Housemate Bermacam Ragam

Assalammualaikum. First of all ini first time aku buat confession kat sini. Terima kasih kepada admin kalau approved. Kalau jalan cerita tak menarik atau membosankan sorry sebab aku memang tak minat nak tulis macam karangan which is bm aku pun B all the time. Aku nak cerita pasal housemate aku, semuanya ada 9 orang termasuk aku.

Aku student diploma first year dekat satu uni (rahsia nanti famous pulak) dekat selatan. Start sem dua kitorang duduk rumah sewa. Aku memang tak suka nak duduk rumah sewa dengan housemate aku yang sekarang dari mula lagi, tapi memikirkan malas nak cari rumah sewa yang lain and plus aku tak ramai kawan( memang taknak sebab sekarang kawan tak boleh pakai ) So aku setuju jelah and fikir positif mungkin ada hikmah.

Mula-mula aku nak cerita pasal manusia manusia ni dari sebelum masuk rumah lagi dah beria ria nak bawak itu lah nak bawak ini lah. Bila sebut satu benda mesti diorang nak bawak (banyak duit maybe) and aku malas ambik port sangat so aku seen jela wassap group tu. Sampailah hari first masuk rumah aku tengok indah khabar dari rupa, apa yang diorang sibuk berebut nak bawak haritu just 50% je ada. And aku kira hantar barang je mula mula sebab kelas belum start lagi so aku balik rumah dulu. Lepastu salah sorang dari manusia ni cakap yang ada dekat rumah bawaklah periuk besar sebab konon nak masak sangat lah. Padahal aku dah bawak periuk not too small boleh lah dari takda tu pun beria nak demand.

Aku pecahkan kepada dua, yang ni cerita bilik first. Diorang yang beria ria nak ada duty kemas rumah. So kami yang lain pun okaylah even tak berapa suka sebab tak perlu duty pun kan , dah besar boleh fikir and buat sendiri (kadang kadang ada hari malas and timetable pack lagi lagi hari isnin). So setiap hari diorang akan ingatkan apa duty kitorang sampai kitorang rimas. Satu benda paling aku taksuka manusia yang masak , makan tak pandai basuh pinggan. Sesuka hati dia je longgok tinggi tinggi and diorang adakan duty untuk basuh pinggan. Weh dah besar macam tak logik ada duty basuh pinggan dan orang tu kena basuh pinggan yang orang lain makan. Yes cantik memang cantik tapi takda otak. Kalau keluar makeup kemain lagi pipi merah baju branded. Lepastu bila hari yang diorang ni duty mesti buat kerja menghentak hentak macam protes and ganggu orang lain tidur (mostly diorang akan buat pagi pagi and orang lain tidur sebab tengah hari ada kelas dan diorang free) Kalau nak buat , buat elok elok korang yang buat duty tapi macam tak ikhlas.

Second thing, manusia yang suka simpan makanan or lauk dalam fridge lama lama sampai berkulat. Satu hari tu aku saja tengok tengok fridge tengok tuppeware yang aku punya diorang pakai, aku tahu makanan tu dari awal sem lagi ada dalam fridge tu. Aku ambik dan letak dekat sinki , terdetik dalam hati nak bukak la tengok elok lagi ke tak ( nanti diorang bising pulak kalau makanan elok ) guess what makanan tu dah berkulat macam buat eksperimen sains tapi sains letak dekat luar je ni dalam fridge. Bagi aku benda tu tak patutlah sebab kau hari hari bukak fridge takkan tak perasan tupperware tu kau yang guna and benda tu dah lama takda niat langsung nak buang. Okay aku admit memang aku jenis yang cerewet sikit sebab selama ni aku duduk rumah without siblings sebab yg lain semua dah besar and dah kerja. So tengok benda benda yang tak pernah jadi dekat rumah, aku jadi serabut.

Okay sekarang aku cerita pasal bilik kedua pulak. Semua manusia dalam bilik ni jenis yang berharap dekat orang lain untuk masakkan untuk diorang makanan kalau kita makan. Tapi sikit pun takda nak tolong, dah lah tak hulur duit beli barang masak lepastu pemalas tahap cipanzi. Yang peliknya pegi melepak ada duit, tapi makanan not their priority sebab diaorang tahu diorang takkan kebuluran sebab dalam rumah ni ada kuli bagi diorang makan. Diorang bukan orang yang susah pun semua asal dari bandar , baju branded dan untuk pengetahuan semua aku asal dari kg gaji makayah rendah tapi pandai menyimpan and apa yang tak perlu memang makayah aku tak ambik such as astro wifi memang takda sebab tak suka berhutang dan aku je yang still belajar yang aku pelik diorang macam nak bergantung dekat aku kalau bab bab makan. Paling taksuka bila semua duk merengek rengek “weh lapar laaa” buat muka sedih aku kadang kadang diam jela dalam hati “so kalau kau lapar kau nak aku buat apa, expect aku nak kene hidangkan kau makanan pulak eh” .

“Makan makanan orang tanpa izin.” Okay yang ni memang paling keraplah jadi, bila orang takda ke apa mesti manusia manusia ni ambik barang barang masak aku buat macam sendiri punya lepastu tak bagitau pun. Tau tau dah hilang, kira mencuri lah kan. Aku ni jenis yang tak suka cakap banyak so aku diamkan. Dalam fridge pun sama kalau kau ada letak makanan sedap sedap or air gas ke air kotak ke konfirm diorang makan or teguk air kau. Kadang aku perati je perangai diorang ni sebab diorang kadang tak tahu makanan tu makanan aku dan aku ada kat situ. Dari situ aku nampak perangai diorang macam mana sebenarnya. Jadi betullah perasaan aku dari mula memang aku tak suka duduk dengan diorang.

Last but not least, nak cerita pasal roommate sendiri aku nama kan dia Siti. Ada satu hari ni dia buat sepah dalam bilik. Katil penuh dgn baju dia. Aku biarkan je sebab aku pun bukan rajin sangat nak kemas. Lepastu esoknya pun sama tak kemas kemas. Mata aku jadi semak la sebab nak kena tengok katil dia. So aku kemaskan lah lipat elok elok baju dia. Ada some yang aku letak dalam beg yang ada kat situ lepas aku lipat so nanti pandai pandai la dia ambik letak dalam almari ke apa. And guess what dia keluarkan balik baju baju tu letak atas katil lepastu dia sepahkan. Malam tu dia tidur atas katil yang ada baju baju tu dan mestilah kaki dia sepak sepak baju tu. Lepas dari tu aku malas nak kemas dah. Pandai pandai lah dia kemas. Baju sendiri pun longgok dalam bakul orang lain dengan harapan orang tu basuh skali baju dia. Banyak cantik muka dia jadi mam besar pulak dalam rumah.

Pesanan untuk semua yang duduk rumah sewa, bertimbang rasalah sesama housemate. Kalau nak makan sama sama , jadi sama sama lah hulur duit beli barang. Zaman sekarang barang dapur sekali beli dah naik ratus ratus, aku student kau pun student don’t expect aku banyak duit nak tanggung korang makan. Yang pengotor tadi tu ubah ubahlah , muka cantik pun tak bawak kemana kalau pengotor. Nasib baik pakwe pakwe korang tak tau perangai korang, kalau tak mesti kene tinggal. Tu je dari aku yang juga mengalami masalah dengan housemate.

– Student yang stress

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit