Housemate Ku Seorang Ustazah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua sahabat. Maaf sekiranya penulisan saya ini sedikit panjang. Tetapi saya memilih untuk menceritakan semuanya di sini.

Nama saya Nur. Berumur 26 tahun. Seorang guru baharu yang dah dipostingkan setahun yang lepas. Saya bekerja di salah sebuah sekolah sekitar negeri Selangor.

Penulisan ini bukan ingin menceritakan kisah hidup saya tetapi lebih kepada perkongsian cerita tentang sahabat perjuangan saya dan ingin meminta pendapat daripada sahabat semua.

Kami dipostingkan seramai 4 orang guru. Kesemuanya guru perempuan. Alhamdulillah memudahkan urusan kami untuk mencari rumah sewa ketika awal2 menjejakkan kaki di bumi Selangor. Maklumlah kami semua bukan anak Selangor.

Semuanya merantau dan mencari rezeki di sini. Segala kehidupan seorang guru banyak dikongsikan bersama sahabat perjuangan. Pahit manis tiada satu pun yang ditinggalkan dan dirahsiakan.

Saya merupakan antara guru baharu yang sangat pasif. Kerap menyendiri dan sedikit pemalu. Segala perkara negatif, saya tak mampu untuk menegur.

Seringkali sahabat2 menceritakan keburukkan dan kekangan pengurusan di sekolah. Saya sedar, sebagai seorang guru baharu.

Kami tidak sepatutnya membiarkan perkara negatif meniti di mulut kami. Bukankah rezeki ini yang sentiasa ditunggu2 selama ini?

Namun, saya memilih untuk diam semata2 untuk menjaga hati sahabat. Saya akui itu adalah kelemahan saya yang paling teruk.

Seramai 4 orang guru baharu, salah seorang daripada kami adalah seorang ‘Ustazah’. Dalam erti kata lain, guru yang mengajar subjek Pendidikan Islam.

Saya kenal beliau di sekolah yang kami dipostingkan meskipun beliau merupakan alumni universiti yang sama dengan saya.

Mungkin disebabkan kos dan fakulti yang berbeza menyebabkan saya tidak pernah menjumpainya di universiti. Ketika awal2 saya dipostingkan di sekolah.

Saya begitu teruja mendapat seorang sahabat yang mengajar Pendidikan Islam dimana harapan utama, beliau mampu menegur saya jika tersalah dalam kehidupan.

Tambahan, kami semua jauh dari keluarga dan sahabat2 ini sahajalah untuk kami bergantung antara satu sama lain.

Sahabat saya ini suka sangat memasak. Masakannya MasyaAllah sangat2 sedap. Rasa masakan orang pantai timur yang begitu asli.

Selepas hampir 4 bulan dipostingkan. Saya berasa amat curiga. Kami tinggal di bilik yang berbeza dan berkongsi bilik air yang sama. Sahabat saya ini sangat gemar berdiam diri di dalam bilik.

Beliau mampu untuk stay di dalam bilik hampir 24 jam tanpa keluar. Saya husnuzon ketika itu.

Namun, bila saya tanya. Beliau menjawab bahawa beliau menonton drama korea seharian. Mungkin itu biasa bagi kita2 zaman sekarang. Tetapi beliau tidak keluar untuk mengambil wuduk itu yang luar biasa.

Tetapi saya memilih untuk tidak bertanya. Selepas seminggu, saya cuba selongkar telekung beliau di biliknya ketika beliau keluar.

Saya rasa tindakan saya ini agak kurang ajar jika diketahui oleh beliau. Saya lihat telekungnya tidak terusik dari beg yang dibawa kami ke sekolah setiap hari.

Masih terlipat kemas di dalam beg tersebut. Saya cuba untuk husnuzon lagi. Saya harap yang beliau menggunakan telekung gantian.

Namun saya lihat telekung gantian juga terlipat elok di dalam plastik. Saya rasa tidak sedap hati. Jadi, saya bagitahu sahabat yang lain tentang masalah ini.

Namun mereka tidak berani untuk menegur kerana sahabat saya itu seorang Ustazah. Pengetahuan agama beliau jauh lebih tinggi dari kami. Jadi kisah ini berlarutan lagi.

Baru2 ini kami ditugaskan oleh pihak sekolah untuk bertugas berikutan pembukaan sekolah untuk murid tingkatan 5. Kami bertugas dari pagi hingga petang sehingga selesai proses sanitasi. Jadi, memang kami akan solat di sekolah.

Sahabat saya Ustazah ni sering bawa telekung ke sekolah memandangkan kami tak sempat solat di rumah. Jika dalam perjalanan balik pun kami kerap singgah di masjid untuk solat.

Memandang sekarang masih dalam pandemik, memang masjid tidak menyediakan sebarang telekung dan sejadah. Terpaksalah kami bawa dari rumah.

Hari itu kami balik agak lewat. Bila sampai sahaja di rumah, beliau masuk ke bilik dan kunci pintu. Mungkin sebab kepenatan.

Saya juga tertidur sehinggalah jam 7.50 malam. Cepat2 saya mandi dan solat Maghrib. Sejurus sahaja azan Isyak, beliau keluar dari bilik dengan berpakaian sekolah pagi tadi.

Beliau duk bercerita yang beliau tengok cerita korea sahaja dari tadi. Saya cuma mengiakan. Selepas itu, beliau ke dapur.

Saya masuk ke bilik beliau, saya lihat telekung yang dibawa ke sekolah tadi masih tidak terusik berada di atas kerusi.

Saya cuba intai sebarang telekung yang lain di sekitarnya. Tiada. Apatah lagi sejadah. Dan saya begitu yakin, dengan keadaan beliau yang masih berbaju yang sama dan tidak terurus pada petang itu.

Saya yakin bahawa beliau memang tidak solat Maghrib pada hari itu. Saya minta maaf sangat2 jika sahabat semua merasakan saya tidak sepatutnya menuduh beliau begitu.

Hari itu, saya rasa sangat2 terkilan. Saya rasakan saya seorang sahabat yang tidak berguna. Beliau berbuat salah tetapi saya tidak mampu untuk menegur.

Yang lebih meyakinkan saya. Beliau pernah berkata yang apa yang diajarkan kepada murid tidak diamalkan oleh beliau.

Saya seringkali juga cuba untuk menegur beliau dengan memasang nasyid ‘Sepohon Kayu Daunnya Rimbun’ di dalam kereta.

Walaupun saya rasakan lagu itu mungkin sedikit bosan untuk beliau. Tetapi harapannya agar beliau sedar akan kekhilafannya meninggalkan solat itu.

Namun, semuanya sama sahaja. Saya rasakan perbuatan saya itu hanya sia-sia. Ibarat masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Satu lagi, beliau sangat tidak menjaga percakapan. Mencarut itu biasa untuk beliau. Perkataan mencarut yang tidak patut diungkapkan juga pernah disebut oleh beliau. Saya risau saya juga akan terpengaruh.

Saya akui, sabahat saya juga banyak kebaikan. Contohnya beliau pandai masak, suka tolong orang dan banyak lagi. Tapi bab solat ni saya rasa saya kena tegur tetapi tidak tahu nak menegur macam mana.

Saya juga bukanlah gadis yang baik. Saya juga ada kekurangan. Saya tidak tahu nak buat apa lagi?

Saya tidak mampu menegur. Saya minta sahabat yang lain untuk menegur. Tetapi mereka tidak mahu. Apa lagi yang perlu saya buat?

Saya nak minta bantuan pendapat dari sahabat2 saya semua. Jika saya salah, betulkan saya juga. InsyaAllah saya terima teguran untuk kebaikan bersama. Terima kasih.

Mohon doakan sahabat saya dipermudahkan urusan. Menyedari apa yang salah, dan sama2 perbaiki. Aamiin.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *