Housewife Yang Nak Upgrade Skill, Kerja Dari Rumah

Salam kepada semua pembaca IIUM confession.

Kenalkan nama aku Aisha. Surirumah kepada 3 orang cahaya mata yang aktif dan bijak. Sebenarnya confession aku ni lebih kepada pertanyaan dan meminta pandangan kalian.

Tetapi sebab aku tak tahu dekat mana saluran yang betul untuk bertanya, so aku luahkan dekat sini dengan harapan ada yang sudi share pengalaman masing-masing dan beri pandangan pada persoalan aku ni.

Aku dah 5 tahun jadi surirumah berijazah. Berhenti kerja sebab nak tumpukan perhatian pada anak-anak.

Sebab anak kerap tak sihat bila hantar taska dan aku pula kerap cuti, urusan kerja di pejabat pun banyak bertangguh, so aku rasa resign adalah perkara yang terbaik.

Walaupun hakikatnya aku ada juga bergilir cuti dengan suami untuk jaga anak-anak bila mereka tak sihat, tetapi keadaan ni agak menjejaskan performance kerjaya kami. Cuti tahunan sampai habis, kena ambik unpaid leave.

So, kami berbincang biarla seorang bekerja makan gaji, seorang lagi tumpukan perhatian pada keluarga dan bekerja sendiri kerana masa lebih flexible. Aku korbankan kerjaya aku demi anak-anak.

Alhamdulillah selepas berhenti kerja hidup aku lebih tenang. Anak-anak pun lebih sihat dan terjaga. Untuk tampung hutang-hutang yang aku ada, aku berniaga online.

Alhamdulillah… hasil berniaga tu dapatla aku bayar komitmen sendiri sementara belanja keseluruhan keluarga ditampung suami aku sepenuhnya.

Alhamdulillah.. dalam masa 3 tahun aku berniaga online dari rumah aku dapat settlekan hutang-hutang aku.

Tapi bila masuk 5 tahun aku jadi suri rumah, aku dah mula rasa macam bosan sikit dengan rutin yang sama. Aku rasa macam hidup aku ni kurang momentum, otak makin tepu dan macam terkurung dekat tempat yang sama.

Aku dah kurang nak explore benda-benda baru atau upgrade skill yang aku ada. Otak ni macam tak dikerah sangat untuk berfikir, upgrade ilmu sebab hidup aku cuma busy dengan urusan rumahtangga.

Aku tak kata jadi suri rumah tak best. Best cuma aku dah mula rindu nak bekerja semula.

Bila lama-lama duduk rumah, tak bergaul sangat dengan orang, banyak menyendiri aku jadi rindu diri aku yang dulu. Aku jadi rendah diri, kurang self confidence dan tersekat di fasa yang sama.

Tapi aku still nak jaga sendiri anak-anak aku. Nak kerja yang flexible time. Sebab tu aku cari kerjaya yang boleh dibuat dari rumah.

Berkerja tapi dalam masa sama dapat manage anak-anak sendiri. Kalau ada keperluan baru aku hantar taska sekali sekala.

Aku nak ada juga bergaul dengan orang luar, tengok dunia luar sekali sekala. Aku nak buat kerja yang bukan bisnes sebab bisnes dah ada.

Aku nak kembangkan bakat yang ada, upgrade skill, tambah ilmu sambil boleh bagi manfaat jugak dekat orang luar sana.

Untuk pengetahuan korang, aku ni takdela berbakat mana. Tapi kalau dari segi minat tu aku suka membaca, menulis dan minat jugak kerja-kerja art. Macam design semua tu aku suka tapi aku takde skill.

Aku terfikir juga nak jadi freelancer tapi tak tahu macam mana nak bermula dan kerja freelance apa yang boleh aku buat.

Aku ni english takdela pandai mana. Masa sekolah dulu upsr dan pmr dapat B je. Spm dpt C. Masuk degree pn dapat B. Tak pernah dapat A pun. Sederhana saja.

Patut ke aku masuk kelas english untuk upgrade skill? Sebab aku tengok banyak keja freelance nak yang pandai english. Ada ke kelas yang korang boleh recommend untuk aku?

Aku ada jugak terfikir nak try jadi ghostwriter, consultant hibah, takaful, unit trust, semua tu. Tapi belum dapat pendedahan sebaiknya. Aku tak kisah sangat nak masuk kelas berbayar, belajar untuk upgrade skill semua.

Cuma aku nak tahu jugak pengalaman korang yang dah bekerja sendiri bukan berniaga online ni. Macam mana korang bermula, ok tak kerjaya ni untuk surirumah macam aku dan pendapatan macam mana.

Kerja apa lagi yang boleh aku explore dari rumah? Terima kasih banyak-banyak kalau korang sudi kongsi pendapat dan pengalaman dengan aku.

– Aisha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *