Housemateku Sayang II

Untuk part I, boleh baca di sini, (https://iiumc.com/housemateku-sayang/).

Assalamualaikum and Hi, its me again Iggy. Thanks to admin post confession aku. Aku nak ucap banyak2 terima kasih dekat readers yang komen. Baik positif atau negatif. Ada yang komen bagi aku dengan housemate lain (kecuali Nur) ketawa. Thank you pada yang memahami. Kita ni boleh je buat hal masing2 tapi kadang2 kita perlukan jugak housemate yang sekepala sebab kalau emergency apa2 at least diorang ada untuk tolong. Okay lah. Sebelum aku sambung sikit. Aku nak jelaskan serba sedikit  yang menjadi salah faham.

1. Dah 40 minit je ke kampung then tak perlu la sewa.
Ok, dari kampung aku nak ke tempat kerja mau makan 2 jam jugak. Hello, aku pernah ye berulang dari tempat kerja ke kampung. Makan kos RM1k permonth untuk tol dan minyak saja. Hampir accident langgar divider sebab letih. Eh jangan cakap kenapa tak rehat kat R&R. Sementara nak sampai ke R&R pun aku dah melelong drive sebab letih. Jadi aku prefer la sewa bilik je. Nak twist lagi? Ah lantak kau la. Cakap boleh la. Meh sini RM1k bulan2. Aku ngan laki aku bukan kaya sangat woi. Apa ada pun cukup makan pakai and boleh simpan sikit2 untuk anak.

2. Berebut parking.
Hendaklah aku jelaskan bahawasanya si Nur rebut parking luar dengan Yaya okeh. Diorang semua tolak parking dalam. So aku park je la dalam. Tapi si Nur ni ha yang meroyan kat aku kalau Yaya parking kat tempat dia kat luar rumah. Bila Yaya give up dan nak park tepi rumah orang. Dia meroyan jugak. Marah aku sebab bagi dia Yaya tu mengada-ngada pegi park kat tepi rumah orang. Padahal kat sini takde sapa kesah pun.

3. Kenapa tak bagi direct je?
Huyoooooo. Aku dah banyak kali kot bagi direct. Dia sentap dengan senyap kejap. Then dia wat lagi. Yang lain tu muda dari dia jadi tak berani nak lawan. Aku sorang je la lawan. Aku syak dia ni sebab kat ofis dia rajin marahkan bos dan acah semua workers takut dengan dia, maka terbawa2 lah perangai dia kat umah.

4. Aku paling tua??
Oh tidakkk. Nur tu sama umur dengan aku ok. Dia 30an. Dia still single and available. Ada yang nak cuba nasib tak? Maybe ada jejaka yang mampu ubah sikit perangai selfish dia kan. Huhuhu.

Now sambung balik. Baru2 ni Yaya ada mesej  group tanya mana kasut dia yang baru beli. Aku dan Niny jawab tak tahu. Then dia tanya Nur. Tetiba Nur sentap. Dia cakap kenapa tanya dia macam saja nak cari salah. Yaya minta maaf dan dia cakap sebab Nur rajin mengemas. So dia anggap Nur nampak la kasut dia. Aku dan Niny jadi awkward. Tetiba Nur cakap yang aku dengan Niny pun rajin mengemas kenapa tak tanya diorang.

Aku plak fire la Nur,  ‘ Kau dah kenapa? Yaya tanya je pun. Ada dia tuduh kau ambil ke? Dia tanya kot kau nampak. Kau ni benda kecik pun kau nak sentap.’

Senyap. Habis semua sepi. Then Yaya cakap dia mintak maaf dan dia akan cari betul2 kat tempat lain. Sudahnya kasut tu tersorok dalam  bonet kereta Yaya. Yaya berkali2 mohon maaf. Aku ingat settle la. Benda kecik. Eh.. Dia mesej aku personal pulak.

‘ Korang memang saje kan cari salah aku.’  Nur mesej.

‘ Eh, siapa yang cari salah. Yaya tanya. Salah ke? Aku tak nampak pun ayat yang tuduh kau. Kau ni pun 1, sensitif sangat dah kenapa? Dulu aku tegur kau masak, kau sentap. Padahal aku bukan tengking kau ke apa. Cakap elok2 pun. Lagi 1, kau ni jangan la babitkan orang lain. Nampak sangat macam kau tak nak kau sorang kena.’ Aku bengang tapi berlapik lagi.’ Kau pun lain kali hormat la orang lain sama. Tak kira la tua ke muda tapi kita serumah.’

Dia diam sampai sekarang. Aku dah memang malas dah nak tegur or cakap dengan Nur ni. Sekarang si Niny sorang je la yang melayan dia. Aku dan Yaya nak fed up.

Niny dengan Yana ada jugak plan nak tipu dia kata tuan rumah nak jual rumah kitorang so that dia boleh blah cari rumah lain. Tapi aku kata tak yah. Kita amek advice dari comment korang. So kitorang decide nak pulaukan dia. Cakap bila perlu je.

Aku wat baik dengan dia sebab aku paham la sedikit sebanyak perasaan takde pasangan at her age. Pulak tu family macam tak endah je pasal dia. Family dia baik dengan dia kalau nak duit or suruh wat apa2. Kesian jugak. Selain tu, aku suka rumah sewa yang meriah sebab ye lah, aku ni jauh dengan family jadi dengan cara ni je aku lupakan rasa sedih berjauhan. Sebab tu walau macam mana annoying dia aku layan. Tapi bila dia makin menjadi-jadi, aku as manusia tak mampu la sangat nak bersabar.

Aku rasa setakat ni je la aku nak share. Aku titipkan doa untuk Nur agar dia jumpa la pasangan. Thank you sebab sudi baca.

– Iggy

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *