Housemateku Sayang

Assalamualaikum dan hello kepada semua readers. Thanks admin sbb post aku punya confession. Arghhh. Terbuku lama dah dalam hatiku ni. Ok firstly aku Iggy. Aku dah 30an. Aku dah kahwin tapi aku kena PJJ. So disebabkan tu aku kena sewa rumah. Ok tu serba ringkas pasal aku. Aku ni dah lama memendam rasa woi. Sabar je la. Hari-hari kutitipkan doa agar hatiku lembut tapi aku manusia biasa woi. Tewas juga la aku bila confess kat sini.

Macam ni, rumah aku ada 4 orang penghuni. Sewa bayar ikut bilik. So aku la yang paling banyak kena bayar sebab bilik master. Bilik ada 4. Semua okay kecuali sorang memang buat aku mengucap panjang and istighfar banyak2 sebab geram tahap nk tumbuk muka dia. Dia ni annoying gila. Aku pun kadang2 luah kat husband, best friend aku and mak aku. Tapi tu la. Sekadar mendengar je la sebab diorg tak pernah kan merasai hidup berhousemate.

Aku dulu okay je. Tapi lepas Nur buat perangai bossy dia masa outing dengan aku. Boleh imagine tak kita tengok cerita Avengers kan. Selalu mesti ada end-credit scene. Eh dia tak nak tunggu. Cakap dah habis la. Buat malu je tunggu tinggal kita je. Padahal ada je orang kat situ yang still tunggu end-credit. Aku diam je. Aku rasionalkan diri aku sebab dia baru first time tengok. Kenapa aku bawak dia? Sebab dia gedik nak ikut padahal aku dah book awal lagi tiket. Sebab nk jd housemate yang mesra and baik maka aku pun ajak je la. Ok then, wayang habis pukul 11.30 malam. Aku lapar sebab tak dinner lagi.

Aku just alas perut je. Dalam wayang aku dah cakap teman aku makan and she said yes. Tetiba bila wayang habes merungut nak balik sebab mengantuk. Aku sabar. Pastu disebabkan aku malas nak hadap perangai dia, aku pun drive thru KFC je la. Dalam hati aku sebal la jugak sebab tak lalu pun KFC. Tu pun jangan, dia merungut sebab kena tunggu ayam for 5 minutes. Kau rasa?

Days gone by then aku dengan lain plan la nk beli barang2 dapur sebab nak start masak. Kitorang pegi la sesama. Then aku dengan sorang lagi cam nak round la tengok2 barang lain. Eh si Nur ni dah merungut cakap lapar. Siap tarik muka. Aku dan Niny dah mula pandang sesama sendiri. Kitorang malas nak gaduh so, kitorang pun pergi la makan. Then  Nur suggest tempat dia selalu makan masa dia stay area tu.

Aku ada canang tempat lain tapi si Nur awal lagi bangkang. So aku pun ikut je la. Kitorang order nasi lemak. Tempat takde la sebest yang si Nur ni canang. Sampai je hidangan kitorang nak makan la. Sekali sambal dia basi. Hmm. Aku terus frust dah la lapar. So apa lagi balik la kitorang dengan perut still lapar. Last2 beli burger. Niny siap tapau nasi lemak kat gerai burger tu sebab lapar. Thank you ye Nur. Best sangat tempat kau suggest. Mujur tak kena food poisoning. Si Nur ni pun kalau bab nak tapau makan dia sibuk nak jadi orang tengah antara aku dengan Niny. Padahal aku dan Niny boleh je mesej sesama sendiri kalau nak apa2. Aku husnuzon je sebab mungkin dia nak bagi fon dia ada mesej sebab dia kesunyian.

Then, aku ni nak la buat group kat whatsapp sebab kalau apa2 hal senang nak letak and respon kat situ je. As usual, Nur bangkang. Katanya tak perlu. Geram jugak aku. Aku pun malas nak bising aku pun  tak buat. Yaya housemate yang baru masuk. Dia ni jarang ada kat rumah sebab dia suka balik kampung. Bila dia balik rumah sewa. Si Nur ni mula la nak meroyan pasal parking. Aduhai. Itulah, bila aku nak buat group banyak bangkang. Bila tak buat jadi macam ni la. Maklumat tak sampai. Si Nur ni mengarah la aku dengan Yaya mana patut parking. Aku cakap buat je lah jadual parking. Settle. Semua merasa. Eh Nur bangkang. Si Niny tak cakap apalah dia naik motor. Last2, Yaya mengalah. Malas nak bising pasal parking katanya.

Si Nur ni buat aku tekanan kot bila balik kerja. Mana taknya, masa makan bila sembang nak kena dengar cerita hal tempat kerja dia dan family dia je. Kadang2 aku dan Niny ada jugak bercerita tapi dia nak cerita dia jugak. Dah la dalam cerita tu nampak dia je best. Padahal kadang2 tunjuk kelemahan dia adalah. Kerap cerita benda yang sama. Aku naik bosan. Aku tengok la tv. Aku dan Niny suka tengok berita.

Si Nur ni membebel kat kitorang yang dia benci tengok berita. Bukan ada faedahnya. Aku dan Niny buat pekak je. Kadang2 tengah makan, kat tv tunjuk siaran langsung bola. Terus dia cakap dia benci bola. Aku yang dah start tak tahan dengan dia aku sound. ‘Kalau tak suka tukar je la. Tak perlu banyak bunyi.’ Terdiam dia. Bila dah start menjawab tu. Aku pun berani la sikit. Tapi masih cover lagi la. One day, Nur dok kutuk orang pejabat dia buat pinjaman or advance. Sekalipun diorang meminjam selalu mesti ada sebab. Aku perhati jugak Nur ni. Nur ni memang kurang sifat empati dalam diri. Nur sejenis janji dia lepas. Orang lain lantak la.

Nur jugak dari segi dia cerita hal pejabat dia bangga ditakuti oleh bos dan pekerja lain. Pernah la sekali Nur kena kutuk dengan kawan ofis dia pasal Nur kena tuduh suka mengampu. Ha, meroyan kau. Aku kadang tak salah orang tu. Maybe cara dia tu buat orang rasa jengkel. Aku yang serumah pun jengkel dengan dia tambah orang lain. Aku ada cerita gak hal ni kat member baik aku Zan. Zan cakap maybe dia ni suka perhatian or sunyi sebab takde pasangan. Padahal Zan pun takde pasangan okay je. Takde meroyan. Zan suruh aku sabar. So aku pun sabar.

Kebelakangan ni aku jarang balik rumah sebab masalah kesihatan. Nur dan Niny je la makan berdua. Yaya ikut mana sempat je. Aku balik rumah hari tu setelah berapa minggu tak balik. Korang tau, sekupang tu si Nur tak tanya. Wow, dia start jadi bos kata Niny. Dia atur apa untuk dinner. Best of all masak untuk mereka berdua je ye. Kot la nak jemput sekali kan. Takpe lah. Aku senyap je maybe sebab aku jarang balik kebelakangan tu. Aku stress malam tu aku pecut balik kampung aku yang 40 minit je perjalanannya. Aku balik makan nasi lauk sambal sotong mak aku dan bonus dapat tido dengan anak aku. Bahagia. Minggu berikutnya aku tengah otw nak balik rumah sewa lepas kerja. Mood aku happy. Sekali lagi aku kena serang mesej dengan Nur. Cuba teka pasal apa. Yesss. Pasal PARKING. Allahu.

Bagi la aku kesabaran. Dia marah Yaya selalu balik ikut dan je. Then dia suruh aku sound Yaya kalau nak balik mesej kitorang. Siap marah lagi Yaya parking kat laman orang. Aku pun menyirap la. Dah la aku penat balik keje. Ingat boleh la tenang minda. Tetiba kena sound. Aku bengang aku cakap la balik, aku buat jadual tak nak ikut. Main arah je suruh orang ni parking dalam, suruh orang tu parking luar. Macam dia anggap aku tak balik langsung dah rumah sewa ni. Dalam pada tu aku mesej Yaya. Yaya cakap takde hal la parking kat tepi rumah orang. Kan jalan tu milik PBT dan dia parking bukan menghalang tuan rumah pun. Last2 aku bagitau Nur yang Yaya tetap nak park dekat rumah orang. Bila aku siasat dari Niny rupanya hmm dia meroyan takut orang ambil parking spot dia. Adehhhhh.

Now aku dah ada perasaan tak seronok dengan si Nur ni. Macam nak mintak dia cari rumah sewa lain pun ada. Dulu dia ada cakap yang rumah sewa dia best. Tapi bila aku tengok ada iklan bilik kosong kat area tu tak pulak dia nak mintak. Aku dengan ini confess sebab nak buah fikiran korang yang bernas lagi jitu apa perlu aku buat dengan Nur ni. Patut ke aku minta dia cari rumah lain. Aku tak nak pindah sebab aku bayar deposit agak mahal untuk rumah ni. Yang lain main masuk je aku tak kena kan depo.

Thank you in advance dengan cadangan dan nasihat. Kalau nak kutuk kecam sila la. Aku takde hal. Mana baik aku ambil mana buruk aku lempar ke kumbahan. Sekian.

– Iggy Mekbeh

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *