Hospital Kerajaan vs Hospital Swasta

Assalamua’laikum semua. Aku nak kongsi pengalaman aku bersalin dekat hospital kerajaan dan hospital swasta.

Untuk anak pertama, aku bersalin kat hospital kerajaan. Ni masa sebelum Covid-19.

Mulanya aku tak nak tau, sebab aku banyak baca kata hospital kerajaan ni macam-macam, nurse garang lah, servis teruklah itulah inilah. Tapi sebab kandungan aku masa tu uri bawah, so aku kena bersalin kat GH (Government Hospital)

Even doktor yang check bulan-bulan kat hospital swasta pun suruh aku bersalin kat GH. Uri bawah ni risiko dia boleh berlaku pertumpahan darah.

Dekat GH, ada blood bank. Dekat hospital swasta ada stock darah tapi tak banyak macam kat GH.

And aku masa tu pun kena duduk kat GH selama sebulan, sebabkan risiko tu tadi. Berat betul hati aku masa tu, nak kena duduk kat hospital sampai bersalin pulak tu.

Tapi aku tak ada pilihan. Kalau duduk hospital swasta sebulan, mahu tak makan aku setahun.

Masa aku duduk selama sebulan kat GH, ya Allah, segala persepsi aku pasal GH semua SALAH! Ye salah!

Nurses kat GH sangatlah baik dengan aku. Tak garang macam yang aku baca atau dengar sebelum ni. Diorang sangat caring. Kebersihan kat wad pun tiptop.

Kejap-kejap makcik cleaner datang mop, sapu. Yang angkat sampah datang ambil sampah, bersih memang bersih. Aku duduk wad dua orang, lepas bersalin duduk wad katil satu. Jadi ni aku cakap based on bilik yang aku duduk tau.

Yang wad duduk ramai-ramai tu, aku tak tahu situasi dia macam mana sebab tak pulak aku pergi buat lawatan sambil berlajar kat satu wad bersalin tu. Doktor pun okay, baik pakar sampailah ke doktor pelatih.

Cuma tulah, bila doktor-doktor ni datang melawat, diorang datang dalam satu group and kau akan rasa macam bahan uji kaji la kat situ

(Part ni kau janganlah sempit sangat, tanpa doktor pelatih ni takkan lahirnya doktor pakar kat dunia ni, kita kena faham yang itu memang kerja dia and pasal aurat dosa pahala biar Allah saja tentukan, bukan kita saja nak tayang)

TAPI nurse kat wad aku tu sangatlah menjaga aurat aku.

Habis saja doktor-doktor check perut, cepat-cepat nurse tarik selimut tutupkan. Makan kat GH pun sedap-sedap.

Entah aku yang memang berselera atau menu dia memang sedap aku pun tak sure tapi setiap kali tray makanan datang, licin aku makankan. Lengkap diet, ada buah, ada lauk protein, and ada air sekali.

Kat GH ada 4 kali makan. Sarapan, lunch, minum petang, makan malam. Memang rasa macam princess duduk hospital masa tu, haha.

Makan orang hantarkan, baju orang basuhkan. Aku cuma duduk saja.

Nurse tak bagi aku banyak jalan sebab uri bawah ni memang tak boleh banyak berjalan, nanti risau ada tumpah darah.

Jadi aku jejak lantai hospital tu bila nak mandi, solat dengan ambil/ hantar baju hospital, itupun kadang nurse yang ambilkan dan hantarkan baju kotor aku. Baik betul nurse-nurse kat wad tu.

Uri bawah ni memang sah-sahlah kena operation kan. Jadi, masa nurse tolak aku pergi wad operation tu, kak nurse tu sempat pesan aku,

“Awak jangan takut-takut tau. Baca banyak-banyak lailahilla anta subhanaka inni kuntu minozzholimin. Ulang-ulang baca ya”. Kurang sikit nervous aku masa tu.

Bila kat dalam OT, masa dapat epidural tu, serious aku tak rasa sakit langsung, sampaikan aku tanya “oh dah ke?” Bila diorang suruh aku baring semula.

Bila lepas tu, bila operation nak mula, aku tak sure yang duduk hujung kepala aku tu nurse atau doktor tapi dia cakap, “Puan, kami dah mula ya puan. Puan baca selawat banyak-banyak ya”.

Ya Allah, aku rasa bersyukur gila sebab ada yang ingatkan aku waktu and aku rasa tenang sepanjang operation tu. Tak lama lepas tu, “alhamdulillah puan, puan dah selamat bersalin anak lelaki ya puan”.

Anak aku time tu keluar tak menangis, mungkin dia pun tak tahu dia kena keluar waktu tu kan, nasib nurse/doktor tadi bagitahu. Dah kena popok kat montot baru anak aku uwek uwek.

Untuk anak kedua ni, suami aku present beranak kat hospital swasta. Dipendekkan cerita, anak kedua pun aku kena czer juga. Tapi kali ni berbeza sebab emergency, anak aku ni dah tak sabau nak keluar.

Sebelum aku masuk OT, kena buat CTG dulu sebab nak tengok contraction aku berapa kali.

Lepas dah buat CTG, nurses pun buat preparation nak masuk bilik bedah. Haaa bermulalah pengalaman nightmare aku time ni.

Masa nurse tu nak cukur, dia cukur aku macam siang ikan kau tahu tak! Punyalah kasar. Masa kat GH dulu, nurse buat elok-elok.

Yelah aku tahulah emergency tapi janganlah macam siang ikan kak. Sakit oi! Aku cakap “kak sakit”, “oh sakit ke, sorry sorry” dia gelak-gelak lepas tu dia sambung dengan velocity yang sama. Ya Allah. Sabar saja aku.

Lepas tu, masa nak pergi OT, kena pakai katil lain kan. Kau gerak sendiri, naik sendiri kat katil tu eh. Kalau kat GH, aku baring saja, nanti nurses akan kira “1 2 3” alih aku dengan bedsheet.

Masa kat bilik bedah, bila dah selesai bedah, anak dah keluar, nurses kat dalam tu boleh membawang, bangaikan aku tanpa tutup bahagian bawah badan aku dengan cepat. Bercakap sambil pegang kaki aku.

Aku macam aku bayar mahal-mahal ni nak dengar korang membawang ke sebenarnya?

Kaki memang kebas tapi kita boleh rasa bila dipegang/ dicucuk cuma tak rasa sakit ja.

Bab inject epidural tu, pada aku atas masing-masing doktor bius punya kepakaran, and kali ni aku rasa sikit sengal-sengal ngilu halus tu. Dia tak sakit tapi rasa lah kena cucuk tu. Beza dengan first time dapat dulu.

Bila nak naik ke wad, masa alihkan aku tu, nurse suruh aku gerak sendiri alih ke katil tolak ke wad tu.

Kita dah lah separuh badan tak berasa, dia suruh gerak. Jadi aku geraklah macam sotong gatal kat situ. Diorang bantu angkat bahagian kaki yang tak berasa.

Untuk menu kat hospital swasta ni, sedap memang sedap tapi tak lengkap. Tak ada buah. Dia ganti dengan sup jernih sihat. Entahlah.

Hantam sajalah. Aku makan ja. Kat sini 3 kali makan. Sarapan, lunch dan makan malam. Minum petang, kau pandai-pandailah suruh suami beli kat cafe atau 7e.

Bila aku dah ada pengalaman macam ni, aku cakap kat suami aku, andai ada rezeki lagi lepas ni, aku nak bersalin kat GH jelah. Untuk apa aku bayar sampai RM8k untuk servis yang aku boleh dapat dengan RM800.

Masa kat GH dulu aku bayar RM800 untuk sebulan, bilik 2 orang dan lepas bersalin bilik sorang. Dekat hospital swasta, total RM 8,5k untuk 3 hari 2 malam.

Korang jangan cepat sangat percaya pada dakyah-dakyah kata nurse GH garang, sombong semua tu. Kadang aku rasa, diorang garang/ sombong tu sebab keadaan yang buat diorang jadi macam tu.

Yelah, bukan kau sorang saja yang sakit kat situ. Ramai orang sakit dengan bermacam ragam. Yang diva la vida, demanding, yang degil, yang pendengaran kurang, mana tak nye nurses/doctors GH jadi hijau.

Kalau kata dari segi kepakaran, bagi aku sama. Sebab GH pun ada doktor pakar dan jumpa lagi macam-macam kes berat. Kalau kat hospital swasta kes berat sikit saja dia tolak ke GH.

GH ada blood bank, swasta limited.

Cumanya kat hospital swasta ni, kau cepat dapat katil. On the spot. Kalau kat GH, lama kau kena tunggu. Macam aku masa anak pertama, serah diri pukul 12 tengah hari, dapat katil dekat maghrib jugalah.

Punya lama tunggu tapi jangan nak hangin-hangin, bukan kau sorang yang nak beranak. Itu jelah bezanya dari pengalaman aku sendiri.

Aku nak ucapkan terima kasih banyak pada semua nurse wad bersalin Hospital Melaka sebab layankan aku bak puteri selama sebulan kat sana.

Untuk hospital swasta sebelah mall sebelah hotel tu, aku harap nurse-nurse kat OT (bukan semua) tolonglah sama-sama jaga aurat pesakit, dan tolonglah jangan membawang depan pesakit.

Tahan lah kejap rasa tak puas hati dengan kawan tempat sekerja ampa tu. Tak proper. Selesai kerja, membawanglah ampa sampai lebam naa.

Yang aku cerita ni, pengalaman aku sendiri. Mungkin tak sama pengalaman kita. Rezeki masing-masing.

– Rihanna Under My Umberella ela ela eh eh eh (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *