Housemate Yang Bermasalah Atau Saya Yang Bermasalah?

Merujuk kepada tajuk di atas, ini adalah dilema saya sejak dua tahun kebelakangan ini.

Saya penjawat awam dalam kumpulan sokongan, berumur awal 30-an. Empat tahun lepas, rezeki saya dapat beli rumah berdekatan tempat kerja.

Macam korang baca, saya penjawat awam bergred kerani yang gajinya cukup-cukup makan sahaja. Jadi, saya decide untuk sewakan satu bilik untuk menampung 30% daripada perbelanjaan rumah.

Rumah saya mempunyai tiga bilik—bilik master dan bilik kecil adalah bilik saya, dan bilik kedua saya sewakan. Alhamdulillah, rumah fully furnished dan ada WiFi.

Salah satu sebab lain saya cari penyewa juga kerana saya merupakan perantau dan tidak mempunyai keluarga terdekat di sini.

Memandangkan saya perempuan, saya fikir jika berlaku apa-apa pada saya di rumah, at least ada kawan. (Kenapa saya beli rumah di sini? Kerana saya suka di sini… haha.)

Setelah setahun hidup seorang diri di rumah, saya decide untuk cari housemate. Selepas seminggu saya iklankan, akhirnya saya jumpa housemate.

Tapi housemate saya yang pertama tu pindah selepas duduk setahun bersama saya kerana dapat tukar balik ke negeri sendiri. Jadi, saya carilah housemate yang kedua pula.

Hah, yang kedua ni menjadikan saya geram sikit! Saya namakan dia si Gorgon (sebab badannya kecil tapi kalau dia jalan macam nak runtuh apartment ni—duntam-duntam).

Saya pernah dapat komplen dari aras bawah, katanya rumah saya bising… padahal kami berdua saja dalam rumah. Haha.

Si Gorgon muda tiga tahun dari saya. Lepas habis belajar, dia menganggur dalam dua ke tiga tahun katanya. Jadi, dia duduk di rumah saja. Ini adalah kali pertama dia bekerja di luar negeri dan pertama kali duduk rumah sewa.

Masa saya cari housemate dulu, memang saya interview macam-macam dulu—contohnya umur, kerja di mana, nak duduk berapa lama dan sebagainya. Tapi tak adalah pula saya tanya pernah menyewa tak sebelum ini? Tak terfikir pula saya.

Antara ramai-ramai calon tu, Gorgon ni je macam okay sikit. Sebab yang lain ada yang tanya pasal bilik sewa macam nak cari gaduh, ada yang dah cerai nak bawa anak duduk sekali, ada yang nak duduk dengan mak sebab mak dah tak ada kawan kat kampung, dan beberapa sebab lain lagi.

Jadi bermulalah perjalanan hidup saya bersama si Gorgon… Saya orangnya suka benda teratur dan bersih (kawan-kawan cop saya OCD), tapi saya pemalas. Jadi, sebab saya pemalas tapi tak boleh tengok benda kotor, saya akan bersihkan rumah sekali seminggu.

Sepanjang seminggu tu, saya memang akan letak barang yang sudah digunakan di tempat yang sama. Sebabnya saya malas nak kemas balik. Kalau bersepah, saya sakit mata.

Ya, saya tahu mesti korang akan cakap macam ni, “Kalau dah tahu OCD, baik duduk sorang.” Tapi baca balik reason kat atas.

Masa si Gorgon ni masuk rumah, saya memang dah bagi tahu siap-siap… saya sangat cerewet pasal kebersihan. Jadi, tolong jaga kebersihan. Tong sampah kegunaan bersama, jadi tolong ada common sense untuk buang sampah.

1st: Pemalas. Korang tahu sepanjang dua tahun si Gorgon duduk rumah ni, mungkin dalam 10–15 kali je dia pernah buang sampah. Itu pun ada yang saya dah siap ikat sampah tu tapi terlupa buang, saya mesej dia minta tolong buang, baru dia buang. Kalau tak, memang saya je yang buang sampah tiap hari!

Sepanjang dua tahun ini, si Gorgon tak pernah bersihkan rumah langsung!!! Mungkin silap saya juga… sebab tiap minggu saya bersihkan rumah, jadi dia memang sentiasa duduk dalam rumah yang bersih sampai tak ada rasa tanggungjawab nak bersihkan rumah. Tapi kalau saya tak bersihkan, mana maunya dia bersihkan?

Tapi tiap kali saya outstation lama, bila saya balik rumah… rumah tak adalah macam tongkang pecah, tapi rumah memang agak kotor. Tahi cicak merata, rambut merata, dapur tak dilap… saya macam, “Asal kau pemalas sangat ni, ya Tuhan?”

2nd: Selfish dan tiada common sense. Dapur tu ada barang saya, contohnya beras, kicap, sos dan sebagainya. Saya okay saja kalau dia nak guna pun. Guna je lah… pahala juga untuk saya bersedekah, kan? Dia jarang beli barang dapur. Dia akan beli ayam mentah, then selebihnya guna barang saya, like perasa-perasa gitu.

Tapi satu benda saya tak suka… kalau dia masak, dia guna barang saya semua, tapi tak ada common sense nak top up semula. Contohnya, sabun cuci pinggan habis, dia kata kat saya macam ni, “Kak, dah habis dah sabun kau, kak.” Saya macam, “Huh??? Habis tu… top up lahhh… nak tunggu saya top up ke?”

Sama juga dengan makanan lain, contohnya telur. Dah habis guna, dia cuma sengih je dengan saya. Saya yang mulanya ikhlas nak memberi jadi tak ikhlas saya dibuatnya. Adakah saya yang kedekut? Dalam hati saya…

Kalau saya masak, saya akan ajak dia makan sekali. Kadang tu, bila officemate saya teringin nak makan nasi goreng saya, saya akan tapaukan untuk dia sekali. Tapiiii… si Gorgon ni kalau dia masak, dia masak untuk dia je… tapi pakai barang saya… dan tak pelawa langsung. Hahah!

Saya bukan desperate nak makanan dia pun… tak… tapi common sense lah sikit, awak duduk serumah… lepas tu awak guna barang orang tu. Saya macam, “Amboiiii engkauuu!!! Banyak cantik muka kau ek!!”

Mungkin dia pertama kali menyewa, jadi dia rasa semua benda dalam rumah ni adalah hak milik bersama, termasuk barang-barang dapur tu saya kena sediakan untuk dia.

Pastu kalau saya dah masak, common sense lah sikit tolong basuh senduk ke apa. Sebab dulu saya menyewa, kalau housemate saya dah penat masak, saya lah tukang cuci, dan begitulah sebaliknya. Ni tak wei… dia dah habis makan, dia cuci pinggan dia je. Even satu sudu kecil yang kat dapur tu pun dia takkan cuci… neverr!!

3rd: Kedekut mungkin… entahlah. Masa dia mula-mula masuk, memang dia tak beli barang dapur langsung. Dia beli jajan-jajan untuk dia je. Macam saya cakap, kalau barang mentah pun, yang major sahaja, contohnya ayam. Jadi saya memang ada beras 5kg pada masa itu. Memandangkan saya tak rajin masak, dia lah yang guna beras tu.

Saya ada lah juga guna sikit-sikit. Dia memang ada juga minta izin nak guna beras. Jadi habislah beras tu.

Kebetulan masa tu saya outstation seminggu, balik kampung seminggu, dan seterusnya puasa (office saya waktu puasa ada makanan diberi untuk berbuka). Jadi dalam dua bulan lebih juga saya tak masak langsung dan tak top up barang.

So, Gorgon pun tak memasak jugaklah dalam tempoh dua bulan tu. Yelaaa… beras habis kan… Sampailah satu masa tu mungkin dia dah tak tahan asyik GrabFood… dia beli lah beras. Beras berapa kilo korang tahu? 1kg sahaja!!! Hahaha.

Kesimpulan? Saya ingatkan bila ada housemate ni rasa selamat lah kan… saya rasa tak selamat pun ada.

Saya tak pernah tegur dia apa-apa sebab saya tak tahu macam mana nak tegur. Saya segan. Saya tak nak lah dia rasa tak selesa pula duduk rumah. Dan kadang-kadang saya rasa macam saya yang bermasalah.

Adakah korang rasa saya yang bermasalah sebab banyak complain? Kalau tidak, apa penyelesaian saya? Housemate saya ni okay je… tak jahat pun… cuma ada part-part lain yang buat saya geram.

Saya fikir… kalau saya cari housemate lain pun, belum tentu okay… entah-entah lagi teruk. Jadi, apa perlu saya buat?

– Yaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. ada kontrak penyewaan tak? kalau ada, tunggu sampai habis kontrak, lepas tu jangan renew. cakap la alasan macam keluarga nak duduk ke… kalau takda kontrak, cakap je kat dia dalam masa sekian sekian ni, tolong pindah. bagi masa kat dia dalam 3 bulan cari tempat tinggal baru. cakap yang awak nak kawin. senang.

    • cara awak cerita tu kan, saya rasa tak senangnya duk rumah sendiri bila ada penyewa macam tu. lebih baik duk sendiri. macam saya masa merantau dulu, saya duk seorang diri. aman, rumah sentiasa bersih dan keluarga atau kawan nak datang pun takda masalah. saya masa merantau sebatang kara. keluarga semua negeri lain. kawan pun tak ramai. tapi alhamdulillah kawan dan family diorang baik. masa saya covid tak boleh keluar mana, mereka la hantar bekalan dekat depan lif. guard tlg letak depan rumah. jadi, hiduplah seorang diri daripada makan hati dengan penyewa. apa apa awk mesej saja kawan minta tolong.

  2. tuan rumah kemaruk duit sewa ko ni! duit ko nk, perangai org tu ko xley terima. dia penyewa je bukan member atau adik ko!! sekati dia la nk beli beras 1kg dia makan sorng, asal nk jadikan isu?? dia xsuruh pun ko beli beras 5kg!!

    • Kau ni mesti spesis yg sama dgn penyewa tu kan. Kau baca tak apa yg tuan rumah tu sediakan semua. Siap bg guna barang masak bagai. 1kg tu pulak kau highlightkan. Mende kau ni.hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *