Homewrecker Post-Effect

Selalu aku dengar cerita orang atau aku baca dekat confession. Kali ni jadi dekat aku. Bila kena dekat diri sendiri, aku jadi blank. Lembam. Ke sebab aku mengandung waktu tu jadi aku tak ada masa nak fikir sebab aku penat sangat?

Hari ni aku stalk ig perempuan tu. Dah nak kahwin rupanya selepas jadi babi hutan berhias. Habis pokok bunga & sayur aku rosak kau jahanamkan dan terengtengteng kau post bahagia nak kahwin.

Aku wonder la, orang macam ni bila nak kahwin, dia tak takut ke benda ni jadi dekat dia eh? Anak dia? Keluarga dia? Aku selalu terfikir apa perasaan/rasa orang kaki perosak rumah tangga ni eh? Dia tak rasa bersalah ke eh? Dia ingat kahwin tu just happily ever after is it? Kemooon la.

Aku ni orang kata tegas orangnya (orang kata bukan aku tau). Tapi somehow aku tak pernah marah pun perempuan ni.

Aku just cakap elok2 je. Just being nice walaupun dia dah lipat laki aku (laki aku pun salah jugak, korang jangan risau, aku dah basuh sental dia). Aku rasa Allah bagi aku kekuatan sebab aku rasa sangat cekal waktu tu.

Nangis? Tak boleh tidur? Forsho la ada, sebab aku ni manusia. Tapi nak sampai depression tu tak ada lah. Dan bila fikir balik, menyesal pulak aku. Rasa bodo pun ada sebab tak bagi sepatah dua kata.

Dengan keluarga mertua pun tak semenggah. Kes besar macam ni pun boleh tutup mata. Perangai narcissist & toxic positively pesan suruh telan bulat-bulat dan jangan korek lagi apa anak/abang depa buat. Pasal depa ni tak payah cerita la.

Mesti korang bosan dengar sebab perangai typical macam drama melayu. Mampu sabar jelah. Allah itu ada, dan Dia Adil.

Jika aku tak mengandung triplet ketika tu, memang aku muay thai kan kot laki aku.

Aku SISPAA then pergi jumpa Pengarah, buat laporan supaya dapat tindakan tatatertib dah alang2 sampai ke atas katil, then angkat kaki, dapatkan fasakh since semua bukti aku ada senang nak naik turun mahkamah. Walaupun cinta nak mati, tapi kumbang bukan seekor yedok?

Mudahkan dengar?

Tapi itulah, semua benda tidak mudah. Laki aku merayu rayu supaya jangan cerai, kesian dekat anak2 dan perkara ni tak nak buat dah. Letih aku fikir. Nak leraikan ikatan perkahwinan aku atau stay. Untuk diri atau untuk anak.

Papa Mama aku suruh fikir mana yang terbaik, kawan-kawan aku suruh aku cerai. Tapi siapa akan ada dengan aku untuk membesarkan anak2 if aku pilih itu atau ini?

Jangan salah faham, aku ada good support system, daripada keluarga & rakan-rakan. Tapi korang faham kan maksud aku? (Sebab tu aku sangat salute single mothers diluar sana. Korang memang power!)

Aku ada anak nak membesar. Mereka perlukan ayah dan ibu. Setiap anak perlu kan Mother & Father figure. Kasih seorang ayah takkan sama dengan Atuk, takkan sama dengan Ayah Saudara hatta rapat macam mana pun (please exclude absent father/ mother ye- in kes lain), vice versa.

Since ni first time jadi dan janji takkan buat lagi, so aku buat keputusan untuk stay. Pahit dia berlawan dengan prinsip hidup aku, tapi aku telan.

Sekarang? Aku tak tahu apa perasaan ni. Marah pun tidak. Benci pun tidak. Tawar hati ke eh? Nak kata depression pun tak sebab aku masih lagi boleh function macam biasa; kerja, tidur, exercise, makan, main dengan anak2, jumpa kawan2, berhubungan biasa dengan husband aku.

For the first 3 years, memang remuk la hati aku. Trust aku tu macam cermin, retak seribu lepas tu tampal balik. Tapi selepas tu, aku rasa macam tak ada apa2. Kalau rasa pun, hati rasa berat, tapi tak tahu apa. Haha.

Husband aku? Nampak la perubahan dia. Cuba ambil hati aku balik. Pergi kerja balik kerja. Masa terluang untuk aku dan anak2. Buat kerja rumah sama-sama dengan aku. Aku masak dia kemas rumah, aku settle kerja dapur, dia mop rumah. Aku basuh kain dia lipat baju.

Walaupun lepas shif malam pun, balik kerja masih lagi selesaikan apa yang patut. Financial, semua aku biar dia bayar. Daripada segala isi rumah, baju, pampers, susu, sekolah anak2, bil air api. Belanja dapur.

Selama ni aku tolong financially, dia ambik mudah. Sekarang, rasakan, aku tak nak tolong dah supaya duit dia tak pergi ke tempat yang tak patut. Biar dia belajar apa itu tanggungjawab, apa itu jadi qawwam.

P/s: Dear readers sekalian, jangan risau. Jika benda yang sama terjadi lagi sekali lagi (harapnya tidak), memang aku akan angkat kaki dan aku tidak takut untuk jaga anak2 aku sendiri. Aku akan tuntut semua benda A-Z. Doakan aku

– Bougainvillea (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *