Nama aku Maya. Aku menetap di rumah sewa bersama kawan baik aku. Ya, kawan baik. Tapi ada masanya aku tak rasa macam kawan bik pon. Hahaha. Perkenalkan, kawan baik aku merangkap housemate aku, nama dia Zati. Bila nak masuk rumah sewa, banyak sangat duit yang diperlukan. Memandangkan kami bersua tak ada saving. Jadi kami buat loan. Zati buat loan, untuk bayar deposit 2bulan. Dan aku pulak buat loan, untuk completekan sikit2 barang rumah yang sangat perlu (macam katil, peti ais, seterika dll)
Bila dah 2 3 bulan duduk, Zati complain, bosan duduk rumah, tak ada apa. Ada tv, tapi siaran tak stabil disebabkan semua jiran2 pasang astro. Oleh sebab gaji aku banyak sikit la dari Zati, aku guna duit aku untuk pasang astro dan streamyx. So kami masing2 tak kan boring duduk rumah. Cuma, hujung bulan, masing2 kena bayar. Bila total up semua, bil dan sewa semua dalam rm600-rm650. Aku pikir tak apa, Zati bayar rm300 sahaja. Kalau lebih, aku tanggung. Sewa rumah kami cuma rm450. Tapi bil2 lain mcm astro dan internet yang selebihnya.
Gaji Zati dalam rm1800. Tapi, tak pernah cukup bagi dia. Sebelum dok menyewa dengan aku, dia memang dah ade loan ape2 ntah. Aku malas amik tau. Pastu, dia ada hasrat nak pkai kereta. Aku cakap, mampu ke. Kalau tak mampu jangan. Sebab sekarang pun aku tengok dah lain macam. Pastu, dia nekad jugak. Aku bagi saranan, cari kereta secondhand. Dia tak nak jugak. Akhirnya, dia jual moto dan beli kereta iriz. Iriz bayar bulan2 rm450 kot. Aku? Senyap je la. Duit dia.
Tapi sebaliknya, bila dah ada kereta. Lagi la banyak duit kena keluar. Pergi balik kerja. Kadang2 takda duit nak makan semua. Aku pulak, jenis yang tak sampai hati tengok housemate aku kelaparan, takde duit. Biasanya, kalau gaji die, seminggu je tahan. Selebihnya, duit aku yang cover untuk dia. Oleh sebab aku tak tahan, duit kutu yang aku dapat, aku pnjamkan kat dia dalam bawah rm2000 untuk buat beli moto cash. Bulan2 bayar kat aku sikit2. Sekurang2nya, nak pergi kerja, jimat.
Baru2 ni, dia tanpa pengetahuan aku, contact bank. Kononnya bank kata, loan dia nak habis dah. Boleh overlap. Ko tau apa aku rasa? Duit kau tak cukup, ada hati nak overlap lagi?
Memang serius aku maki kaw2 sampai bergaduh.
Yang myakitkan hati, dia pergi canang macam2 dekat kawan sekerja dia. Kononnya, aku jahat. Ungkit sana sini. Cuba korang pikir, makan semua aku bayar. Pastu janji nak bayar balik. Kalau kira makan yang aku tanggung setiap hari. Dah berapa ribu? Sikit pon tak ada nak bayar siap.burukkan aku dekat kawan2 tempat kerja. Yang aku terasa hati, dia dapat bonus. Aku senyap je, tunggu tengok dia teringat tak nak bayar hutang. Tau apa… sesen pun dia tak keluarkan duit untuk bayar hutang.
Macam2 lagi dia cakap. Kononnya, sewa rumah rm450, tapi dia bayar kat aku rm300.. aku bayar rm150 je. Aku kadang2 tak larat nak bersabar. Macam mana kawan2 dia boleh percaya dia? Sedangkan aku housemate dia, macam2 dia pergunakan. Disebabkan aku yang jenis cepat bersimpati. Bila aku marah sebab beli kereta. Dia bagi alasan kat kawan2 dia, kononnya beli sebab aku yang guna kereta dia. Pergi mana2. Sedangkan aku ada kereta sendiri.
Kat tempat kerja, kawan2 dia nampak dia baik. Tak ada duit, dia bagi pinjam.. sedangkan hakikat sebenarnye, duit aku yang dia pinjamkan kat kawan2 dia. Lagi satu, dia bagitau kat tempat kerja, ada budak susah. Bawak nasi kosong makan time lunch. Kau tau apa. Dia bawak budak2 tu makan, last skali aku yang kena bayar. Kononnya nak bayar balik. Budak tu berhenti pon, tak bayar jugak.
Sebenarnya aku penat. Sebabkan aku cepat kesiankan orang, housemate aku pergunakan aku. Bila aku cakap, dia kata ungkit. Cakap macam2 kat kawan dia yang aku itu yang aku ini. Kau tau tak aku kerja separuh mati nak dapat apa yang aku ada sekarang? Kawan2 dia pulak jenis backup baik.. kononnya aku ni, housemate sendiri tak boleh tolong, alaaa.. makan berapa sangat bayar, jangan kedekut, jangan pentingkan diri sendiri. Pentingkan diri sendiri ke kalau duit kutu yang kau simpan kau beli moto untuk housemate kau? Kedekut lagi ke sampai stiap hari lunch n dinner kau bayar untuk housemate kau?
Sebagai kawan Zati, patutnya menasihatkan. Bukan cakap apa yang Zati buat tu betul. Mempergunakan orang sebab aku lemah bile tengok orang susah. Dan jugak kau Zati, setiap bulan kau janji nak berubah. Tak nak guna duit aku, tapi still sama jugak. Bila kau nak berubah Zati? Aku housemate kau, bukan adik beradik kau. Kalau adik beradik kau pun, belum tentu leh tahan perangai camni.
Zati selalu marah aku bila aku pergi bank, ada makcik jual kepek mintak beli. 10x aku pegi atm, 10x la aku beli kepek.. sbb aku kesiankan mak cik tu. Tapi, sedekah tu tak salah. Kau yang salah. Gunakan orang untuk kepentingan sendiri. Aku selalu berpesan, bagi orang tua duit. Sedekah kat orang miskin. Kalau camtu, hati lapang, rezeki pun luas. Tapi, apa yang aku cakap, tak pernah diendahkan. Sebab tu dia selalu kesempitan wang.
Nasihat aku, bukan senang nak cari duit. Jadi, kalau berhutang, bayarlah. Sebab kalau kau tak bayar, aku la orang pertama yang halang kau masuk syurga. Aku jugak bukan orang senang. Tapi tu bukan alasan unyuk mempergunakan orang lain.
– Maya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit