Hormatilah Agamamu

Sekadar pengenalan ringkas. Persekitaran kerja saya adalah kebanyakannya non muslim dan hanya ada 3 orang muslim di sini termasuk saya. Apa yang hendak saya luahkan di sini adalah berkenaan dengan pemakaian perempuan bertudung masa kini.

Jujurnya, saya jenis yang tidak terikut sangat trend-trend terkini tudung dan gaya pemakaian bertudung.. Tudung asal selesa, pakaian asal tidak ketat dan kemas ckup bagi saya. Dan saya jarang hendak mengomen tentang pakaian seseorang kerana bagi saya itu hak masing-masing dan manusia boleh berubah ke arah lebih baik.

Tapi hati saya tetiba terdetik untuk bercakap pasal tajuk di atas apabila baru-baru ini, syarikat saya bekerja mengambil pekerja perempuan baru. Bertudung, tapi pakaiannya boleh tahan ketat dan singkat selagi boleh.. macam dibalut nangka.. Jujurnya saya berasa sangat-sangat malu apabila rakan-rakan sekerja non muslim bercakap pasal pemakaian pekerja baru tersebut.

Ya, pekerja non muslim di sini seksi, memakai skirt pendek, blouse tidak berlengan tp masih terkawal yang mana mereka tidak memakai skirt atas lutut dan tidak memakai baju yg fit trus ke badan. Pekerja baru tersebut dengan selendang yang hanya diikat blakang, dada terdedah luas, kulit leher slalu nampak, seluar ketat dan tidak sampai ke buku lali pun yang mana bila dia berjalan, boleh nampak bontotnya bergoyang.

Ini pun saya perasan setelah diberitahu oleh salah seorang pekerja non muslim di sini. Dengan baju nya yang melekap terus ke badan. Faham-fahamlah ya macam mana rupanya bila begitu. Sungguh saya berasa terpukul apabila non muslim bercakap mengenai pemakaiannya.. Sebagai sesama Islam, saya rasa agak malu. Saya yang perempuan ini menengoknya pun rasa tidak sanggup.

Wahai perempuan bertudung, tolong la jaga pemakaian kamu. Longgarkanlah pemakaian kamu. Tidak salah mengikut trend terkini, tapi sila berpada-pada. Umpama lebih baik kamu tidak bertudung kalau pun bertudung berpakaian sedemikian. Seharusnya ada terselit rasa malu apabila kamu bertudung tetapi berpakaian melekap ditubuh. Bahasa kasarnya, bertudung tetapi berbogel.

Maaf jika apa yang hendak saya sampaikan tidak sampai, cuma rasa sangat terkilan dengan trend perempuan bertudung masa kini..

– NK, insan biasa

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. Com/submit

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *