Minta maaf kalau dari segi bahasa atau ayat yang korang tak faham sebab aku tak pandai sangat buat karangan ni. Syukur sekiranya admin approve cerita ni.
Korang pernah tak baca satu thread sebelum ni yang agak “famous” jugak la tapi nama thread tu lebih kurang ke housemate psiko. Aku dah lupa la cuma aku ingat dalam cerita tu ada nama “ustaz adam”.
Sekarang ni cerita tu pun dah tergantung. Sampai sekarang aku pun tak tahu macam mana kesudahannya.
Tapi yang memeranjatkan aku adalah perkara lebih kurang dari kisah tu terkena pada kawan baik aku sendiri. Aku namakan dia sebagai Tan.
Sebelum ni pun dah banyak Tan bagitahu yang housemate dia agak menakutkan, jadi aku sebagai kawan memang selalu nasihat la untuk dia selalu jaga diri, kunci pintu bilik sebelum keluar dan selepas balik kerja. Tan ni perempuan ya.
Sebenarnya banyak benda-benda pelik yang Tan ni nampak apa yang housemate dia buat. Paling creepy bagi aku, si housemate dia rebus air pad yang penuh darah lepas tu minum.
Pergh!! Loya bai. Tan ambil keputusan untuk tak pindah keluar sebab perempuan gila tu tak kacau dia.
Jadi dia terus untuk tidak ambil peduli walhal dalam hati Tan cakap debar jangan cakap la sbb benda tu dia nampak.
Banyak kali aku nasihat cari la rumah sewa lain, tapi Tan cakap dah dekat sangat dengan tempat kerja dia & mudah nak beli makanan dan barang keperluan sebab kawasan situ antara yang paling banyak kedai makan & runcit
Setiap pagi sebelum pergi kerja, Tan cakap akan ada berlungguk ulat gonggok mati, cicak mati & seekor katak mati ada dalam kasut kerja dia. Hampir setiap hari.
Kadang kadang lipan, lipas mati pun ada. Tapi yang peliknya Tan cakap binatang2 tu semua dah dipotong kaki.
Creepy kan? Sepatutnya dalam rumah yang disewa tu ada 5 orang penghuni tapi yang lain semua keluar & akhirnya tinggal la berdua ja si Tan ni & housemate creepy dia tu. Aku rasa diorang pun dah takut giler la tu.
Jumaat minggu lepas, Tan cakap dia sakit kepala jadi dia decide nak balik halfday dekat “whatsapp”.
Jadi macam biasa la aku suruh dia makan ubat balik rehat semua tu. Kebetulan si housemate dia tu cuti hari jumaat. Aku selit sikit eh.
Housemate si Tan ni, dia seorang engineer yang bertugas di kilang sekitar kawasan tu. Ni apa yang dia cerita dekat Tan la masa Tan mula2 masuk.
Ok sambung. Masa Tan balik tu, Tan nampak housemate dia tengah makan, dan dia jemput Tan untuk makan sekali.
Tan tolak dengan baik sebab sakit kepala, tapi housemate dia pandang dia dengan mata terjegil. Terus dia bangun & cakap dekat Tan dgn nada suara yang tinggi.
‘Kenapa? Tak sedap cicak ni? Ni katak ni bukan kau paling suka makan sampai menjilat jari masa awal kau masuk dulu?!! Kenapa tak nak makan dah?
Dulu awal2 nak pulak kau makan apa yang aku masak!! Sekarang kau tolak?! Ke kau nak aku masak anggota badan kau pulak?!! Hehe.’
Lepas tu si housemate Tan ni terus pergi dapur & Tan tak tahu dia nak buat apa. Masa ni la Tan terus keluar lari ke jalan dan call aku sambil nangis nangis minta tolong.
Aku tanya kereta kunci tak, dia cakap ya dah. Aku minta dia lari pergi ke tempat yang ada orang ramai dan aku minta tunggu sehingga aku sampai.
Jangan balik selagi aku tak sampai. Sebab Tan dan aku ni jauh. Dia menyewa sebab tempat kerja dia dekat, aku pulak kerja di tempat lain.
Jadi kami terpisah.
Lepas aku balik kerja & terus aku pergi dilokasi yang Tan share dekat aku di “whatsapp”. Aku tengok muka Tan dah biru dengan mata dia bengkak2 dah. Terus aku peluk bagi dia tenang.
Tapi rupanya dia lagi menangis bila tengok aku. Mulut Tan tak berhenti ucap terima kasih dekat aku sebab dari jauh aku datang.
Kasut pun si Tan ni tak sempat pakai. Korang jangan salah faham, aku bukan lelaki tau. Aku perempuan. Kami berdua kawan baik dari zaman kolej lagi.
Lepas dari tu aku ada bawa Tan pergi klinik, tapi klinik terus refer Tan ke hospital untuk rawatan selanjutnya.
Untuk Part 2 aku akan sambung sebab sekarang Tan masih dapatkan rawatan di hospital. Tan izinkan aku untuk ceritakan kisah ni semula kepada semua.
Dan alangkah terkejutnya yang aku baru dapat tahu sesuatu terjadi dekat housemate Tan.
– Ika (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit