Housemate Angel or Devil

Salam..

Terbaca kisah housemate angel, tiba2 teringat kisah aku..
Sebab dapat roomate perangai hampir sama macam si nana akhirnya aku give up dan cari rumah sewa lain..
Al-kisahnya begini..
Aku menyewa sebuah bilik yang kongsi 2 orang. Maklumlah baru sahaja bekerja. Duit xda nak sewa bilik single. Roomate aku bersilih ganti, seorang sambung belajar, seorang lagi pelajar praktikal dan yang last aku gelarkan noy.

Sewaktu noy masuk rumah, semua housemate xda kat rumah kerana cuti balik kampung. Sebelum pulang, kami dah cuci dan mop rumah, maklumlah nak bg first impression yang baik kat noy ni. Malangnya, selepas habis cuti dari balik kampung, masuk ke rumah, sampah berterabur tak berbuang. Aku tak tahu pasal sampah ni sampailah housemate yang lain mengadu kat aku. Kami biarkan saja sebab fikir maybe dia xbiasa duduk rumah sewa.

Sepanjang dua bulan tinggal di rumah sewa, dia tidur di ruang tamu. Alasannya kipas bilik slow, dan dia xtahan panas. Pada mulanya kami biarkan saja, tetapi lama kelamaan kami stress sebab sepanjang dia tidur kat ruang tamu, sampah berlonggok tak terbuang. Rumah kami, ruang tamu dan dapur bersambung, jadi kami makan di depan tv. Ketika puasa, kami terpaksa makan sahur dalam gelap sebab xnak ganggu dia tidur. Dia xbangun sahur sebab makan pukul 12mlm. Habis puasa, Waktu malam pun sama. Dia tidur awal. Jadi pukul 9 dah tutup lampu ruang tamu sebab nak tidur. Kebiasaannya masa ni kami semua melepak ruang tamu tengok tv.

Perkara yang paling teruk berlaku bila dia tidur di sofa kat ruang tamu ialah, tiba2 pepijat beranak pinak di sofa. Sebelum ni kami semua ok je tidur atas sofa. Tapi sejak dia tidur di situ, tiba2 muncul binatang ni. Mulanya kat sofa je, last2 binatang ni serang kat tilam bilik. Kami semua tidur xlena sebab gatal2 badan. Still kami sabarkan saja sebab xda bukti dia yang bawa binatang tu.

Waktu awal dia tinggal, dia memasak. Jadi dia beli barang dapur sendiri. Tetapi yang xbestnya, dia beli barang dapur letak dalam peti ais pun dah separuh. Kami nak tak nak terpaksa hadkan barang basah utk dibeli. Ingatkan barang2 tu terutama ayam, akan digunakan sepenuhnya. Malangnya, dua bulan ayam tu membeku, xdiusik langsung. Barang lain seperti bawang, dah busuk dibiarkan berulat tak dibuang. Kami yang buangkan. Nasi yang dimasak, dibiarkan basi dalam rice cooker. Masak nasi utk 2 orang, tapi masaknya macam utk 10 orang.

Bila kipas bilik dh dibaiki, aku ingatkan dia tidur dalam bilik, tapi berminggu baru tidur, aku tanya, rupa2nya katil patah. Bila semua dah ok, dia start tidur dibilik, tetapi ini permulaan neraka bagi aku.

Mulanya aku cuba berbaik dengan dia. Biasalah roomate, tegur bila buat salah. Dan aku tegur bila housemate lain mengadu pasal dia. Salah satu benda aku tegur, pasal sampah xdibuang. Bila aku tegur, dia buat muka dan cakap sampah aku, nanti aku buang, xpayah nak usik. Tapi sampah tu sampai lipas bertelur xdibuang. Aku try buat cara lain dengan meletakkan tong sampah dia yang penuh depan bilik. Last2 dia buang sampah dia dan biar tong sampah kat luar. Dia juga letakkan plastik sampah hitam yang besar kat bilik. Aku yang rimas sebab bilik kecil, ruang ada pun muat nak solat je. Tepi2 dinding dah penuh diletaknya beg2. Bila aku kemaskan bilik, aku letak beg2 dia bawah katil. Bila aku masuk bilik, tengok2 beg2 tu diletakkan kembali kat tepi dinding. Maybe dia xsuka letak barang bawah katil, aku biarkan je.

Kemuncak pergaduhan kami ialah pasal kipas. Aku jenis tak tahan sejuk. Pagi2 bersin. Jadi aku suruh slowkan kipas, sebab kipas baru, pusingannya laju. Tapi dia pula jenis tak tahan panas, dia still letak mode laju.awalnya aku deal dengan dia suruh buka level 3 sebab tengah2. Tak slow dan tak laju sangat. Tapi lama kelamaan, dia letak level 4 dan 5. Aku yang terseksa pagi2 bersin dan demam selesema.

Pagi sabtu tu, aku ada OT. Jadi, aku keluar awal. Kecuaian ku xtanggal plug iron dari extension. Sbb kelam kabut.Aku tak tahu apa yang berlaku, tiba2 group rumah heboh pasal si noy ni kena renjatan elektrik dari iron ku. Aku rasa bersalah dan minta maaf. Aku juga cakap, jumpa dr. Nanti aku yang support. Tp aku xtahu rupa2nya, dia jenis kena mintak maaf face to face. Masa aku balik, dia mengamuk sakan sebab salah aku, dia kena renjatan elektrik. Dia cakap aku tak pernah senang tengok dia senang. Aku ni jenis suka jadi leader, suruh dia buat itu ini. Aku awalnya nak lawan balik, tapi fikir sbb aku bersalah buat dia kena renjatan elektrik, aku mengalah. Tapi sampai sekarang aku pelik,sebab kalau aku pasang plug iron xtutup, xkanlah dia sebagai roomate aku, tak perasan yang iron tu tak tutup. Biasanya iron akan berbunyi tik2 kalau tak tutup plug. Tapi aku biarkan je.

Last2 aku mengalah, aku beli comforter tebal nak elakkan sejuk. Aku ingatkan semua dah ok, rupa2nya noy ni racunkan otak housemate lain untuk bencikan aku. Aku dah malas nak ambil tahu pasal rumah. Memang sejak aku tak ambil tahu pasal rumah, rumah kotor gila. Ulat2 sampah berterabur kat ruang tamu bila weekend. Sebab weekend kami semua balik kampung, dia je yang tinggal. Dia start memasak balik dan beli banyak barang basah. Seperti sebelum ni, bawang dia dibiarkan berulat dan nasi basi dalam rice cooker dibiarkan berminggu. Bilik aku? Tempat aku je yang kemas. Housemate lain especially noy bergaduh dengan tuan rumah sebab nak tukar tilam. Banyak pepijat katanya. Tapi tuan rumah tak nak tukar. Last2 noy letak tilam dia kat ruang tamu dan tegakkan katil dalam bilik, tidur atas lantai.

Sebab aku dah give up dengan rumah tu, aku last2 decide nak pindah. Walaupun jauh, aku sekarang happy sebab xpayah ambil tahu pasal housemate dan roomate. Seminggu selepas aku keluar, noy whattsap aku bagitahu pasal kipas bilik rosak. Aku biarkan je whatsapp tu. Memanglah rosak kalau kau tak tahu jaga. Dahlah kipas tu baru pakai tak sampai 5 bulan..

– min-min

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submi