Hospital Dan Takaful Untuk Anak

Salam semua.. Nak share juga pengalaman anak masuk hospital kerajaan & swasta. Jangan menyampah ye walaupun ramai dah share.

Masa anak kedua aku baby, dia senang kena bronchopneumonia. Selsema & batuk tu benda biasa. Kitorang kena make sure jangan sampai ada infection.

Kakak dia dulu pernah kena sedut kahak masa baby. Makanya aku pesan kat suami, baby kita yang second ni, umur 2 bulan je terus amik insurans.

Suami aku jenis family keje gomen, dia pun keje gomen. Bagi dia beranak kat gomen sudah, free. Tayah nak mengada pegi swasta bagai. Kalau sakit pun gi gomen je lah. Perkhidmatan medical terbaik.

Aku tak kisah sebab famili aku pun mostly gomen. Tapi untuk anak, aku takde bagi diskaun. Selalu pesan dia amik insurans.

Alkisah suami aku tangguh2. Sampai la ada satu masa ni baby kitorang start flu, batuk, nafas laju. Pegi hospital gomen sebab tarak insurans nak pegi swasta.

Bermula episod tido atas kerusi kat hospital, camping atas lantai beramai2 kat koridor, kakak dan baby tido atas lantai berbantalkan peha sementara tunggu giliran. Lepak kat hospital sampai 3-4 pagi tu benda biasa.

Sebabnya, hospital full. Since ko miskin, terima je la waktu menunggu tu kan, heheh. Dan kena tendang balik rumah tu perkara biasa. Dapat neb, ntah apa ntah lagi aku tak ingat, pastu diorg suruh balik.

Lepas anak aku start muntah teruk, nafas makin laju, kali ke 4 pegi emergency dalam minggu yang sama, baru la warded. Rezeki time tu pakar turun memalam buta dan perasan something sounds wrong kat paru2 baby.

Asal dapat je warded, Alhamdulillah. Perkhidmatan terbaik. Bilik kongsi 10 orang aku tak kisah. Lagi ramai lagi bagus. Seram kot duduk sorang2 kat hospital.

Doktor pakar 3-4 orang turun tengok baby. Berkali2 sehari. Check macam2. Makan sedap. Wad selesa. All ok lah. Nurse ramai dan ramah.

Basically yang buat susahnya, pasal nak masuk wad je la.. Once ko dah warded, semua Alhamdulillah.

Lepas kes tu, serik asyik kena suruh balik sampai baby dah teruk baru dapat admit, akhirnya suami start amik insurans untuk baby. Mahal sikit sebab dah ada history, tapi takpe..

Kenapa aku tak amik je awal2 dulu? Masa tu aku baru resign, sengkek. So memang mengharap cinta hati je bayar semua.

Kali kedua benda sama terjadi kat baby. Pegi emergency lagi. Macam biasa, pegi tengah malam sebab husband balik lambat. Dan waktu malam la biasanya keadaan baby tengah teruk.

Lepas amik neb etc, subuh tu hospital suruh balik.

Aku dan hubby tak sedap hati, balik hospital tu terus pegi swasta. Pegi jumpa Paed Kakak. Kakak ni memang awal2 ada insurans, sentiasa pegi swasta sebab masa tu aku keje, zaman2 mewah sikit.

Paed check baby, darah, x-ray, terus suruh warded. Nak on antibiotics. Bronchopneumonia again. Aku tak sure la, pakar ni lain sikit kot part dengar paru2 baby. Laju diorg tangkap kalau ada apa2 yang tak kena.

Aku tak ingat lama ke tak tunggu bilik tu. Basically kalau full, kitorang balik dulu. Nanti diorg call bila bilik dah ada. Masa menunggu bilik ni ikut nasib, sekejap atau lama, sama je gomen and swasta.

Doktor yang turun, Paed sorang tu je la. Dia yg monitor once every day. Privacy sgt bagus. Makan sedap. Nurse tak kacau. Sunyi sikit untuk aku. Kat gomen yang aku masuk dulu cam meriah.

Siri baby aku warded ni berkali2 jugak untuk masalah yang sama. Masa PKP start baru dia sihat sikit, maybe sebab duduk rumah je.

Sekarang besar dah hero tu. Strong boy. Alhamdulillah. Macam2 ubat, vitamin, and probiotics kitorang cuba. Now jarang demam & batuk.

Bila fikir nak ada baby lagi dan ulangi episod yang sama, bergenang gak air mata. Tak sanggup tengok baby kena sedut kahak, cucuk sana sini.

Aku sebenarnya prefer hospital gomen dari segi warded. Tapi nak dapat admit, kalau hospital area aku tu, susah. Tak sure la hospital gomen lain macam mana.

So after ada insurans, semua swasta. Outpatient pun swasta sebab coverage company cover dah.

Pesan aku kat ibu bapa yang mampu. Untuk anak2, ambil insurans awal2. Tak kisah la murah atau mahal. Amik sekadar kemampuan.

Untuk kemudahan dan masa depan anak kita jugak. Jangan fikir bayar bulan2, rugi tak pakai.

Syukur la kalau hangpa bayar bulan2 tapi tak pernah pakai. Tu maknanya anak hangpa sihat dan selamat. Alhamdulillah.

Bak kata kawan aku,

‘Insurans ni macam pemadam api. Kena ada kat rumah. Tapi kita berdoa tak perlu pakai sampai bila2’

– Hanana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *