Untuk part I, (https://iiumc.com/how-to-detect-a-narcissist-pengalaman-aku-hidup-dengan-dia/).
Assalamualaikum, saya Amy. Sebelum itu, saya ingin meminta maaf sekiranya saya menggunakan bahasa rojak, kerana sesetengah benda saya lebih mudah untuk jelaskan dalam bahasa Inggeris.
Tahun lepas, saya pernah hantar confession kat sini, mengenai pengalaman hidup saya hidup bersama dengan seorang narcissist, iaitu bekas suami saya.
Alhamdulillah, setahun dah berlalu, kehidupan saya bertambah baik dan Allah bagi rezeki yang lebih melimpah ruah untuk saya dan anak-anak.
Di sini, saya ingin bercerita kembali pengalaman saya setelah berpisah dengan bekas suami, dan saya harap dapat memberi manfaat kepada abuse victims yang senasib dengan saya.
Biasanya kita diberi guide bagaimana nak menjauhkan diri dari narcissist, contohnya macam “no contact rule” dan “establish boundaries”.
Tetapi jarang saya jumpa artikel yang boleh membantu abuse victims untuk menganalisa perasaan mereka sendiri dalam tempoh untuk melepaskan diri dari cengkaman narcissist.
Saya akan break down mengikut beberapa fasa yang saya sendiri pernah lalui, dan harap ianya boleh membantu rakan-rakan yang senasib dengan saya.
Pertama sekali, di fasa pertama, setelah anda keluar dari toxicity of abusive relationship, apa yang anda akan dapat ialah mental clarity.
Selama berada di dalam hubungan yang toksik ini, saya mengalami brain fog, yang menyukarkan saya untuk membuat keputusan sendiri.
Ini kerana kesan dari “gaslighting” iaitu memutar belit fakta oleh narc tersebut. Selama bertahun-tahun, saya musykil kerana setiap hari saya bangun dengan perasaan “depressive”.
Apabila anda sudah keluar dari situasi tersebut, brain fog itu akan hilang dengan perlahan-lahan dan anda akan melihat dunia dari perspektif yang lebih jelas, bukan yang telah dicipta oleh narcissist tersebut.
Saya ingat lagi, minggu pertama setelah berpisah, saya rasa satu ketenangan dalam fikiran saya, dan saya dapat analyze situasi dengan lebih jelas.
Masa ni, saya bersyukur sangat. Baru saya sedar kepentingan mental stability dalam kehidupan, dan perasaan tu tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.
Masuk fasa ke 2, bila trauma bond kicks in. Trauma bond ini terjadi semasa kita berada di dalam hubungan toksik tersebut.
Narcissist ni akan manipulate mangsa dia dengan cara “highs and lows”. Biasanya, mereka akan love bomb mangsa for the highs, dan akan withdraw attention for the lows.
Mangsa yang seperti ketagihan perhatian narcissist akan mula untuk “lower their guard” dan di sini, narcissist akan mengambil kesempatan untuk memanipulasi mangsa. Cycle ini akan berulang-ulang sepanjang berasa dengan narcissist sehingga tiba masa discard.
Dalam tempoh fasa ke 2 ni, self doubt akan menghantui anda. Anda akan mengalami a mixture of feelings. Ketika dalam fasa ini, anda akan dihantui rasa bersalah, seolah-olah anda tidak cukup berusaha untuk mempertahankan hubungan anda.
Selain itu, anda mula rasa malu terhadap diri sendiri yang bertahan and “putting up for such treatment”.
Anda juga akan rasa keliru, sama ada anda yang melebih-lebih/overreacted terhadap situasi anda, dan anda akan mudah mengalami anxiety kerana psychologically anda sudah terbiasa dalam “fight or flight” mode sepanjang hidup anda.
Ketika ini, jiwa anda akan mula merindui perhatian dari narcissist kerana perasaan yang bercampur baur itu akan menyebabkan anda berada di dalam “state of confusion” kerana “your authentic self”
Sekarang tengah struggle nak maintain existence setelah narcissist dah membentuk anda melalui trauma bond method.
Dalam fasa ini, jangan mengalah. Our body is actually experiencing a withdrawal syndrome from the trauma bond addiction.
Di fasa ke-2, emotional support amat penting dari orang sekeliling. Anda perlu reconnect with surrounding.
Hubungi rakan-rakan atau ahli keluarga yang telah menjauh ketika anda bersama narcissist (NPD normally will impose isolation method so that the victim will solely depend on the abuser).
Dalam fasa ini juga, amat penting untuk anda menjalankan “trauma work” untuk identify root cause kenapa anda boleh end up in a relationship with NPD.
Maksudnya, work on your sipiritual journey. Kuatkan dalaman anda agar anda boleh bertahan di fasa ini. Either go to a therapist, or if you can’t afford one, find someone you can talk to, jika anda seorang Muslim, berdoa lah sebanyak mungkin kepada Allah.
Pastikan anda tidak berseorangan ketika dalam fasa ini sebab jiwa anda akan sangat lemah.
Ketika ini, sudah pasti NPD akan menjalankan jarum nya untuk menyusup balik dalam hidup anda dengan pelbagai cara, either through love bombing, hoovering or guilt-tripping.
Yang penting, anda perlu memahami punca kenapa anda boleh terperangkap dengan NPD. Self-awareness ketika fasa ini amat bermanfaat.
Anda perlu melakukan sedikit ground work untuk memahami tindak tanduk anda sendiri dan punca kenapa anda tertarik dengan NPD.
Ia berkait rapat dengan “inner child healing” dan “understanding trauma response”. InsyaAllah, sekiranya anda berjaya melakukan ground work dalam fasa ini, anda akan lulus ujian ini dengan cemerlang.
Fasa ke 3 ialah emotional stability/healing. Sekiranya anda berjaya melepasi fasa ke 2 yang sukar, fasa ini umpama “the light at the end of the tunnel”.
Dalam fasa ini, nothing the NPD does surprises you anymore. Saya beryukur saya telah tiba ke fasa emotional stability.
Dulu, saya amat takut untuk trigger dia, sebab dia selalu ugut untuk buat kacau-bilau di hadapan mak ayah saya.
As a people pleaser, dulu saya sedaya upaya untuk lindungi aib dia, sebab saya taknak mak ayah saya tahu perangai sebenar dia. Sebab itu, saya ada tendency untuk sentiasa give in.
Sekarang, mereput lah kau nak tunjuk kau punya tantrum tu. We should not be hold accountable towards NPD punya action terhadap orang sekeliling kita. Itu semuanya dia sendiri yang bermasalah.
Kita dah establish boundaries kita, kalau dia tak boleh terima dan mula nak buat huru-hara, dia yang malu. Jangan takut. Dia pun manusia.
Saya bersyukur, setelah saya mendapat emotional stability, saya tidak lagi meletakkan self-worth saya di dalam tangan orang lain.
Saya tidak lagi memerlukan validation dari orang sekeliling saya, yang menyebabkan saya terperangkap dengan NPD satu ketika dahulu.
Why should we be so empty that we have to fill ourselves with another? The highest form of self love is, being content with your own presence.
Semoga bermanfaat.
– Amy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit