Salam.. Thanks admin siarkan confession saya. Tujuan saya cuma hendak lepaskan sesak dalam dada dan semoga dapat beri support dan pendapat.
Ini rumah sewa pertama yang saya duduk, sejak transfer ke cawangan company. Sejak feb 2016, hidup saya mula suram kerana akak housemate, Juda (nak dekat2 nama sebenar). Umur 30+, pernah berkahwin, ada baby tapi ditinggalkan di kampung, kerja beruniform.
Masalah sesak dada yg saya dan hosuemate lagi 4orang rasa macam ni:
1) MAKAN MAKANAN KAMI TANPA IZIN
Sedih + bengang bila sesuka hati dia makan makanan kami dalam fridge, guna groceries kami sampai habis, walaupun kami dah label. pernah 1 hari, antara kami dah siap potong bahan, nak tumis tengok minyak dah habis. Sedangkan dia guna and selamba je cakap, “akak terdesak”. macam mana kami tahu dia guna, sebab ada kuali dengan minyak terbiar 2 hari kat dapur bekas dia guna (minyak kami).
2) GUNA BARANG TANPA IZIN
Mungkin dia fikir dia paling tua, jadi secara automatic dia berhak nak guna detergent, softlan, atau apa saja barang yang kami tinggal. Kami bukak mesin, bau softlan kami. Dengan selamba cakap, “akak guna”. Dia duduk bilik bawah, kami semua tingkat atas. Kalau kongsi toilet, memang confirm toilettries kami pun dia sapu.
3) CONQUER/PEMBULI
Balik kerja kami nak tengok drama tv3, dia boleh ambil remote control and letak celah kangkang dia dan terus ubah channel. Siap cakap, siapa berani, ambik lah. Dia ni sakit otak ke? Tuhan je tau perasaan kami.
4)SEMUA TEMPAT ADA BARANG DIA
Dalam freezer dia beli nugget packet besar, ikan dah berbulan2 (Sampai harini ada lagi), penuh dengan barang dia sampai takde ruang langsung kami nak letak. ye. dia conquer semua. termasuk counter top dapur, kabinet, merata2. Siap tray telur yang warna brown boleh buat habuk tu, dan dia tulis situ, jangan alihkan. Masalahnya, barang ko merata and tak reti kemas, menyusahkan orang nak masak tau tak??
4) PENGOTOR
Dah la badan besar, melepak depan tv, dari pagi sampai malam, makan kitkat, buang sampah bawah sofa. Rambut gugur serata alam. Dah makan, bekas nasi goreng sampai berkulat. Sampah tak pernah dibuang. (now kami asingkan tong sampah kami sebab dia ambik kesempatan takkan buang sampah sebab tahu kami ada). Toilet dia ada barang wanita yang tak dicuci (kami emergency nak guna toilet bawah time tu, terus tak jadi). Bilik dia, Nauzubillah. Lipas tu kawan baik dia.
5) MALAS BASUH PINGGAN
Ada 2 sinki di dapur. Sinki belah kiri penuh dengan timbunan pinggan mangkuk dia yang dah guna and tak basuh. Kami pernah nampak dia kutip piring kecik dalam timbunan tu, lap2 sket guna tisu and guna. kami beli set pinggan mangkuk sendiri sebab tak nak guna yang dia dah guna. Ikutkan sangat perangai malas tu ye kak?
6) TAK ANGKAT KAIN BAJU DALAM MESIN
Semua orang nak guna washing machine. Dan ada timer untuk kau tau bila nak angkat. Tak nak angkat takpe, tapi selama ko kerja, mahal sangat ke 1 bakul kain baju? Bila kami nak guna, kami angkat letak dalam plastik, tau pulak bising. Akal mana?
7) MASAK, TINGGAL PERIUK DENGAN API GAS MENYALA
Tengah masak, dia masuk bilik, and tak keluar2. Tido agaknya. Dan biarkan periuk dengan api gas menyala, tak tutup. Allahu.. nak bakar rumah ke?
8)BAJU AMPAIAN TAK BERANGKAT BERMINGGU
Dah cerita kan sikap conquer dia kan? Dari dapur, washing machine, tv, barang dapur, ampaian pulak. Dah sidai baju, dia sanggup biar berminggu2, tak angkat, jadi kami takde tempat nak sidai. Kami dah biasa tengok walau hujan, dan dia ada di rumah tengok tv, dia takkan angkat kain baju dan biarkan saja sampai hujan hari berikutnya datang.
9) NYANYI WAKTU KAMI MENGAJI (MAGRIB)
Takde niat nak tunjuk amalan seciput ni, tapi kami sabarkan hati bila dia tengok tv pasang kuat2 nak pecah rumah. Tapi, bila waktu magrib, kami mengaji, dia pergi iron baju (kat tingkat atas dekat dengan bilik2 kami) dan nyanyi denagn kuat tak tau hormat orang, macam mana kami nak sabar?
10) MARAH KAMI PECAH LUBANG PADA BOS DIA
Cerita macam ni, Juda ni selalu ponteng kerja n MC 365hari setahun. So, 1 hari kami nak pergi kerja, ada sorang wanita uniform kerja sama dengan Juda sampai depan pagar. Kami cakap Juda tidur lagi (jam dah 730 pagi). Malam tu, dia mengamuk kat kami, konon burukkan imej depan bos dia. What??? Mana kami tahu tu bos dia. Dan kami cakap benda yang betul.
11) BIL API AIR YANG DIAMANAHKAN TUAN RUMAH TERTUNGGAK
Dalam group whatssap, tuan rumah upload surat amaran dari TNB mengatakan dah tertunggak sedangkan tiap bulan kami tak miss bayar pada dia. Nak cakap apa?
12) TENDANG BILIK WAKTU KAMI SOLAT
Peristiwa hitam yang tak mungkin kami lupa. Kami tenagh solat, dia ketuk bilik bertalu2 nak pecah rasa, tombol pintu dia pulas teruk, kami dengar dia humban badan yang besar tu nak bukak pintu kami, dan dia tendang. Ye, tendang. Motif nak tanya pasal bil. Itu saja.
Kepada readers, kami perlukan sokongan, kata2 positif, dan cadangan bernas. Patut lah tenant rumah ni keluar masuk. Yang tak bertukar, dia sahaja di bilik bawah. Hidup kami memang suram, muram. Kalau dia balik, kami terus masuk bilik taknak tengok muka dia.
– Didi & Friends
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit