So, since aku terjumpa website yang boleh aku confess sini, aku nak cerita sikit pasal bebanan yang selalu naik kat belakang badan aku ni. Bebanan yang aku maksudkan is ‘malas’. Aku bukanlah seorang yang pandai or study person tapi selama aku belajar dalam sekolah rendah dan menengah (till now), aku jarang dapat keputusan teruk sangat sangat dalam peperiksaan penting such UPSR and PT3 (SPM upcoming).
Masa UPSR aku tak study langsung and memang bukan gaya budak yang nak ambik exam. Masa batch aku punya UPSR, kena ulang berkali kali doh. But still aku tak guna peluang tu untuk struggle more. But alhamdulillah result aku takdelah teruk sangat. Aku dapat 2A3B (dekat mata budak pandai, cam heleh pebenda) but only me and god knows apa aku rasa. Masuk je form 1, keinginan aku untuk study jauh dari family sangat kuat sampaikan aku sanggup untuk sambung menengah dekat Kelantan. So aku mintak abah untuk aku study dekat Kelantan.
Aku dah lama luahkan hasrat nak study jauh and nak abah sekolahkan aku asrama. So generally mestilah tahfiz kan kalau nak study jauh jauh dengan result UPSR aku yang tak melayakkan aku ke sekolah MARA which is MRSM. So bila result UPSR dah keluar aku still hasratkan dekat abah ibu bahawa aku nak study dekat kelantan as Tahfiz student (wuuu). But seriously aku bukanlah ada keazaman tinggi untuk jadi seorang hafiz tetapi hanya kerana ingin belajar jauh and timba banyak pengalaman.
Lets make it short as possible. Belajar jauh dari family mematangkan aku. Di sana aku berkawan dengan pelajar pelbagai usia sampaikan fikiran aku berubah tak seperti budak form1. So aku ringkaskan after setahun aku hadap pahit manis dekat Kelantan, aku dapat satu kesedaran which is aku fikir yang aku ada cita cita besar. Dengan keadaan aku yang hafal alquran tak banyak mana, and terlalu enjoy, mampu ke aku capai cita cita aku tanpa apa apa usaha. Because im really waste my 1 year dekat kelantan instead of betul betul menghafal (yelah aku pun bukan jenis alim alim). So i decided to move and dipersetujui parents. Aku disekolahkan di salah sebuah Maahad yang terletak di Sungai Kelambu, Banting (kalau korang tahu sekolah ni, hi bro sis!).
So, aku masuk Maahad ni masa aku form 2 lah. Sumpah culture shock gila dengan peraturan ketat nak mampus sampai aku nak beli burger kat gerai depan pun takboleh! So aku malas nak cerita lah peraturan lain macamana. Aku expected korang dah faham macamana ketatnya peraturan sana seketat seluar jeans budak hipster zaman sekarang, tak sakit telur ke hm takpelah let them be sebab aku pun berseluar ketat juga kah. Korang boleh brain kan aku dari budak tahfiz yang banyak menghabiskan masa dengan hafaz alquran (secara umumnya lah untuk pelajar tahfiz, tapi aku banyak habiskan masa benda lain) tiba tiba kena masuk sekolah yang jadualnya bermula seawal 530 pagi – 1030 malam (belum termasuk bebelan puaka senior masa rollcall or perjumpaan budak budak asrama).
And yeah, guess what guys. Aku still tak berubah even peraturan ketat macamtu, aku still enjoy living in such asrama yang macam penjara bagi seorang yang berjiwa muda macam aku ceh. Macam yang aku cakap, aku enjoy memang enjoy but alhamdulillah PT3 aku 6A and tersenarai antara pelajar terbaik (sekali lagi hanya tuhan dan aku mengetahui bagaimana perasaan aku) sebab aku memang tak struggle macam orang lain. Siap orang cam pandang rendah bila aku terpilih masuk kelas pertama masa ambang PT3 (kitaorang dipisahkan kepada dua kelas je which is yang pertama budak terpilih, dan yang kedua tu budak budak lainlah). Siap ada orang tanya “macamana kau boleh masuk kelas ni doh”.
Masuk je form 4, aku pilih kelas Sains Tulen. Oh lupa nak mention cita cita besar aku tu. Aku nak jadi pilot sebenarnya dari kecik lagi. Takde cita cita lain selain angkasawan (biasalah budak kecik) and pilot (lepas dah besar sikit). Parents and sibling memang sapot aku habis habisan untuk kerjaya ni. Diaorang siap hantar aku ke pusat simulation kapal terbang sebab nak encourage aku sedalam dalamnya untuk aku usaha untuk capai cita cita aku ni. Masa kecik kecik tu aku rasa memang mustahil untuk aku tak capai cita cita sebab dulu masa first time bawak boeing 737-400 dekat simulation center tu aku terus confident nak mampus yang aku akan jadi pilot one day. So yeah bila dah naik form 4, keyakinan still ada, sebab aku dah berjaya masuk kelas aliran sains. So naik form 5 semangat aku tu jadi macam iman aku (naik turun).
Nak pendekkan lagi sependek pendeknya, form 5 aku move again sekolah hahahahahaha dekat SMK sebab bagi aku susah nak teruskan dekat maahad tu. Sebab masatu aku fikir yang sistem or kelengkapan untuk makmal sains tak lengkap and daripada tu aku jadikan hujah aku untuk mempertahankan usul aku kepada parents untuk aku pindah ke SMK which is sekolah kerajaan yang kelengkapan serba lengkap. Nak dijadikan cerita, once aku pindah, aku sedar yang experiments is not alasan aku untuk aku jadi rajin and mudah faham. Sebab sama je, yang bezanya lagi banyak benda yang aku kena hadap and settle kan such as PEKA and everything sebab dekat sekolah lama aku takde semua tu.
Lets move forward till who i am now. Aku still berdiri kaku and taktahu bila mood struggle aku nak datang. its just few months left before SPM doh. Aku risau sebenarnya dengan keadaan aku. Tapi mungkin sekarang aku dah berubah sikit. Walaupun still malas, tapi aku ada usaha nak cari cikgu untuk buat extra class. Selain tu, hari hari aku search google motivasi motivasi untuk aku. Sebab aku ni kadang termotivasi tapi just for a few days or weeks hm. Sampailah satu hari (which is harini 10 April 2019) aku terjumpa web ni and aku terbaca satu article yang menjentik semangat aku sampaikan aku rajin untuk type luahan dekat web ni. Aku nak jadikan harini titik permulaan bagi usaha aku.
Aku mohon sangat dekat korang yang baca ni, doakan aku capai cita cita aku please. Sebab ada aku pernah tahu yang jika kita mendoakan saudara yang lain tanpa diketahui, maka lagi afdhal untuk si dia dan kita sendiri. Maksudnya doa tu akan patah balik dekat kita jugak! Kalau taknak doa panjang panjang, korang sebut ameeen je pun aku bersyukur sangat! Aku tahu nak achieve straight A’s tu susah dengan masa yang tak banyak sekarang. Tapi dengan usaha, semangat dan doa semua benda tu tak mustahil. Kalau korang ada benda nak share such as semangat ke, pengalaman korang ke or maybe kekuatan korang yang ingin disumbangkan kepada aku sikit ke kan, korang boleh share dekat sini. Thank you.
Lastly, aku harap kejayaan mengiringi kalian dan, aku. Ameen Ya rabb Alamin.
– Dany
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit