Horror Life Update

Hi semua. Korang ada terbaca tak confession pasal asyik jumpa hantu suka flush tandas, akak ponti, abang candy tu..

(https://iiumc.com/horror-tak-berapa-horror/)

(https://iiumc.com/horror-yang-tak-berapa-horror-ii/)

Kalau korang pernah baca, hi!! Im back with my life update.

Sekarang hidup aku dah kurang diganggu hantu tapi hidup aku diganggu benda lain.

Haihs, kejap nak merenung hidup.

Kalau dulu ada hantu jamban, sekarang alhamdulillah. Hantu jamban dah resign. Tiada lagi gangguan semasa melepaskan hajat. Kena flush sendiri lah nampaknya.

Akak ponti and abang candy pun dah tak nak kacau. Mungkin dah berdating

Cuma sekarang aku lebih kerap diganggu seperti bunyi-bunyi, barang dibaling. Tu jer.

Tapi benda ni akan jadi bila aku balik rumah aku kat kampung. Padahal aku duduk rumah sewa tak ada pulak baling-baling. Cuma aku diganggu dengan jiran-jiran yang suka memekik tak kira waktu.

Mak aku pernah cakap yang tiap kali aku balik or nak balik mesti rumah akan jadi something. Huhu.

Haritu masa aku balik raya, aku sampai malam sebab aku tak dapat cuti awal sehari before raya. Mak aku cakap, rumah aku masa tu dah start bunyi orang cakar atas bumbung la, bunyi pinggan pecah lah apa la.

Sampai je aku at rumah malam raya tu, memang letih habis. Bad news pula aku ABC. Aku sampai rumah je, semua orang dah tidur.

Pergi la aku sorang mandi pagi-pagi buta. Masa aku tengah syok mandi, boleh pulak aku dengar cawan bergolek betul-betul kena pintu bilik air.

Tapi aku buat tak tahu sebab aku pikir adik aku nak mengusik sebab dapat adik beradik kaki mengusik ni. Aku pun konfius mana hantu mana diorang.

Aku habis je mandi, aku tengok ada cawan kaca depan pintu bilik air padahal rak cawan jauh jugak dari bilik air. Aku pun angkat lah cawan tu sambil membebel. Basuh then letak balik kat rak cawan.

Sambil-sambil tunggu nak mengantuk, aku main la phone dulu di ruang tamu sebab kalau malam raya adik beradik aku suka lepak tidur di ruang tamu.

Berjengkek aku jalan ke sofa takut terpijak abang dan adik-adik aku tengah tidur. Ye la dah gelap kan.

Aku pun tengok la jam. Dah pukul 2 pagi. Tapi mata aku segar sebab baru lepas mandi. Sambil-sambil tengah scroll tiktok, aku dengar bunyi pinggan berlaga. Macam ada orang tengah makan kat meja dapur.

Memang ada atas meja dapur ada makanan sebab lauk2 dah tak muat dalam peti ais. Jadinya mak aku letak lauk dalam bekas atas meja.

Masa ni aku dah cuak sikit sebab aku tengah dalam keadaan tak bersih. Jadinya terbatas sikit nak membaca. Aku pun biar je bunyi tu. Tapi makin lama makin rancak pulak bunyi dia.

Eh awal pulak engko raya ni. Aku pun tak sempat jamah rendang mak aku sebab mak aku nak simpan untuk raya esok.

Aku pun takut-takut bangun ke arah dapur sebab takut la tikus ke apa ke.

Zapp!! Aku selak tirai dapur laju.

Ni kalau manusia ada. Mau tercekik sebab terkejut.

Tapi hasilnya tiada apa. Pinggan mangkuk semua elok terletak. Aku pun pergi la kuis-kuis sikit sambil rembat sikit rendang mak aku.

Tapi bulu roma memang rancak naik time ni. Macam biasa aku abaikan sebab dapat rembat rendang mak aku lagi penting. Takut kena piat telinga kalau kantoi.

Pukul 3 lebih baru aku dapat tidur.

Esoknya aku bangun pagi tapi aku sorang je kat rumah sebab yang lain pergi solat raya. Hmm cedih.

Aku kemas apa yang patut. Sedang aku tengah mengemop lantai, pintu bilik ayah aku tiba2 bergerak. Yang macam angin tiup tu.

Eeekkkk!! Bunyi dia.

360 darjah aku pusing sambil tangan aku tengah pegang mop. Memang betul, pintu ayah aku je yang bergerak. Padahal angin apa je boleh masuk rumah aku pagi-pagi camni.

Disebabkan aku seorang yang pantang mengalah kecuali mak marah, aku pergi lempar mop ke arah pintu ayah aku. Bersepah air atas lantai.

Laju-laju aku lari ke arah pintu pastu aku hempas kuat. Biar terkejut semua yang ada kat situ.

Alhamdulillahh, tiada sebarang kemunculan hantu pakai baju melayu ke apa ke.

Habis cerita raya…

Esoknya mak aku mengadu yang pokok kebun kepunyaan jiran aku tu dah masuk sampai pagar rumah aku. So memang banyak tikus buat papan gelongsor situ.

Tapi disebabkan kebun tu ada “penjaga”, siapa pun tak berani nak tebas.

Mak ayah and adik beradik lain pernah cuba tebas. Tapi malamnya semua kena ganggu. Ada yang nampak orang tua merangkak la. Kaki kena pegang la apa la. Mak aku sampai kena tindih. So start dari situ, diorang semua tak berani nak sentuh pun.

Jadinya aku sebagai seorang anak kedua yang hantu pun meluat nak kacau. Aku pergi tebang segala semak dan pokok-pokok liar yang masuk dalam pagar rumah. Awal-awal mak memang cakap tak payah tapi ye la. Aku ni jiwa lain sikit.

Aku pergi la tebas bagai dengan confident. Lupa kata aku ABC. Dari tengahari sampai ke maghrib aku tebas. Adik beradik nak tolong, aku tak kasi sebab adik aku sorang tu sampai kena penyakit apa tah.

Naik habis bintik-bintik merah dari muka ke badan. Ustaz cakap kena ludah jin. Tah la. Main ludah-ludah pulak. Pergi hospital, doktor kata semua okay dari segi darah bagai.

Malam lepas aku tebas tu, aku start rasa gatal-gatal. Aku fikir sebab semak-semak situ. Mandi la aku sampai 3 kali malam tu. Tapi still gatal.

Badan aku mula rasa berat di bahagian bahu. Macam nak tercabut bahu aku. Tapi aku diamkan je sebab tak nak kecoh.

Tapi mak aku pandai. Dia nampak perubahan aku. Dia sediakan air mandian limau purut dengan daun bidara bersama ayat-ayat alquran. Suruh aku mandi.

Panas gaiss aku mandi padahal aku mandi air biasa je. So aku tahu la punca.

Esoknya badan aku naik macam adik aku tu. Tapi sumpah gatal gila. Lepas aku mandi air limau purut dengan daun biadara selama 7 hari, alhamdulillah dah tak gatal. Cuma kesan bintik bintik tu ada. Cisss kurang hantaran aku.

Ok la semua.. Macam panjang pulak aku cerita.

Kalau korang nak tau lagi pasal cerita aku yang mana aku sebilik dengan orang gila lepastu kawan baik aku selamatkan aku. Korang komen ye.

Bye dah nak balik kerjaa.. Adiosss!!

Moga hari-hari korang indah walaupun hidup dalam dunia tipu-tipu..

– Seketul Saya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *