Homoseksual Dalam Masyarakat Kita

Assalamualaikum warga maya. Apabila kalian membaca tajuk penulisan ini, bacalah sampai habis. Niat aku bukan ingin membuka pekung di dada atau merosakkan rumah tangga orang. Tetapi supaya kalian lebih berhati hati dan saling menasihati.

Ya. Aku dulu merupakan salah seorang yang terjerumus ke dalam dosa yang dilakukan oleh kaum Nabi Luth. Iaitu homoseksual. Aku bukan nak bercerita tentang kisah silam aku. Tapi apa yang aku nk kongsikan dgn kalian adalah tentang realiti yang berlaku di negara kita hari ini. Masalah yang dikhuatiri akan mengundang bala daripada Allah Taala.

Ok. Macam ni. Aku nk kongsikan sedikit pengalaman aku dahulu semasa menjadi salah seorang homoseksual. Kalian tahu bahawa terdapat beberapa aplikasi dalam Google play untuk golongan macam ni berhubung? Ya.. Ada banyak. Namun, yang biasa digunakan oleh komuniti ini ialah Grindr, Joker dan Blued.

Kalau ada isteri isteri yang baca penulisan aku ni, cubalah periksa telefon suami suami kalian. Jangan periksa di muka skrin telefon. Periksalah aplikasi yang suami kalian install di Google play atau Apple store kerana aplikasi aplikasi sebegini mempunyai kemudahan untuk disembunyikan atau ditukar logonya bagi ahli premium.

Buka aplikasi Google play, dan lihat pada bahagian ‘installed.’ Periksalah aplikasi aplikasi yang dimuat turun oleh suamimu. Kalau terlihat nama nama aplikasi yang aku sebut di atas, maka fikirkanlah apa langkah yang perlu diambil.

Tahukah kalian bahawa golongan homoseksual ini terdiri daripada pelbagai latar belakang? Ya… Bukan sahaja mak andam atau golongan pondan atau lembut, tetapi terdiri daripada semua lapisan. (aku tak kata semua lelaki yang lembut tu gay). Golongan gay ni terdiri daripada semuda usia pelajar sekolah rendah hinggalah setua umur datuk nenek kita.

Jangan terkejut kalau masih ada datuk datuk yang nampak macam normal, dah bercucu, tetapi di belakang keluarga, mereka mencari lelaki untuk memuaskan nafsu serakah mereka. Tak cukup dengan itu, golongan homoseksual atau biseksual ini juga terdiri daripada mereka yang bekerja dalam sektor profesional seperti doktor. Ya. DOKTOR.

Hati hati kalau kalian (lelaki) membuat pemeriksaan kemaluan bersama doktor lelaki. Kerana ramai yang aku jumpa sebelum ni bekerja sebagai doktor, veterinar, jururawat dan pembantu perubatan.

Yang lebih parah, doktor yang sudah berkahwin dan mempunyai anak pun masih lagi mencari lelaki di luar. Contohnya seorang doktor pakar yang pernah aku jumpa. Mempunyai jawatan yang tinggi dalam jabatannya. Isterinya juga doktor dan mereka aktif menyertai aktiviti maraton bersama sama.

Mereka merupakan kawan sejak di bangku sekolah menengah. Nampak macam keluarga yang bahagia. Tapi kalaulah isterinya tahu bagaimana sikap suaminya, aku pasti perkara yang tidak diingini akan berlaku. Aku tak salahkan isterinya yang sibuk dgn aktiviti luar, tapi apabila si suami gagal memilih baik dan buruk, itu yang perlu si isteri bimbang kan.

Bukan sahaja doktor Melayu, Cina dan India juga ada. Kerana masalah ini tidak mengenal rupa, agama dan bangsa. Apabila aku fikirkan semula semua ni, adakah selamat masyarakat kita untuk berjumpa dengan doktor atau pengamal perubatan sekiranya kita sakit di bahagian sulit? Sepatutnya masalah homoseksual ini dirawat oleh mereka.

Namun, apabila mereka juga ‘sakit’ seperti golongan homoseksual ini, siapakah lagi yang boleh kita percayai? Aku juga pernah terfikir sekiranya ada seorang lelaki homoseksual hendak mendapatkan rawatan psikologi daripada doktor yang juga seorang homoseksual. Adakah lelaki tersebut akan dapat diubati? Atau adakah dia akan digoda oleh doktor tersebut?

Tak cukup dengan doktor, golongan gay ini juga ramai daripada golongan pendidik. Baik cikgu, pensyarah, profesor. Macam mana kita nak percayakan golongan ini untuk mendidik anak bangsa kita? Hinggakan ustaz juga tergolong dalam golongan ini. Aku tak tahu nak kata apa apabila berjumpa dengan cikgu2, ustaz dan pensyarah ni.

Mereka tahu perbuatan ni salah. Tapi mereka kata mereka tak tahan nak melawan godaan syaitan. Dan bukan selalu mereka melakukan perbuatan terkutuk ni. Sebenarnya, ada lagi golongan homoseksual atau biseksual dalam perkhidmatan awam ni.

Cuma cukuplah dua golongan ini sahaja yang aku sebutkan kerana kedua dua golongan ini amat berkait rapat dengan kehidupan kita terutama bagi yang telah berkeluarga.

Apabila aku dalam fasa untuk berubah ni, aku rasa mcm nak lari daripada dunia ni. Sbb aku sendiri takut kalau kalau aku terjebak semula ke dalam dunia kotor ni lagi. Pergi lah ke mana mana, pasti akan ada golongan ini. Maka, sebab itu aku nak berpesan kepada masyarakat di luar sana, tolonglah berhati hati.

Kepada isteri isteri, rajin rajin buat spot check telefon bimbit suami. Kalau suami anda tergolong dalam golongan ini, beristighfar dahulu dan berbincanglah secara aman dengan suami. Bawalah suami anda ke hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Risau mereka membawa penyakit berjangkit kepada anda sekeluarga pula.

Semoga perkahwinan anda selamat dan suami anda dapat kembali ke fitrah asalnya. Doakan aku jugak agar tak kembali ke jalan lama tu. Serius, memang susah nak keluar daripada kehidupan macam tu. Alhamdulillah, Allah selamatkan aku daripada penyakit penyakit kelamin dan menjaga aib aku selama ini.

– Andi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *