Housemate

Assalamualaikum wbt. Kepada semua pembaca, saya mendoakan anda dalam keadaan sihat selalu.

Saya dah berfikir panjang dan saya ingin meluahkan perkara ini disini sebab saya perlu meluah, saya bersedia menerima sebarang kritikan atau cadangan. Maaf andai penulisan saya tidak kemas.

Nama saya Shima.. Cerita bermula setahun lepas, saya dan juga rakan sekerja bersetuju untuk menyewa satu rumah dan duduk bersama.

Awal2 memang semuanya indah belaka, kami masak bersama, tidur bersama, bersembang bersama. Segalanya dilakukan bersama.

Kami masuk rumah yang kosong jadi kami bekerjasama untuk mencantikkan rumah dan sebagainya.

Tetapi dari awal kami masuk ke rumah, hanya saya yang kerap mengemas rumah dan mencuci toilet dan sebagainya.

Mereka ada membantu tetapi sepanjang kami duduk bersama  saya boleh mengira pakai jari sahaja berapa kali mereka membantu saya untuk membersihkan bilik air dan sebagainya.

Untuk pengetahuan semua, saya adalah ketua rumah.

6 bulan pertama, saya tahan kan saja disebabkan mengenangkan mereka kawan. Tetapi lama kelamaan, tiada perubahan dan saya masih juga perlu untuk membersihkan semua sendirian.

Adakala, sudah masak untuk mereka pon, saya perlu mencuci pinggan mereka.

Saya bukan seorang yang terlalu pembersih yang tidak dapat melihat sebarang kekotoran tetapi saya amat menitik beratkan isu kebersihan seperti tandas dan dapur.

Saya sangat tidak suka melihat pinggan mangkuk ditinggalkan semalaman atau bilik air kotor.

Saya pernah meluahkan kepada mereka isu ini, seorang yang saya akan namakan Zara (bukan nama sebenar), dia memahami dan ada juga cuba membantu sedaya yang dia mampu,

Manakala, lagi seorang housemate saya namakan Janna (bukan nama sebenar) menjawab pada saya, dengan pelbagai alasan, tiada perkakas, dia tidak suka mengemas dan sebagainya.

Setahun kemudian, semakin lama saya semakin penat disebabkan saya perlu berulang ke rumah ibu saya bagi menjaga adik saya berseorangan dirumah.

Ada suatu hari, saya sengaja tidak membasuh bilik air kerana ingin melihat jika ada antara mereka akan bersihkan dan pada masa yang sama saya juga perlu meninggalkan rumah sewa untuk jangka masa 2 minggu atas urusan peribadi.

Setelah saya balik ke rumah sewa selepas beberapa minggu, saya terkejut melihat tiada sesiapa yang membersihkan bilik air kami,

Saya masuk bilik air, keadaan singki yang telah berkulat banyak, dinding dan lantai berlumut dan mangkuk tandas kotor.

Saya menangis dan mengadu kepada tunang kerana kepenatan dari urusan tidak habis. Saya perlu membersihkan pula tandas.

Saya bukan seseorang yang suka memaki hamun dan marah2 tetapi saya memarahi housemate saya kenapa tiada sorang pon yang membersihkan rumah.

Saya membersihkan rumah hingga badan saya menggigil kepenatan. Hanya Zara memohon maaf kepada saya dan berjanji akan membantu saya.

Perkara sama berlaku lagi selepas itu, cuma Zara ada juga membantu saya menguruskan ruang tamu dan dapur. Sedikit sebanyak beban saya ringan sedikit. Tetapi Janna tetap sama. Tidak membantu.

Baru2 ini saya ada mengemuka kan satu idea dimana saya ingin membuat satu jadual agar kami saling bantu-membantu. Zara bersetuju dengan idea saya manakala Janna tidak bersetuju sama sekali.

Saya sudah terlalu penat. Tolong berikan idea apa yang perlu saya lakukan?

Sekian.. Terima kasih semua yang membaca..

– Shima (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *