dengan cara dadah, badan panas terus disejukkan tetapi mengambil masa yang lama untuk hilang terus.
Kenapa?
Pemahaman homeopati tentang panas badan tadi berlainan cara pengubatannya. Dalam homeopati, badan panas adalah simptom kepada sakit samada jangkitan kuman atau lain lain sakit. Apabila berlaku jangkitan kuman, maka suhu badan secara otomatik naik kerana dengan panas itu, kuman dilemahkan sementara antibodi diaktifkan. Maka, kerja badan untuk mengatasi sakit tadi dimudahkan dengan pengambilan ubat homeopati kerana ubat itu akan menaikkan lagi suhu badan tadi, lalu antibodi lagi cepat dikeluarkan dan kuman semakin dilemahkan. Dengan pengambilan dadah atau bahan sintetik lain, suhu badan terus diturunkan, maka hasilnya kuman semakin agresif dan pengaktifan antibodi terganggu. Ini menghasilkan kesan yang kita tidak ingini kerana sakit itu lambat untuk disembuhkan. Tugas ubat homeopati adalah untuk membantu badan bukannya menggantikan tugas badan dalam melawan penyakit seperti yang dilakukan dengan dadah dan bahan sintetik lain.
Kaedah pengubatan dengan homeopati adalah kemas dan berkesan dan tidak meninggalkan kesan sampingan. Sekiranya diamalkan oleh ibu ibu mengandung, maka proses mengandung itu lebih mudah dan proses kelahiran pun tidak banyak masalah. Seterusnya dalam tempoh berpantang juga ada ubat homeopati untuk menyenangkan pemulihan kembali tubuh badan.
Jangan terpengaruh dengan dakyah sesetengah orang yang menentangnya dengan kononnya akan membahayakan bayi dalam perut dan sebagainya. Dah masak sangat dengan detractors yang macam tu. Mereka tak faham akan kaedah pengubatan itu tetapi masih nak beri komen yang tak berlesen. Kita bercakap bukannya dari segi teori malah praktikal, dari pengalaman. Ada kawan saya yang merupakan seorang doktor dan membuka klinik di Terengganu tetapi ubat dan rawatannya tidak lagi menggunakan dadah semata-mata. Seorang pesakit kanser tulang tahap terminal telah diubatinya dengan jaya dengan menggunakan kaedah rawatan ozon. Pesakit tu memberitahu beliau yang sebelum itu, doktor yang merawatnya telah putus harapan untuk mengubatinya dan memberitahu dia yang kanser itu tak boleh diubati lagi. Lalu dia pun memberitahu doktor tu yang dia nak mencuba rawatan ozon tadi.. Tiba tiba doktor tu melarang beliau dengan mengatakan rawatan itu tak boleh dipercayai. Maka dia bertanya kepada doktor tu kembali samada doktor tu tahu dan faham cara rawatannya, barulah doktor tu mengakui pula yang dia tak pernah pun kaji atau tahu cara rawatannya pun!
Sombong betul… Tak tahu tapi dah buat keputusan sendiri kata benda tu tak betul. Dah tak tahu tu, mengaku aje lah kata tak tahu. Pesakit pun faham yang doktor bukan tuhan untuk tahu semua perkara. Sebagai seorang pengamal perubatan, perbuatan sebegitu lagilah foul bila menghancurkan harapan pesakit. Seeloknya dia samada menggalakkan pesakit tu mencuba kerana kalau tak pun, dia dah tak ada cara nak mengubatinya, ataupun kalau tak, baik dia berdiam diri dan mengakui tak tahu. Itulah yang terlebih baik.
– Hamba Allah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit