Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni aku nak bercerita tentang kerjaya.
Aku adalah lepasan ijazah Kimia dari UiTM. Cita-cita aku nak jadi Guru. Tak kisahla guru apa pun. Sebab aku suka mengajar.
Tapi semasa tahun akhir pengajian, aku dapat tahu jika ingin menjadi guru perlu ambil jurusan perguruan selama 4 tahun. Kira macam kena mula semula.
Sebelum ni orang cakap hanya perlu 1 tahun setengah sahaja ambil jurusan perguruan. Makanya aku cakap tak apa. Aku just nak bekerja.
Tak kisahla kerja apa, yang penting nak duit masuk, cukupla 3 tahun belajar (ketika itu). Sebab hutang PTPTN pun dah banyak.
So kerja pertama aku ialah Guru Tadika. Gaji RM900 je. Aku beruntung sebab dalam sebulan je aku menganggur tak buat pape. Lepas tu terus dapat kerja.
Aku rasa enjoy kerja sebagai Guru Tadika. Ini kerja pertama aku. Aku bayar PTPTN, aku bagi duit kat mama abah adik aku. Seronok!
Tapi sebab aku ade ijazah kimia kan, ramaila push aku untuk kerja dalam bidang berkaitan. Jadi aku cuba, aku dapat kerja sebagai QA chemist. Tapi aku tak rasa connection tu. Aku tak happy. Tidur berpeluh, bangun awal pagi. Duduk dalam lab yang sunyi.
Aku tak lama pun dalam bidang tu, aku kembali semula jadi Guru Tadika, ada masa lapang aku mengajar tuisyen. Kan aku cakap tak kisahla guru apa2 janji guru.
Tapi aku kena hadap cakap-cakap orang. Dulu aku akan rasa sedih dan kecewa bila dengar orang cakap, “Kau ni, ada ijazah kimia, kenapa la pegi keje cikgu je, membazir betul”.
Tiap kali aku dengar, tiap kali tu aku remuk. Aku selalu tanya dekat Allah, salah ke jalan aku ambil ni. Kenapa Allah tak tentukan yang aku perlu ambil jurusan Pendidikan Kanak-kanak awal2 lagi. Kenapa?
(Btw aku ada mintak masa UPU tu jurusan Pendidikan Kimia, tapi tak dapat, yang dapat Kimia biasa)
Tapi kuasa Allah manalah kita boleh persoalkan.
Untuk aku nak fahamkan orang sekeliling aku tentang jiwa aku, minat aku dalam bidang pendidikan ni, sangat la mencabar.
Sebab mereka tak akan faham. Mereka faham dari perspektif mereka bahawa kerja guru tadika ni gaji kecik, tak dipandang.
Tapi hanya aku je tahu rasa gembiranya bila Pengetua, guru lain, ibu bapa menghargai aku.
Aku tak perlu buktikan apa-apa. Mereka sendiri tunjuk penghargaan tu. Aku dapat rasa tu. Aku bangga dengan kerja aku. Aku rasa jiwa aku hidup bila aku jadi guru.
Aku dah cuba bagi resume dekat sekolah-sekolah private lain untuk Guru Sains atau Kimia. Tapi belum rezeki. Jika ada rezeki aku memang nak sambung belajar dalam bidang Pendidikan. In shaa Allah.
Aku ada sijil2 kursus yang berkenaan dengan pendidikan semasa aku jadi guru tadika. Aku join semua kursus yang pengetua nak aku pergi. Dan aku seronok.
Tapi nak bagi tahu korang, satu-satunya orang yang tak pernah mempersoalkan kerjaya aku, dan sentiasa menyokong aku ialah Mama aku. Dia yang dari dulu bagi semangat bila orang2 lain mempersoalkan kerjaya aku.
Cita-cita mama memang nak jadi guru, tapi tak kesampaian kerana abah ku selesa bila mama jadi suri rumah dah fokus jaga anak.
Dan sekarang kedua2 anak dia adalah guru, aku guru tadika dan adikku guru tuisyen berjenama sendiri. Aku bangga!
Dan sekarang suami aku dan abah pun dah mula faham.
Kalau tak, dulu ada jawatan kosong lab mana-mana mesti tunjuk dekat aku. Aku dah kata tak mahu lab. Guru Sains yang ada kena mengena dengan lab tak apa.
Orang2 lain tak perlu kesiankan aku sebab aku kerja lari bidang. Ni pilihan aku. Dan ilmu aku belajar sampaila ijazah, aku masih gunakan.
Aku sentiasa minat dengan Sains dan Kimia. Aku masih gunakan ilmu tu bila aku mengajar anak2 murid aku. Mereka sangat teruja bila aku buat experiment2 mudah yang aku tahu.
Ilmu Kimia tu memang salah satunya, tapi ilmu kita dapat semasa dalam perjalanan kita di Universiti tu, boleh digunakan di masa sekarang.
Cara kita berfikir (guru tadika kena ada critical thinking sebab bos kadang2 suka bagi tahu last minit macam dulu2 belajar di universiti pensyarah tiba2 bagi Quiz mengejut),
Mengawal emosi (guru tadika kena tahu mengawal emosi macam masa belajar dulu2 kerja banyak, assignment bagai, layan kehendak pensyarah masa final project, sama macam melayan kerenah mak ayah dan anak2 murid),
Dokumentasi (guru kena pandai dokumentasikan kerja2 dan buat plan mengajar sama macam di Universiti kena buat banyak dokumen, dan plan experiment sebelum masuk kelas).
Jadi pada aku, 3 tahun ilmu aku belajar ijazah tu, bukan ilmu kimia semata, tapi mempengaruhi cara aku berfikir. Aku tak rasa aku membazir waktu, aku tak rasa aku membuang masa.
Jadi pada korang yang senasib macam aku, jangan peduli sangat orang kata apa. Rezeki kita Allah yang bagi. Asal kita happy dengan apa kita buat dan ianya halal, cukup dah tu.
Dan semua orang boleh jadi Guru tapi tak semua yang ada jiwa untuk jadi Pendidik. Ingat tu! Hormati pilihan sesorang itu.
– Farha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit