Hormon Atau Attitude?

Aku nak share pengalaman jumpa doktor gigi. Aku tak taulah pengalaman korang, beza doktor gigi lelaki dan perempuan.

Aku paling tak suka jumpa doktor gigi. Takut entah kenapa. Sebab masa dulu, pergi klinik pergigian kerajaan. Appoinment dengan klinik gigi kerajaan ni kena banyak-banyak bersabar. Diorang akan handle kes yang kritikal dahulu. Bila dah kerja sekarang, aku dah tak pergi klinik gigi kerajaan. Alasan nya mudah.

1. Lambat.
2. Sakit.

Tapi tak dinafikan, klinik kerajaan murah. Korang fikir la nak buat gigi kat mana.

So bermulalah pengalaman aku kat klinik swasta. Ini lah yang aku nak share ni. Kawan aku rekomen klinik gigi Q. Katanya doktor perempuan. Katanya baik. So nak di jadikan cerita, tampalan gigi aku dan tercabut. So aku pun fikir nak try ke klinik Q. Aku datang pukul 9 pagi. Sebab selalunya klinik buka jam 9/9.30. Rupanya klinik ni buka jam 10pagi. Aku pun tunggu je lah. So kiranya akulah 1st patient. Pukul 10 pagi, doktor perempuan tu masuk. Tak lama, nama aku pun di panggil. So , aku yang takut ni kuatkan hati. Masuk dalam bilik tu aku senyum la. Aku tak paham apasal doktor tu tak senyum langsung. Aku ni perempuan je, apa mahal sangat senyuman engko. Pakai contact lense brown. Dah cantik dah, tapi kalau muka masam??? Ko fikirlah sendiri! Lepas tu dah duduk, tanya aku masalah apa. So aku cakap la tampalan dah tercabut. Doktor ni cek, dengan nada yang malas ke apa ntah, dia cakap lubang gigi aku tu besar. so itu sebab tampalan bole terbuka. Kalau lepas tampal dia kata masih sakit, dia rekomen buat root treatment dengan specialist harga ribu. So aku pun dengar la baik-baik sambil fikir dalam hati, harap lepas tampal ni gigi tak buat hal..

Hah part dia start tampal gigi aku ni memang sakitkan hati aku. Boleh tak, dia ambil alat dia tu, langgar-langgar dengan gigi depan aku. Punya la kasar doktor perempuan ni. Dia fikir gigi aku ni kuali goreng mee ke. Kasar tak payah la nak cakap. Apa masalah engko doktor. Aku ni baru pesakit pertama. Engko tu baru masuk kerja pukul 10 pagi. Yang engko takde mood awal pagi tu pasal? Engko sakit ke apa? Aku buat gigi bukannya FREE! Aku memang tahankan hati je masa tu. Masa tu fikir cepatlah habis. Nak cepat-cepat keluar dari klinik ni. Bila dah siap, sementara nak tunggu bil, aku tanya counter girl doktor tu umur berapa. COunter girl tu cakap tak sure. So aku pun tengok la sijil dia bergantung kat dinding. EM, umur 32 tahun. Muda lagi doktor ni. Tapi dah ada klinik sendiri. Sebab aku nampak sijil berniaga tu atas nama dia. Kaya la kot, tu sebab tak kisah layan customer masa sampah! Aku memang tak paham la kenapa doktor perempuan, perempuan yang sepatutnya digambarkan sebagai makluk lemah lembut, tapi sebenarnya dalam kes aku ni, JAUH PANGGANG DARI API! Problem kat hormon dia ke atau dah memang perangai perempuan tu macam tu. Doktor perempuan jumpa pesakit perempuan macam ni ke layanan dia? Dengan lelaki je ke nak gedik2 tunjuk baik? Apa MOTIF?

Selepas 2 bulan, gigi aku yang geraham buat hal pulak. Aku rasa gigi aku ni masalah dia lepas satu, satu lagi timbul. Mungkin sebab masa kecil tampalan gigi dibuat serentak. Entahlah. Sebab aku bukan doktor gigi. So aku pun pergila ke klinik gigi K. Doktor dia lelaki. Muda juga. Aku masuk je bilik tu, dia greet. Tanya khabar. Tanya aku, apa masalah.. NAh, nampak tak beza kat sini. Aku yang takut pun, rasa senang sikit. Bila dia cek gigi aku, dia pun explain. Gigi geraham aku ni kalau nak buat crowning, dah tak boleh sebab tak boleh hold since gigi dah pecah. (Sebelum ni gigi tu pernah pecah, tapi aku biarkan je sebab tak sakit). So dia kata kalau nak buat implant, harga RM5K. FUh, mahal kan. So aku pun cakap, cabut je dulu. Nanti aku fikir pasal implan tu.

So before dia start, dia caakp dulu. Kena ambil masa sikit sebab gigi geraham. Gigi besar. Okey part yang ini aku memang salute. Doktor gigi lelaki ni buat kerja sangat lah hati-hati. Lembut. Tak pernah tools dia tu langgar or terketuk gigi aku. Biarpun, proses nak buat gigi aku ni 1 JAM! Lagi satu, ayat dia cakap tu POSITIF. Dia cakap, ok sikit lagi. Sikit lagi. Biarpun sebenarnya sikit dia tu bukanlah sekejap. Tapi At least aku yang pesakit ni tak gemuruh. Siap ada minor surgery lagi gigi geraham aku ni. Tapi sebab doktor ni ada etika doktor gigi yang baik, aku dengar surgery tu pun dah tak ngeri. Doktor ni dia bersihkan sisa-sisa gigi geraham, kena potong gigi tu dulu supaya senang nak cabut gigi tu. Korang boleh bayangkan tak kena nganga mulut lama-lama, kena potong gigi, berdarah, ngeri kan. Kalau korang-korang yang pernah cabut gigi geraham ni, tau la proses dia macam mana. AKu pernah baca, cabut gigi geraham ni boleh effect kat saraf lain macam saraf optik. Bila dah nganga mulut lama tu, tu sebab macam-macam benda terlintas. Aku bersyukur sebab doktor gigi lelaki ni amatlah memahami. Dia tau, sakit gigi ni macam mana rasa dia. So dia tak tambah sakit kat emosi pesakit.
Aku rasa, kalau doktor yang perempuan dari klinik Q tu buat, memang PARAH la aku. MC 1 bulan kot!

Nasihat aku, siapa nak pergi klinik gigi tu, buat research dulu. Kalau benda simple je macam cuci gigi tu je takpe la. Tapi kalau melibatkan skill – skill yang lain, korang ingatlah. Sakit gigi ni memang lain macam sikit. Kalau kena doktor gigi lelaki aku cerita tu, untunglah korang. TAPI, kalau korang kena dengan doktor perempuan tu, GOOD LUCK la ye!

Kepada doktor gigi perempuan kat luar sana, tolonglah jaga HORMON korang sebab apa yang korang buat melibatkan SERVIS. Orang bayar untuk servis. Tapi kalau memang attitude korang ada problem, rasanya korang duduk kat rumah CEK gigi korang sendiri je lah!

-Miz ATHI-

– MIZ ATHI

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit