Homesick

Assalamualaikum w.b.t. Aku seorang yang kuat homesick, walaupun aku seorang lelaki. Salah ke? Aku juga merupakan seorang pelajar yang belajar dalam institusi awam…

Dan ingin dijadikan cerita, aku berjaya mendapat tawaran pembelajaran diploma aku di Melaka. 2

013, tahun semasa aku menduduki SPM dan 2014 merupakan tahun aku mendapat result SPM. Alhamdulillah aku bersyukur dengan keputusan yang dah di qada dan qadarkan oleh Nya.

Dan di sini aku mula mencari arah kehidupan dengan memikirkan perlu ke aku sambung uni lepas ni?

Aku minta petunjuk dan bimbingan daripada kedua mak ayah, selebihnya aku berserah kepadaNya untuk aku meneruskan kehidupan dalam menuntut ilmu.

Dipendekkan cerita, aku berjaya masuk ke uni tersebut. Bermulanya kehidupan aku di sebuah institusi awam di Malaysia. Semester 1.

Ya, pada tahun 2014 ni aku masuk ke uni tersebut dan aku ikut program seminggu yang dianjurkan oleh pihak uni tu.

Dalam tempoh tu… jujur aku kata aku banyak menangis, aku hilang arah, macam jadi orang paling tak berguna. Aku hilang tempat aku bermanja…

Seminggu tu aku banyak menyendiri… jauh daripada orang. Aku takut. Takut dengan keadaan sekeliling.

Aku banyak habiskan masa aku di masjid, dari siang ke malam… aku banyak nangis di situ, mengadu, bercerita, meroyan… Sebab apa? Sebab aku HOMESICK!

Aku culture shock di situ… tak berani berdikari, aku tak kisah dipanggil penakut, manja, kuat menangis. Sebab itu memang diri aku.

Masuk minggu pertama dalam sesi pembelajaran… jujur aku kata semester 1 aku di situ aku banyak ponteng kelas, tak buat assignment, menyendiri dan menangis keseorangan….

Surau dan masjid dah jadi rumah kedua aku sebab aku jumpa keselesaan di situ, bermakna aku rasa diri aku dilindungi.

Sepanjang sem 1 aku, acap kali aku pulang ke rumah. WAJIB setiap minggu. Aku akan usaha beli tiket bas untuk balik. Naik KTM sampai ke malam semata-mata ingin berjumpa dan bersua muka dengan mak ayah aku. Bagi aku itulah ketenangan hakiki aku.

Sungguh aku kata aku pernah dipanggil anak manja, sebab apa? Sebab aku selalu pulang ke rumah. Aku diamkan. Selagi aku mampu balik, aku AKAN balik.

Kini aku dah tahun akhir, semester 4 dan aku masih lagi rasa HOMESICK. Walaupun aku dah bawak kereta untuk memudahkan aku belajar, tapi aku juga guna untuk pulang ke rumah pada hujung minggu.

Walaupun aku ada kelas pada hari Jumaat tu sampai petang. Aku sanggup menghabiskan wang minyak asalkan aku pulang ke tempat ketenangan aku….

Macam-macam cara aku guna nak hilangkan homesick ni. Sampai satu hari tu, masa aku sem 1 aku ambil borang nak quit, and waktu tu mak ayah aku datang nak bincang perkara ni.

Aku rasa sebak sebab sanggup mereka off kerja semata nak datang ke Melaka daripada Selangor… Ya Allah peliharalah mereka. Aamiin.

Sesiapa ada terbaca ni, harapnya boleh la bagi tips ya untuk hilangkan perasaan ni, macam-macam cara aku guna, pergi kaunseling, tanya senior, lecturer, kawan-kawan…

Aku tak mampu nak habiskan sisa diploma aku macam ni. Tinggal satu sem je lagi… Allahu.

– Pembawa Diri  (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *