Housemate Yang Comel

Assalamualaikum pembaca-pembaca sekalian. Confession aku ni tak heavy pun, saja nak berkongsi perangai comel housemate aku ni.

Okay nak perkenalkan, kami dalam satu rumah ada 3 orang. Semuanya dalam range umur late 20s ke mid 30s. Okay aku ni yang bongsu, nama aku lily, yang tengah nama Mawar dan yang paling tua namanya Dahlia. Housemate yang comel ni merujuk kepada Dahlia. Walaupun umurnya pertengahan 30 tapi watak dan rupanya nampak seperti masih dalam lingkungan 20 an.

Dahlia ni bekerja sebagai guru tadika. Jadi dia tidak bergaul dengan ramai orang. selain kawan di tempat kerja, kawan dia hanyalah kami. Memandangkan kawan- kawan ofis dia semua dah berkahwin, jadi dia ni, weekend kalau kami tak ajak keluar, hidupnya memang dalam rumah sahaja.

Berbeza dengan kami, aku dengan mawar memang selalu keluar, kami ramai kawan. Biasanya mawar yang selalu ajak Dahlia join dia keluar, tapi sebabkan dahlia ni pemalu, jadi dia akan ikut untuk event- event tertentu shj. Macam kenduri atau majlis-majlis yang sekejap tu dia akan join Mawar, kalau tak dia di rumah shj.

Kami kenal sewaktu dirumah lama, hampir 2 tahun disana, tetapi disebabkan owner nak renovate rumah tu jadi kami terpaksa keluar. Sekarang kami sama-sama menyewa di rumah lain.

Dahlia ni dia kakak yang pandai masak, biasa dia akan masak masakan kampung untuk kami bertiga makan. Kalau weekend, pagi2 dapur kami dah berasap dah, dia akan sediakan breakfast, kami bangun makan je. Bukan kami tak pandai masak, tapi biasanya dia akan masuk dapur dulu, kalau saya dan mawar nak masak, kami akan bagitahu dalam group yang haritu kami nak masak. Sebab apa, kalau tak bagitahu, dahlia akan ke dapur dulu.

Masakan Dahlia memang sedap, tapi dia jenis tak boleh tak makan nasi. so, setiap masa jenis masakan dia mesti yang bernasi. Kami berdua ni pula jenis yang tak ada masalah tak makan nasi, makan pasta pun dah boleh hidup sehari. Aku jenis suka masak western, mawar pula suka baking & masak dessert.

Si Dahlia pula, kalau aku masak pasta pun dia akan masak juga nasi untuk dia sorang walaupun makan dengan telur kicap. Sebab bagi dia, pasta tu tak mengenyangkan dia. Kadang- kadang jadi serba salah jugak. Dahlia memang sangat2 rajin masak, even hari bekerja pun balik dia boleh masak lagi. Masa tu kalau kami dah makan sebelum balik tu pun dia akan paksa kami makan jugak, sebab katanya dia masak untuk kami bertiga. Yang gemuknya aku

Aku ingat lagi masa di rumah lama, Dahlia AL 2 hari, katanya nak habiskan cuti, so 2 hari tu dia tak pergi mana2. Kami balik kerja petang tu terkejut tengok rumah kami macam tadika. Penuh wall sticker kt dinding, cantik memang cantik, tapi tak kena dengan suasana rumah. Si Mawar ni jenis suka modern style, aku pulak jenis tak kisah, tapi macam tadika tu aku tak boleh terima. Haha.

Masa tu nak ajak kawan luar datang rumah pun malu, sebab rumah dah macam tadika. Dengan wall sticker, pastu yang jenis gantung2 dekat ceiling rumah tu. Masuk rumah baru ni, Mawar dah bagitahu siap2, rumah tu jangan tampal apa2 sebab takut rosak cat. Sebab rumah baru. Aku lega bila mawar bagitahu awal2, takdelah rumah tu jadi macam tadika lagi.

Dahlia ni, dia suka cerita korea, Kalau bukak tv tengok channel KBSW, tu memang sah dahlia punya kerja. Dahlia ni semua pasal korea dia tahu. Dia sangat2 addicted dengan korea. Bagitahu je siapa artis korea, semua dia kenal. Bayangkan, haritu aku pelik tetiba si Dahlia tengok Arena, rupanya ada hockey, malaysia vs korea. Padahal sebelum ni dia bukanlah penggemar sukan. Yang minat sukan Mawar. Pastu siap bersorak lagi untuk Korea, bukan nak sokong malaysia.

Haish.. Geli hati aku tengok macam mana si dahlia ni addicted dengan korea. Haha.. Aku ni minat juga korea, tapi tak adalah macam si Dahlia. Si Mawar pula langsung tak kenal artis korea. haritu masa Mawar pergi korea, Dahlia kirim apa2 sticker yang ada BTS, so Mawar ni belilah plaque BTS. Punya happy dia, siap beli table khas nak letak plaque tu.

Dahlia ni dia jenis banyak benda tak tahu, mungkin sebab dia kurang bergaul. Lagi satu kalau dah hampir setiap masa tengok korea, manalah nak tahu issue semasa. Contoh lah, haritu pasal pencemaran toksik di johor tu, selepas seminggu baru dia tahu, tu pun member tempat kerja dia bagitahu. Pastu balik dia bercerita kat kami pasal issue tu, kami pun cakap la, benda tu dah seminggu berlaku. Dia cakap dia baru tahu. Haha.

Belum cakap bab jenama, memang dia tak tahu. Benda ni berlaku banyak kali. dulu iron kami rosak, so si Mawar ni belilah yang baru. Brand tefal. Balik rumah si dahlia cakap macam ni,

“ Mawar, kenapa tak beli iron yang elok sikit. tahan lama ke iron ni? tak pernah dengar pun brand ni.”

Mawar dah pandang pelik. So aku bagitahu la Dahlia yang tefal tu brand yang famous dan elok. Dia admit yang dia cuma tahu Panasonic je brand yang paling elok. Sebab dia cakap mak dia apa-apa akan beli brand panasonic je.

Bukan tu je, jenama handbag, baju, tudung semua dia memang tak tahu. Antara kami bertiga, Mawar ni kategori yang bukan biasa-biasa bagi aku. Dia ni jenis branded punya orang. Aku ni adalah satu handbag Prada. Itu jelah yang mahal sikit. Baju tudung adalah sehelai dua yang mahal, yang lain tu biasa2 je. Mawar ni pakai handbag Lv, gucci, macam-macam lagilah. Tudung pulak, semua Ariani.

Pendek kata, from top to toe lah branded. Tapi si Dahlia ni dia macam biasalah, bagi dia handbag is handbag, semua sama je. Mawar ni dia baik, walaupun dia gaji tinggi, tapi dia tak pernah pandang rendah kami ni, kalau nak pinjam barang dia memang dia akan bagi, janji kena jaga baik-baik.

Kisah dia, satu hari ni si Dahlia ni ajak kami ke wedding kawan dia, kami ni on je, ikut la dia. So, biasalah orang perempuan kan, baju satu almari pun macam tak ada baju lagi, so mawar offer baju dia, aku pinjam handbag je, sebab baju tak sama saiz. Dahlia pulak pinjam semua sekali, baju, tudung, handbag.

Bila ke kenduri, biasalah dia jumpa kawan-kawan dia, aku dengan mawar berdua je. Yelah, tak kenal siapa2. Balik tu dalam kereta Dahlia cakap, “mawar semua orang puji akak pakai baju mawar ni, diorang kata akak pakai barang mahal. Baju, handbag ni Mawar beli kat mana? Harga berapa?“

So, aku tahu mawar ni tak akan bagitahu, so aku cakap la, brand dan range harga. Terkejut si dahlia. Masa tu dia mengaku, dia tak pernah tahu pasal brand dan harga. pastu baru dia terfikir patutlah Mawar hantar dry clean baju-baju dia. Dia ingatkan si Mawar ni malas nak cuci. Haha. Pastu mula la gelabah, takut orang ragut dia. Haha. Comel la si dahlia ni. Kalau ingat balik pasal semua ni mesti lawak je.

Tapi Dahlia ni sangat baik, dia tak ada kawan laki, dan dia sangat malu dengan lelaki. Kalau ada laki tegur dia, memang dia cepat gelabah. Boyfriend aku tegur dia pun dia dah menggelabah, padahal selalu jumpa. Dulu-dulu si mawar ni sangat encourages dahlia untuk cari calon di muslim dating platform. Macam baitulmuslim tu.

Mawar bagi suggestion, Aku yang tolong register untuk si dahlia, tapi yang lawaknya bila ada yang message dia, dia akan senyap. Katanya tak tahu nak reply apa. Kadang-kadang aku yang tolong reply, kadang2 si mawar yang tolong. Adalah dulu sorang mamat ni, betul2 ajak jumpa. Aku dengan mawar ni teman la si dahlia jumpa lelaki tu. So, dekat kedai makan, Aku dengan mawar meja asing, diorang berdua meja lain. Punya la nervous si dahlia ni, smpai sudu garfu jatuh, air tumpah. Haha.

Lastnya kami terpaksa join diaorang. Laki tu plak jenis banyak cakap, maka dia bersembanglah dengan aku dan mawar. Dahlia krik.. krik kat sebelah. Tu 1st n last diorang jumpa. Laki tu pun senyap sampai sekarang. Aku harap sangat dahlia dapat lelaki yang baik nanti. Yang boleh terima kekurangan dia.

Itu jelah aku nak cerita pasal Dahlia. Bagi aku dahlia ni special dan masih banyak yang perlu di bantu. Walaupun umur dia lebih tua dari kami tapi kami rasa seperti dia paling muda dalam kalangan kami. Cuma kami masih tak tahu macam mana nak bagi dia kurang tengok korea, tetapi lebih membaca pasal issue semasa.

Bukan apa, dia seorang yang ada diploma & degree, pointer pun 3 lebih. Tapi setiap kali interview kerja memang failed. Mungkin sebab confident level dan knowledge dia tu belum cukup untuk meyakinkan company untuk mengambil dia bekerja. Di harapkan juga Dahlia mendapat seorang suami yang boleh menjaga dia, terima kekurangan dia seadanya. Sebab dia terlalu naif.

– Lily

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *