Homesick dan Ibu Ayah

Assalamualaikum.

Penulisan berbentuk luahan perasaan nie mungkin dianggap agak cliche bagi sesetengah rakyat Malaysia. Homesick. Haa tuu laa dia, tak kira lahh kamu belajar ke kamu kerja, mesti perasaan rindukan rumah nie akan hadir apatah lagi pabila kamu terlalu jauh berjauhan dengan keluarga. Hanya panggilan telefon, whatsapp ataupun panggilan video sahaja yang boleh menghubungkan. ya mungkin rasa rindu tu terubat sedikit tapi taksama ‘feeling’nya berbanding bersama keluarga.

sewaktu ditawarkan menyambung pelajaran di sebuah universiti terkemuka di utara tanah air, perasaan waktu tuu berkecamuk iaitu terlalu gembira atas kurniaan rezeki menyambung di pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda namun pada waktu yang sama perasaan berat hati juga menggunung bila terlalu jauh kerana kedudukan rumahku yang terletak di hujung selatan tanah air. bayangkan 846 kilometer dari rumah dan kalau naik bas lebih kurang 12-14 jam baru sampai rumah. dan akhirnya takdir menyatakan bahawa aku bakal bergelar seorang perantau bila aku menerima tawaran itu.

Kehidupan di tahun pertama sehingga sekarang, perasaan homesick memang tak pernah pudar. Memandangkan rakan sebilik kerap kali pulang kerumah sebab rumahnya yg tidaklah terlalu jauh dari universiti. masatu memang cemburu sangat sebab rindu yang tidak terganggung tapi takmampu nak buat apa. memandangkan aku juga bukanlah lahir dari keluarga yang senang, dengan duit tiket yang kadang mencecah ke angka RM100, tuu baru sehala taw, memang aku tahankan dan tabahkan hati aku menahan kerinduan. bukannya aku berkira, tapi aku takmahu menyusahkan ibu ayahku dengan meminta wang saku. Memandangkan aku si sulung, adik-adikku lebih memerlukan perbelanjaan di persekolahan.

Paling pilu bila tibanya hari ulangtahun kelahiranku, haa memang nangis bertalu-tahu sebab saban tahun ayah mesti belikan kek sempena hari jadi aku. biasanya kalau hari jadi, ibu akan wish sebaik sahaja aku mencelikkan mata, dan ayah akan pelawa tuk belanja makan memacam. nie bila bergelar seorang perantau, hanya panggilan telefon dan kiriman whatsapp sahaja peneman hari bahagia ku itu. bila aku nangis, ayah cakap jangan layankan sangat perasaan itu, belajar sungguh-sungguh. doa ayah sentiasa mengiringi. kalau ibu, memang takperlu cakap, bila aku nangis, ibu mesti pesan supaya jangan nangis sebab nanti ibu ikut sama nangis. Hmm pilunya lahai. menjelang minggu peperiksaan pun aku homesick juga. Bayangkan dahulunya ayah yang hantar pergi sekolah dan akan beri nasihat sepanjang perjalanan. dah sampai ayah cium dahiku dan doakan yang baik baik memandang aku sehingga aku hilang dari pandangan matanya barulah gerak pergi kerja. Ibu yang sediakan sarapan sehabis sedap, pelukan dan cium pipi serta doakan yang baik baik dengan senyuman paling manis. Taktertahan air mata menahan rasa sedih bila semua tuu hilang bila bergelar seorang perantau. Hanya dapat panggilan telefon dan whatsapp pengganti segalanya.

Menjelang ramadhan ini, kali kedua aku menyambut bulan puasa sebagai seorang perantau. Rasa sedih tu sentiasa wujud sebab rindu dan terlalu sayangkan keluarga. sesibuk manapun aku, mesti ibu ayah berada dalam jiwa dan fikiran sentiasa. kadang duduk merenung, terpandang gambar mulalah homesick datang. terkadang bila buat panggilan telefon mengambil masa berjam-jam, tapi paling seronok bila berbual berdua dengan ibu. terasa kehangatan kasih sayang ibu tu terlalu padu. Jadi buat yang belum bergelar perantau, hargailah waktu bersama keluarga tu sepuasnya. kamu takkan jumpa makanan sesedap airtangan ibu kamu. takkan rasa selamat sepertimana berada di bawah jagaan ayah. takkan jumpa kawan yang paling terbaik selain adik-beradik kamu. biarlah orang nak kata gembeng ke, cengeng ke. Lantakkan je mulut-mulut mereka. Mungkin kamu kuat dalam segala hal, tapi bila melibatkan keluarga biarlah kamu jadi insan yang paling lemah. kerana nak tahu sesuatu? Bunga bunga durhaka tu wujud apabila kamu terlalu sibuk dengan urusan dunia dan menyebabkan ibubapamu risau dan menelefon kamu sebelum kamu sempat punyai masa untuk menelefon mereka. biarkan kita rindukan mereka, dan jangan biarkan mereka sempat berasa rindukan kita. faham kan?

Hargailah waktu bersama ibu ayah dan keluarga sebelum bergelar seorang perantau. Pada yang sudah kehilangan, rajinkan diri menghadiahkan Al-Fatihah dan bacaan Yaasin buat mereka. Sekian. Terima kasih admin.

– Kakak Homesick

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit