Assalamualaikum pembaca IIUMC. Aku kenalkan diri aku sebagai Julia. Aku lebih memilih untuk straight to the point berbanding opening yang berbunga-bunga.
Sebelum itu, izinkan aku bercerita sedikit tentang latar belakang kehidupan aku dulu ya, agar kalian tidak bingung dengan soalan aku nanti hehe.
Ringkasnya, aku seorang gadis yang membesar di bandar, yang sewaktu remaja agak nakal-nakal.
Namun setelah mendapat tawaran untuk sambung belajar, alhamdulillah Allah tempatkan aku dalam circle yang baik-baik.
Mudah kata, daripada gadis yang suka memakai baju fit dan tudung silang, kepada tudung yang lebih menutupi, beserta sarung tangan dan stokin.
Aku juga sudah mula mendalami ilmu al quran, dan belajar mengikat hati aku pada majlis ilmu.
Namun ini bukanlah petanda aku ini baik, cuma aku lebih faham apa itu malu bagi wanita, dan bagaimana Islam sangat menjaga kehormatan seorang wanita. Alhamdulillah Allah bagi faham.
Sekarang umurku sudah hampir lewat 20 an. Pasti kalian sudah dapat menjangka apa isu yang sedang aku hadapi sekarang. Ya benar, ia soal mencari ‘si dia’ yang tepat.
Sebelum ini ia bukan hal yang besar, namun setelah aku perhatikan beberapa kali usaha yang aku buat tidak menjadi, aku perlu akui ia sesuatu yang tidak mudah.
Jujur aku katakan, dari zaman belajar sehingga sudah bekerja, sudah beberapa orang yang datang meluahkan hasrat untuk menjadikan aku sebagai suri hati.
Namun seperti yang aku ceritakan tadi, disebabkan aku mula faham tentang ikhtilat, zina hati dan sebagainya, semua yang hadir itu aku tolak sahaja walaupun mereka orang baik-baik.
Susah untuk aku jelaskan, tapi aku ini spesis yang agak malu, malu benar. Hasil acuan usrah mungkin, yang selalu menegaskan tentang batas. Untuk memandang lelaki, aku sangat malu.
Sewaktu zaman belajar, jika aku ditetapkan untuk berada satu kumpulan dengan lelaki, apabila mereka bercakap, mata aku hanya akan memandang kening, hidung, dan dahi mereka.
Jauh sekali nak menatap mata mereka walaupun atas urusan penting, rasa seperti aku tidak menjaga batas. Dan begitulah keadaannya sehingga hari ini.
Ya, nampak seperti eh poyo nya minah ni! Tetapi itu lah realitinya, yang kadang kala membuat aku berfikir, adakah aku ini terlalu jumud?
Ouh ya, tentang lelaki-lelaki yang hadir tadi. Ada di antara mereka yang mengatakan aku agak keras, langsung tidak membuka ruang, yang akhirnya akan menyekat jodoh untuk datang.
Agak sedih untuk aku akui, tetapi aku merasakan hal itu benar. Sehingga bila umur aku sudah semakin melewat, dan masih belum bernikah,
Aku mula berfikir adakah Allah sedangkan menghukum aku kerana banyak kali menolak orang-orang baik?
Dan kalau kalian nak tahu, hampir semua lelaki-lelaki tadi sudah pun bernikah. Hahahaha lucu pun ada. Namun begitulah kuasa Allah menyatukan.
Untuk menamatkan segala kegusaran ini, aku tekad untuk memulakan langkah daripada terus menunggu.
Jadi, ingin aku bertanya kepada pembaca sekalian, baik lelaki mahupun perempuan.
Bagaimana sebenarnya cara memulakan langkah untuk mencari ‘si dia’ dengan tetap menjaga batas?
Apakah seorang lelaki akan okay jika perempuan yang mulakan langkah?
Atau mereka akan menganggap itu tindakan yang kurang manis?
How should I start?
– Julia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit