Housemateku Alergi Sampah

Assalammualaikum. Pertama sekali terima kasih kepada admin jika luahan saya ini di “post” kan. Macam nama tajuk diatas , housmate ku alergik sampah. Untuk makluman semua, nama saya Nur . Saya berumur 23 tahun dan saya masih menuntut di universiti terdekat di KL.

Nak diceritakan, housemate saya ni alergik sampah. Ada orang alergik sampah , maksudnya , dia bila nampak sampah ke rasa nak buang sebab sukakan kebersihan . Alhamdulillah .

Tapi malangnya housemate saya ni alergik sampah , untuk mudahlan cerita saya gelarkan dia Cik P. Alergik sampah yg Cik P hidap ni ialah dia tak boleh pegang sampah, buang sampah atau kemas sampah . Malah dia mungkin akan menghidap penyakit sawan jika dia pegang sampah atau lebih kronik lagi hingga membawa maut !!

Macam mana saya kenal Cik P ni ada masalah alergik sampah ?? Yela , kita hidup kat dunia ni bukan sendiri je . Jadi , walaupun saya baru kenal dia ( sebab saya baru duduk sebumbung dengan dia ) tapi saya selalu bertanyakan kisah kenapa Cik P ni hidap penyakit alergik ni pada rakam2 dia yang lain.

Kawan kawan Cik P yang lain kata dia memang mcm tu . Kalau bawak balik plastik makanan , makanan tu dah habis dia letakkkk je sampah tu atas meja . Tak berangkat selagi tak bertegur . wow !! Alergik sampah bukan?

Malah kalau dia nampak plastik sampah penuh didapur , bukan dia tolong buangkan tapi dia Tambah lagi plastik sampah baru . Ya Allah common sense dia lain macam !! Betapa alergik nya dia pada sampah sampai begitu .

Cik P pulak jenis yang suka beli makanan luar , makan makan sampah simpan . Saya ni pada mulanya sabarkan , tapi serius gais lama lama tengok muka dia pun saya alergik.

Yang tak manis bukan sampah makanan je yang ditinggalkan , kadang2 sampah kaum hawa pun ditinggalkan. Yang pelik, walau sekali pun saya tak pernah tengok dia tolong Buangkan sampah rumah sewa ni kebawah (Rumah bertingkat) .

Jadi ubat apa perlu saya buat ? Bila saya tegur dia , umur saya ni kecik dari dia . Dia pernah kena tegur dengan kawan dia ( tegur yang dalam nada bergurau) terus Cik P dan kawan dia tak bercakap lama.

Saya doa kalau Allah hantar Cik P pada saya sebagai ujian, apakah hikmahnya ?? Cik P atau nama penuh dia Pemalas , saya dah cuba bersabar dan masih bersabar sehingga saya luahkan pada Iium confession ni.

Orang berkerja dan duduk rumah sewa memang pemalas macam teruk selali mcm itu ke ? * hancur dah bahasa* Nak gambarkan betapa Tak pernah nya dia Buang sampah ke Tong sampah nesar.

Pernah sekali saya biarkan sampah tu berhari2 , harus berulat rumah ni , itu pun dia tak pernah buang. Allah..

Yang pelik nya housemate saya yang lain bekerja juga, tapi diorang tak bawak balik sampah dan tak menyampahkan saya .

Apa pandangan pembaca2 sekalian, perlukah saya terus bersabar ? Ikut hati harus mati, ikut rasa binasa . Kalau sabar ? Takut makin mencabar … hm Ini luahan betul2…

– Nur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit