Hello semua. Nama aku Fee dan hari ni aku nak cerita tentang kisah aku dan housemate aku. Lebih kurang macam mengadu, sebab aku honestly betul-betul sakit kepala dengan housemate aku ni.
Ceritanya macam ni, aku mula kenal housemate aku, H, daripada zaman aku belajar. Mula rapat masa last year aku kat universiti. Buat FYP sama-sama dan kemudian, dapat pulak internship kat tempat yang sama (berbeza company).
H ni agak kasar sikit orangnya, jenis selamba badak ja. Ramai orang minat hehe…Berbeza dengan aku yang agak pemalu dan lebih selektif untuk berbual. Kitorang mula jadi housemate bila H menumpang tinggal kat rumah sewaan aku sepanjang cuti sem dia sebab dia kerja part time.
Sepanjang dia kerja, aku akan pergi hantar dan ambik dia walau pukul 12 pagi sekali pun. Sama jugak masa internship sebelum ni. Tak kira pukul berapa dia balik, aku akan tunggu dia untuk balik sama-sama. Masa kat rumah, aku akan masak sebab aku tau, dia balik kerja mesti lapar. H ni, kalau lapar, senang moody haha
Selepas aku dapat kerja tetap, aku berpindah rumah sewa dan kali ni, H turut sama menyewa. Waktu tu, dia masih belajar, jadi akan ada bulan yang dia tak mampu nak bayar sewa rumah kami sebanyak RM800/seorang.
Tapi, aku tak kesah. Aku akan bayar pakai duit aku dulu. Sama jugak dengan yuran belajar H, dia tak ada duit nak bayar, aku tolong bayarkan. FYP report dia, aku tolong siapkan, ada satu midterm paper dia, aku tolong jawabkan.
Kenapa? Oh sebab, aku ni membesar tak ada kawan dan bila ada seorang yang rapat dengan aku, aku betul akan hargai.
Masalah aku bermula dengan perangai H ni sendiri. Dia selalu lari daripada masalah, suka memberontak, kurang sabar dan tak boleh ditegur – kepala angin. Contohnya, dia buat kerja last minute, jadi hari submission FYP baru nak karang report (dia repeat FYP). Then, dia gave up then mengamuk. Hence, aku yang tak sampai hati ni, tolong la siapkan.
Hal ni banyak kali la jugak jadi. Hatta, test interview kerja dia pun aku yang buat. And masa dia nak beli motor, aku dahulukan duit aku untuk bayar muka.
Apa balasan yang aku mintak? Seorang sahabat yang baik. Kan orang cakap, buat baik dibalas baik. Tapi itulah, tak semua orang ada fikiran macam kita.
Waktu kami bergaduh, H akan balik phone dia sampai pecah, dan kalau dia penat, dia akan mengamuk hempas barang. H ada satu habit yang aku kurang berkenan which is ambik barang dan tak letak kat tempatnya semula.
As usual, daripada first kitorang duduk together sebelum ni, memang aku yang akan kemas barang baru beli. Letak dalam fridge, letak dalam drawer, dalam toilet semua. Kalau H cari benda atau nak sesuatu, all she has to do is ask and aku pasti akan ada jawapan. To the point, semua benda dia nak, dia akan tanya aku tanpa usaha nak cari sendiri. Kadang aku rimas la jugak.
Okay, kembali kepada isu tadi. H ni rajin menyapu, mop lantai dan cuci bilik air. Memang sepanjang tiga tahun kitorang menyewa sekali, dia yang selalu buat. Aku lebih kepada mengemas barang dan masak. Cuma, beza bila aku buat kerja dan dia buat kerja adalah, aku takkan tinggal kerja separuh jalan. Bahan pencuci yang aku gunakan, aku akan letak kat tempatnya semula. Tapi, H is the opposite of me.
Habis digunakan, barang barang akan dibiarkan macam tu saja. Sikat letak atas meja, leave-on moisturiser atas meja, cawan atas meja, Ajax Fabuloso atas sinki toilet…haihh macam macam lagilah. Dan benda tu semua akan ada kat situ selagi aku tak ambik simpan in which memang aku yang simpan. Alasan dia, semua benda tu tak kacau orang, jadi boleh ja letak kat mana mana.
Bayangkan, kitorang boleh bergaduh besar just because aku suruh dia letak semua tu kat tempat yang sepatutnya. Dia kata aku tak boleh nak menolong. Ayat dia yang ni buat aku sentap. Just because aku mintak dia untuk be more responsible, dia kata aku tak boleh menolong? Haihh… habis tu apa yang aku buat selama ni?
Sekali tu ja aku suruh dia simpan sendiri and dia ungkit habis yang dia selalu cuci toilet dan basuh pinggan. Dia mengamuk, baling phone, cakap yang kitorang takyah menyewa sekali dah lepas ni. Siap bersyukur lagi takyah hadap semua ni in the future bila dah bawak haluan sendiri.
Bagi aku, teguran tu sangat kecil. Mak aku sendiri selalu tegur masa kecik-kecik dulu untuk pastikan aku beradab. Tak ada pula aku mengamuk mintak nak duduk asing kalau ditegur.
Tapi, aku tak pasti. Salah aku yang menegur ka? Aku tak marah, tak memaki, memang aku suruh elok elok. Dan dia mengamuk sebab dia kata dia penat. Was it my fault?
Lagi satu perangai H yang aku taktau nak handle. Bila ditegur, dia akan cakap, “Ya, memang aku tak guna pun. Aku orang jahat, kau tu sempurna serba serbi.” Teguran orang, dia rasa macam nak menjatuhkan dia pulak. Padahal orang tegur nak bagi elok.
Setiap kali gaduh, mesti aku nangis. Aku hati tisu, tak macam H yang ala besi waja. Yang aku heran, H outspoken dan berani bercakap dengan aku ja. Bila kat luar dengan kawan kawan lain dan kawan sekolah dia, dia sangat innocent, blur blur comel gitu orangnya. Sampai semua orang puja dan sayang. Jadi, persoalannya, adakah aku yang salah sampai H takleh layan aku macam kawan dia yang lain?
But, just to make things clear, H is not a bad housemate. She helps take care of me when I am sick – pergi beli ubat, tolong masakkan bubur, pergi laundry basuh baju kitorang…banyak lagilah. But itulah, kitorang rajin gaduh sebab masing masing macam tak ngam.
Dia rasa aku tak layak nak tegur dia mungkin sebab aku pun ada buat salah yang sama. Bila aku tegur ja, ayat dia “Kau pun ada buat benda yang sama. Aku biar ja.” Entahlah, salah aku. I am not good enough untuk menegur.
To be completely honest, aku agak takut dengan dia. Takut benda yang aku cakap akan trigger another fight. Bila gaduh, aku nangis, dan nanti aku akan stress. Dan bila aku stress, tak banyak bercakap, akan bergaduh sekali lagi sebab H rasa I am mad at her.
Ada satu hari tu, dia drive kereta aku and langgar tiang, aku jadi sedih dan tak banyak cakap. Keesokannya, macam tak ada apa berlaku, dia tanya aku kenapa moody dan tuduh aku bawak balik stress tempat kerja ke rumah.
Kalau aku stress sebab dia, tetap dia akan cakap aku stress sebab kerja padahal aku baru ja lepas gaduh dengan dia. And kalau aku cakap aku stress sebab dia, dia akan kata “Apahal pulak sebab aku? Aku ni menyusahkan sangat ka haa?”
Entahlah, tiga tahun, benda yang sama. Aku penat. Tapi aku tak tahu sapa yang bermasalah kat sini dan what should I do?
Thank you for reading.
– Fee
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit