Kontroversi sangat kan tajuk tu? Hahaha, orang Malaysia suka tajuk-tajuk yang kontroversi ni.
Ok sebelum penulisan aku ni lebih panjang, assalamualaikum, salam sejahtera semua. Terima kasih admin sebab postkan bebelan aku. Aku perkenalkan diri dulu, aku Ayu. Pernah belajar di luar negara dan bekerja sebagai boleh dikatakan kuli kat Motel/Hostel.
Pengalaman kerja sambil belajar ni tidak la sukar mana. Yang sukar tu bila kau kene hadap perangai masyarakat Malaysia yang datang menginap di tempat kau bekerja.
Aku nak bebel pasal satu perangai je, perangai yang acah kaya travel sana sini hakikatnya hmmmm… Kau acah masukkan gambar kau kat media social konon kau mampu travel sana sini, tolonglah bila ke negara orang ni, jangan la bawak perangai errr.. perangai apa pun aku tak tau.
Kes yang paling menyusahkan aku adalah, bila aku kene hadap guest yang bayar book untuk 3 orang tapi nak masuk 10 orang. Pelik? Ada guys orang macam ni. Untuk yang berperangai macam ni, memang kebanyakkannya orang Malaysia. Tak kira la apa bangsa. Sama je.
Bila dah tak boleh masuk, hah mulalah nak menggelabah, duit tak cukuplah, nak call buat pinjaman la, nak bergaduh la, nak saman la, nak viralkan la. Terutamanya bila kau book Airbnb. Tolonglah, korang boleh kene halau tau bila berperangai macam ni. Host boleh halau korang.
Pastu mulalah jeling-jeling aku kat sebelah counter, nak minta tolong pinjamkan duit atas nama “kami sekeluarga dari Malaysia”. Memang aku kerja nak tolong kau? Ada pulak tu siap nak gaduh, kata “mana saya tau last minit ramai nak ikot?” eh hello, kau ingat kau bercuti kat Melaka?
Ok, sebenarnya aku tak ada lah kisah sangat dengan masalah korang kat tempat aku kerja tu walaupun aku malu bila dengar yang bawa masalah ni guest dari Malaysia. Tapi korang yang selalu buat bende macam ni, tak fikir halal haram ke?
I mean, cuba kau fikir, kau bayar booking untuk 3 orang, kau berjaya sneak in family kau yang lagi 7. Ok fine kau jimat. Kat dunia. Jangan lupa kau sebenarnya tengah curi air, elektrik, wifi yang kau guna. Curi tu haram tau.
Selain tu, kau dan owner rumah dah setuju dengan berapa bilangan orang yang nak masuk, tiba-tiba kau masukkan orang lebih, tuan rumah halalkan pengunaan rumah dia pada yang 3 orang saja, yang selebihnya sila jawab di sanaaaa..
Secara logic, semakin ramai orang masuk homestay/ guesthouse/ motel/
Satu sebab bil-bil asas akan meningkat, dan keduanya, rumah akan ditinggalkan dengan keadaan lebih bersepah sebab ramai menginap, dan ini akan meningkatkan kos pembersihan.
Ok lepas ni nak click bayar kat airbnb ke mana mana apps yang korang guna tu, pastikan bilangan orang tu sesuai. Kalau tiba-tiba ada penambahan, sila maklumkan pada tuan rumah.
Itu terpulang pada tuan rumah sama ada nak cancelkan booking anda atau nak anda tambah duit. Untung kalau dapat owner yang baik, dia kata ok je kalau ada penambahan, ini memang rezeki kau la senah.
Kalau korang kata, tak logic book 3 orang price rendah, bila naikkan bilangan orang, harga naik banyak sangat. Macam aku cakap tadi la, kalau kau tak mampu, kau stay at home je, tak payah nak ber-homestay sangat la. Travel memang tinggi kosnya. So, bear with it.
Halal haram tu jaga ya! Baru la keberkatan hidup ada.
Ok. Amboi host homestay, bersorak nampak. Ok, ni teguran untuk host pulak.
Citer dia aku dah 3 tahun dah balik Malaysia. Alhamdulillah dah bekerja. Jadi kami pun nak bergather gather la dengan kawan-kawan. Maka kami decide nak jalan-jalan di sebuah Bandar bersejarah di Malaysia ni.
Ceritanya gini, kami hanya singgah je di Melaka (singgah before balik KL) so just book satu malam. Sedihkan senah dapat bercuti semalam je di Melaka.
Ok ok. Aku book la homestay. Aku pun tengok-tengok gambar, wahhh cantik rumah ni, harga pun ok ok ni. Boleh la sis nak book untuk sis ber OOTD dalam rumah.
Aku book. Bayar and deal dengan owner. Settle semua, tiba hari yang dinanti, kami dengan excited-nya nak masuk homestay.
Aku kecewa beb. Tipah tertipu. Aku book untuk rumah lain tapi diberi rumah lain. Rumah tu tak ada lah hodoh, tapi aku dah book dengan rumah yang A, bila dapat yang B, aku kecewa la. Tapi aku tak ada lah bising-bising dengan owner, sebab tengok owner tu pun aku menyampah kerana dia telah melukakan hati aku ciss..!
Ada aku tanyakan owner, kenapa rumah ni lain, dalam gambar lain? Hampa dah renovate ka? Wallpaper semua tak ada? Maka dengan tenang owner membalas whatsapp aku, rumah tu ada orang masuk semalam. Maaflah ya.
Maksudnya kau tukarkan aku ke rumah lain sebab aku book 1 malam? Patut ke aku halal kan duit aku? Yang lagi aku hangin, aku bukan racist ya, aku book rumah yang bukan main promote halal la apa la, tapi dia hantar aku ke rumah sorang Chinese ni.
Aku cakap lagi sekali, aku tak racist, aku boleh je book rumah bukan Islam, masa aku kerja dulu pun owner guesthouse bukan muslim, cuma bila kau kemain lagi promote, kau bagi la betul-betul.
Macam mana kalau terkena dengan orang yang memang book sebab dendangan HALAL yang kau asyik tulis di page kau. Kita ni kejar, kejar juga keuntungan, jangan la promote benda yang kita tak mampu nak buat.
Kalau aku book rumah bukan Islam, aku sendiri sedar and beware dengan aktiviti kat dalam rumah, contohnya alatan memasak, pinggan mangkuk semua tu. Eh bila fikir balik, mangkuk betul tuan rumah tu!
Ok sebab ni masalah yang aku hadapi sendiri, aku rasa berat nak halalkan. Owner pun macam tak bersalah aje. Hmmmm mengeluh sejenak. Ini pun berkait dengan halal haram ya, owner/host.
Kita deal lain, saya bayar apa amount yang awak mahukan, tiberrr, awak tak sediakan service seperti yang awak janjikan. Jadi, saya patut halalkan? Saya marah? Ya saya marah.. sebab kau tak tau sebagai tukang book, aku kene bebel dengan kawan-kawan aku.
Ok sampai disini saja. Niat saya bukan untuk menghina ya, cuma ingin membetulkan, dan sama-sama mengingatkan.
Saya maafkan, saya halalkan, jangan buat lagi ya perangai huduh tu. Perangai tu jangan amalkan, cukuplah awak je perangai huduh, kalau amalkan nanti jatuh kat keturunan pulak. Hehehe. Halal haram tu jaga tak kira la awak guest atau host.
Jangan rasa kalau kita guest kita sentiasa betul, dan jangan rasa kalau kita host kita berkuasa.
Sekian, Assalamualaikum.
– Ayu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit