Housemate Menyeramkan

Macam tajuk tu, saya baru pindah ke ibu kota dah nak masuk 4 bulan. Saya sewa bilik dengan housemate saya yang bernama Salwa (nama samaran).

Saya jumpa iklan sewa bilik kat mudah then lepas contact tengok rumah semua saya berkenan la.

Salwa kata dia pun sewa rumah ni dah nak masuk 6 tahun dan berniat nak sewakan sebuah bilik atas faktor kewangan.

Selama 6 tahun tu dia hanya menghuni seorang diri ja. Btw Salwa berumur 37.

Mula2 pindah masuk tak rasa apa yang pelik pun. Saya memang suka rumah dia, kemas bersih, barang tak banyak dan dia bagi saya guna semua perkakas rumah dia.

Salwa kata sebelum ni ramai yang datang tengok bilik, tapi dia tak berkenan dengan orang2 tu. Dia cari yang betul2 berkenan ja.

Bila tengok saya dia terus rasa berkenan tu yang dia sewakan dekat saya.

Tapi dia pesan satu benda, jangan sibuk hal dia sebab dia pun tak akan sibuk hal saya.

Saya lagi suka la dengan deal macam tu. Memang saya pun jenis buat hal sendiri ja.

Pergi kerja balik kerja saya akan lepak bilik ja. Kalau dia ajak makan ja saya akan lepak hall.

Tapi lama2 duduk saya baru perasan, Salwa ni macam setiap masa ada ja kat rumah. Saya fikir maybe dia dah tak kerja.

Tapi dia rajin belikan saya makanan. Kadang2 dia masak dan pesan suruh makan kat rumah.

Kadang terfikir jugak, dia kata ada masalah kewangan tapi makanan yang dia beli untuk saya semua mewah2.

Tapi saya memang suka la rasa jimat duit. Lagipun rasa makin akrab dengan dia sebab selalu makan sama2.

Satu hari saya tanya Salwa dia kerja apa, dia kata doktor kat hospital selayang.

Terkejut saya sebab tak sangka dia doktor. Tapi ada la saya berseleroh kata selalu ada kat rumah ja doktor kan selalu sibuk.

Dia kata dia doktor postmortem ja kalau ada kes ja dia pi. Lepas tu dia cakap dia sebenarnya sangat suka kerja dengan mayat berbanding orang hidup. Mayat tak de kerenah.

Saya just diam ja. Dari cerita dia saya tahu parents dia tingal kat luar dan kerja di kedutaan. Adik beradik dia semua kerja oversea. Dia sorang ja stay kat malaysia.

Nak cerita part yang saya rasa Salwa ni menyeramkan saya. Satu hari tu saya tertidur kat hall, then terjaga dalam 2 pagi macam tu sebab rasa tak selesa dan sejuk.

Bila buka mata terkejut tengok Salwa betul2 depan muka saya tengah perhati saya tidur. Saya tak tahu la berapa lama dia kat situ.

Saya bagun kelam kabut tanya eh buat apa ni. Dia kata ingat nak kejut awak, tapi tak sampai hati, so saya just temankan awak tidur kat sini.

Tapi cara dia pandang tu lain macam, tak reti nak explain macam mana. Menyeramkan.

Then tanpa cakap apa2 saya terus masuk bilik. Tapi malam tu tak langsung tak boleh tidur.

Kejadian dia perhati saya tidur ni berlaku beberapa kali jugak. Biasa la saya ni jenis cepat mengantuk kadang tengok2 tv terus tertido.

Saya biasanya akan lepak hall kalau dia ajak ja, selain tu saya akan duduk bilik. Cuma kadang2 ja saya akan keluar untuk tengok berita.

Saya jadi tak selesa dengan dia part dia suka perhati saya tido. Rasa terganggu.

Lagi satu Salwa ni ada 1 habit dia suka mandi tengah malam pukul 12. Bilik saya sebelah toilet so selalu dengar dia mandi.

Tapi sebenarnya saya tak selesa setiap kali dia mandi sebab dia suka menyanyi 1 lagu macam bunyi2 siam. Tapi saya tak tahu tu lagu apa. Tapi kedengaran agak seram.

Saya pernah la bagitau dia, tapi dia macam diam tak respon apa2. Saya tanya awak tahu bahasa siam ke, pun dia diam ja tak respon apa2. Last2 saya pun diam la.

Ada sekali tu saya nak masak, tapi saya perasan dalam microwave ada ayam sekor dah berulat.

Saya tanya dia, dia kata dia lupa nak keluarkan agaknya. Then dia datang buang la. Saya terfikir la habis tu hari tu dia makan apa.

Then sebelum ni dia ada ja masak semua, tak kan tak perasan ayam dah rosak.

Ada sekali tu saya kena covid. Dekat seminggu duduk rumah. Dia memang ada kat rumah ja langsung tak keluar.

Tapi dia ada masak bagi saya makan, kadang2 dia order grab. Saya tanya tak kerja ke, dia balas tak de orang mati.

Kadang2 saya pelik jugak bila masa dia beli barang basah. Atau maybe dia order grab mart kot sebab selama duduk sini saya tak pernah langsung tengok dia keluar.

Tapi kan nak cerita, dia kat rumah asyik berkemban ja dengan kain batik. Macam orang dulu2 tu.

Saya tak pernah tengok dia pakai full. Baju dia pun saya tak pernah jumpa kat ampaian.

Lepas tu kan dia suka duduk dalam gelap. Kadang2 lalu bilik dia, pintu dia tak rapat saya perasan bilik dia gelap.

Then selalu bau asap kemeyan dari bilik dia. Saya tak tahu la apa dia buat kat bilik.

Saya nak tanya pun ibarat mulut ni terkunci. Sekadar jeling2 macam tu ja la tapi tak nampak apa2.Just rasa seram ja.

Sejak saya duduk rumah ni, saya selalu mimpi arwah nenek saya dalam keadaan menyeramkan.

Nenek dah lama meningal, dan sebelum ni tak pernah saya mimpi dia.

Tapi sejak duduk sini, saya mesti mimpi nenek dalam keadaan berkain kafan dan sedang tengok saya tidur. Sama macam dia tengok saya tidur dulu.

Tapi muka nenek sangat menyeramkan. Saya mesti akan terjaga 2 3 pagi setiap kali mimpi tu.

Then 1 hari terjaga, saya terasa la nak pergi solat, bila nak keluar bilik saya perasan macam ada orang kat luar. Kan kita nampak bayang kaki dari ruang pintu.

Saya jadi seram dan takut, sebab terfikir mimpi tu sama.Tapi saya beranikan diri buka pintu, tapi tak de sapa2.

Then saya pergi ambik wuduk keluar dari toilet tengok macam ada lembaga kat dapur. Sebab toilet bertentang dengan dapur.

Saya secara spontan buka lampu dapur tengok2 Salwa duduk kat situ.

Saya tegur la “eh awak buat apa dalam gelap”. Dia cakap saja tak boleh tidur so lepak2 sini. Saya persoalkan, tak kan lepak dalam gelap.

Then dia gelak, dia kata tak la, ingat nak masak, tapi dok fikir nak masak apa sampai tak perasan lampu tak buka.

Then dia tanya saya. Nightmare ke? Saya tanya macam mana tau, dia kata six senses sambil senyum2. Saya rasa pelik dan blur dan terus masuk bilik.

Tapi baru nak pakai telekung nak solat, tiba2 lampu terpadam. Terkejut la saya. Terus keluar dari bilik pergi cari Salwa, tapi dia tak de.

Saya pergi cari handphone nak buka lampu, then dia keluar dari bilik.Dia cakap oh tak de elektrik ye.

Tapi saya perasan dekat luar ada lampu, ibarat rumah kami ja tak de.Bila saya bagitau dia, dia kata tak la, selalu jugak rumah dia jadi macam ni. Then dia pergi ambik lilin ajak saya lepak kat hall.

Saya follow ja la dah memang saya pun penakut. Tapi saya terus pergi main box, tengok macam main suis di tutup.

Saya bagitau dia ada benda trip agaknya. Tapi dia diam ja bila dah ada lampu dia terus masuk bilik tanpa cakap apa2.

Tapi keadaan macam ni banyak kali berlaku la. Sampai otak saya fikir dia ke yang sengaja tutup main suis tu.

Baru2 ni saya terjumpa satu buku nota dekat ruang tamu. Dalam tu ada lukisan2 klasik macam gambar mahsuri, then puteri gunung ledang benda2 macam tu.

Saya tanya dia, dia kata dia yang lukis. Then dia macam excited cerita pasal semua tu. Dia kata dia suka benda2 macam ni.

Tapi 1 hari tu saya bagitau dia, saya kata rumah ni rasa semacam la. Dia tanya semacam mana mana.

Saya kata macam ada benda halus. Then dia gelak. Dia kata saya percaya ke benda2 macam ni. Saya balas saya percaya.

Tapi dia kata “perasaan awak ja kot. Maybe awak terlalu stress. Saya ada ubat untuk buat mind awak relax, awak nak tak. Saya cakap saya tak nak.

Then saya bagtau dia, saya rasa seram dengan dia jugak. Saya kata saya tak suka dia nyanyi2 tengah malam, duduk2 dalam gelap. Saya rasa tak selesa.

Tapi dia gelak ja. Dia kata sikap dia dah macam tu. Dia selesa macam tu. Dia mintak saya hormat dia sebab dia tak boleh ubah semua tu. Dia suka macam tu dia kata.

Pastu dia cakap lagi, kalau rasa2 seram tu just abaikan ja la. Maybe mayat2 dari hospital ikut dia balik sambil dia gelak2 macam dia bergurau la.

Then dia cakap lagi, kalau u layan dan fikir hantu lagi suka nak kawan dengan u. Dia cakap macam tu.

Saya diam ja tak jawab apa2. Saya dok fikir buang masa ja cakap banyak dengan dia.Solution yang ada kena pindah keluar.

Tapi saya pulak dalam dilema. Saya bayar 200 ja kat dia termasuk api air. Tempat lain tak akan dapat murah macam ni.

Lagipun rumah dia apartment ada guard dan parking. So rasa selamat. Lepas tu dekat dengan tempat kerja pulak.

Kalau tempat lain bilik kecik ja dah 4 5 ratus. Nak pindah keluar banyak kekurangan dari kelebihan sebab gaji saya pun kecik ja. Nak kirim kat kampung lagi.

Saya tak tahu la saya ke yang bermasalah. Saya memang rasa rumah ni ada benda. Kerap dah saya nampak kelibat dalam gelap2 dia kan suka rumah bergelap.

Then bila saya dalam bilik, saya mesti nampak ada bayang macam orang berdiri depan bilik saya.

Lepas tu saya rasa musykil betul ke dia ni doktor. Rasa banyak benda was2 dengan dia.Tapi saya tak berani cakap lebih2 kat dia.

Bila solat ke mengaji, mesti dengar orang ketuk2 kat atas. Kadang dengar bunyi guli jatuh. Lepas tu asyik dengar orang bertukang ja kat rasa.

Bila cakap kat dia, dia kata perasaan saya ja .Sebab dia tak rasa apa2.

Bila saya bagi cadangan nak pangil ustaz mai rumah, dia kata tak perlu dan jangan memandai sebab kita pun sewa rumah orang dia kata.

Saya rasa buntu la. Sejak duduk rumah ni saya tak pernah tidur lena. Tidur saya selalu tergangu sampai kurang focus kat tempat kerja.

Sebab mesti terjaga dengar bunyi pelik2 tak pun mimpi arwah nenek. Then tak boleh tidur sampai pagi.

Entah la saya buntu betul la. Apa saya nak buat ni ye, ada cadangan apa2 tak ye. Terima kasih. Maaf kalau ayat berterabur.

– Nayla (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Salam nak tanya cerita ni memang takde sambungan ke ?
    Saya rasa semua orang tertunggu tunggu apa yang terjadi lepas tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *