Hai. Saya Ima. Saya cuma nak tanya pendapat dari kalian. Saya dah berkahwin. Dan sejak dari awal berkahwin, ada seorang saudara belah suami, seperti tak berapa suka dengan saya. Saya dapat rasakan dari gerak geri dia. Saya namakan saudara suami ni, Bihun la ye.
Si Bihun ni, masa awal2 kahwin, keluarga dan saudara mara suami saya berkumpul untuk gathering sambut menantu. Tradisi keluarga belah suami la ni.
Dalam sebulan selepas sesiapa kahwin dalam keluarga dorang, dorang akan buat satu gathering kat memana homestay. Ramai2 la akan stay sana kenal2.
So, masa gathering tu lagi, Bihun ni aku selalu tertangkap dia tengah perati aku. Bila aku tertengok dia, dia akan pusing tempat lain. Sekali dua aku ok saja. Tapi kerap sangat. Bila aku sembang dengan dia, dia akan acuh tak acuh saja layan aku. Macam nak tak nak layan aku.
Kalau sembang ramai ramai, dia akan palau aku. Kalau aku cakap, dia buat dono and buat2 busy. Kalau dia bercakap pulak aku dengar and respond pada story dia, dia takkan layan atau buat2 tak dengar. And dia terus ubah topik.
Kalau orang lain bercakap, dia respond beria. Masa aku saja, dia jadi bisu. Benda ni terjadi setiap kali berjumpa.
Nak jadi cerita, si Bihun ni saudara rapat keluarga suami. Jadi, boleh kata setiap minggu dia akan datang rumah keluarga suami. Disebabkan aku dan suami kerja, hujung minggu saja free, jadi kerap la masa kami ada di rumah mertua tu akan bertembung si Bihun.
And setiap kali tu jugak Bihun akan palau aku dari pelbagai segi. Ok aku pulak jenis yang kalau aku dapat rasa orang tak suka aku, aku akan approach org tu, sebab aku tak suka bermusuh. Tak suka aku tak apa, cuma jangan bermusuh atau benci.
So untuk aku tak overthinking, aku approach Bihun. Aku tegur, sembang2, tanya soalan2 ringan sebab aku baru nak kenal dia. Aku tegur masa berdua saja sebab bila ramai2 dia selalu palau aku kan. So aku ambik inisiatif, bertegur masa berdua.
Dia layan tapi bila aku cakap or tanya soalan, dia punya reply hanya “ohh”, “oh ehh”, “haah”.. memang dia tak berminat langsung bila aku cuba baik2 dengan dia. Tapi aku tak giveup la. Everytime jumpa aku cuba approach. Lama2 ok la jugak Bihun ngan aku.
Cuma, aku perasan pattern lain kat si Bihun ni. Bila dia nak bergosip, dia akan beria cari aku. Sembang ngan aku macam member baik. Aku layan saja la kan dengar gosip dia. Gosip dia mostly pasal keluarga belah suami la.
Disebabkan aku tak berapa kenal semua lagi, jadi aku hanya jadi pak turut, angguk2 geleng2 saja la.
Awalnya aku ingat Bihun bebetul dah ok dengan aku. Tapi.. Bila jumpa hari lain, aku silap. Dia palau aku balik. Tapi, bila ada gosip, dia baik balik dengan aku. Sembang macam member2.
Nak jadi cerita, Bihun ni lama lama. Dia mula macam nak control aku. Aku dah mula perasan. Ada gathering keluarga lagi, dia salahkan aku tak bawak periuk nasi, sedangkan periuk nasi tu memang dia yang offer nak bawak.
Tiba2 masa tu dia lupa, dia boleh selamber “dia ni la boleh lupa, Bihun dah pesan dah”. Pastu di kejadian lain, si Bijun ada plan nak gi bercuti ramai2 dengan semua sedara guna cable dia. Nak booking tempat homestay tu guna cable la maksud aku.
So bahagi la tugas, tugas aku buat itinerary aktiviti. Sekali hari kejadian tu, Bihun tersilap tarikh booking. Nak masuk ke homestay tak boleh sebab ada guest lain. Tau Bihun kata apa kat aku?
“Kau la ni, kenapa kau tak bagitau tarikh betul2? Sekarang nak tido mana??”.. Aku jugak salah. Siapa punya idea bercuti ni? Siapa yang booking homestay? Aku pulak jenis, kalau kena sound, aku terdiam tak melawan.
So aku pendam, bila pendam tu yang luahan ni aku taip ni. Masa ni mertua aku dah start perasan perangai si Bihun ni. Mertua aku datang kat aku mintak maaf sebab dia perasan Bihun layan aku memang macam alas kaki.
Banyak sangat layanan bihun kat aku yang buat aku sakit hati tapi aku pendam atas dasar kekeluargaan. Aku masak dia cakap tak sedap. Aku masak apa semua komplen. Aku beli apa2 dia cakap guna duit suami.
Aku pindah rumah, dia cakap mampu ke diorang bayar rumah tu. Aku beli apa2 untuk anak2 aku, dia cakap aku manjakan anak. Aku cakap english dengan boss aku, dia cakap aku lupa daratan tak sedar diri melayu. Aku dapat kerja baru dia tanya gaji berapa.
Selagi taktau dia risik sampai dapat. Aku beli carseat, stroller, baby carrier untuk anak, semua dia kondem. Aku bagi anak susu botol dia kondem. Pendek kata, apa dia Nampak aku buat, dia akan kondem.
Aku pendam saja sorang2. Sampai satu tahap, Bihun ni overboard, dia cakap husband aku tak guna sebab dok mintak duit dari mertua masa COVID.
And Bihun datang sound aku supaya sedar diri, nasihatkan kurangkan perbelanjaan dan sebagainya. Ni kes ni besar jugak sebab mulut ipar aku la ni.
Aku marah, aku sakit hati sebab, aku breadwinner of my family masa COVID. SOLE BREADWINNER ya masa COVID. Husband aku langsung bungkus sebab bisnes dia jatuh teruk masa COVID.
And BTW, husband aku pinjam duit dari mertua untuk naikkan balik bisnes dia, bukan untuk perbelanjaan rumah, sebab perbelanjaan rumah memang aku yang tanggung masa COVID. Tapi takkan semua benda nak kena cerita kat orang?
Ni silap ipar aku, dia tau husband aku meminjam dari mertua, dia pergi story2 santai katanya dekat Bihun. Bihun pulak tiba2 terlebih sudu dari kuah.
Maaf sangat jadi panjang cerita aku. Lepas kejadian besar ni. Mertua dan ipar datang minta maaf dengan aku sebab clearly aku tak salah.
Bihun ada minta maaf tapi tak ikhlas pun sebab lepas mintak maaf, aku Nampak story whatsapp dia mengata aku. Tapi aku tak respond, sebab bagi aku, dia out of my league. Cuma….
Aku sekarang dah tak boleh dengar nama Bihun. Bila dengar, aku jadi meluat dan mengigil. Kalau gathering ada dia, aku takkan pergi. Ada jugak saudara lain yang jumpa aku and macam malas layan aku sebab, bagi diorang aku dah spoilkan fun.
Marah la. Dulu diorang boleh saja gathering tanpa masalah. Skrg dah tak seronok sebab husband aku pun taknak pergi mana mana kalau aku tak ada. And the best part is, tak sorang pun yang perasan cara layanan Bihun kat aku. Bagi diorang Bihun baik saja.
Sebab ye, Bihun memang layan orang lain baik. Aku saja insan terpilih. Aku taktau kenapa. Aku tak lawa. Serius Bihun lagi lawa. Kerja bagus. Sekarang, kalau aku dan husband gaduh, aku akan sebut nama Bihun. Aku akan mintak cerai sebab aku tak suka Bihun.
Bagi aku Bihun dah merosakkan kehidupan aku. Kegembiraan aku. Apa Bihun buat memang bagi efek sangat besar pada mental aku.
Dan bagi aku, cara untuk aku lupakan semua ni adalah dengan tak jumpa Bihun lagi seumur hidup aku, yang mana memang IMPOSSIBLE sebab dia tu saudara suami aku.
Aku rasa tak boleh dengar orang sebut nama dia, tak boleh dengar org puji dia, tak boleh dengar manusia lain kerja macam Bihun, tak boleh dengar even cerita buruk pasal dia.
Pendek kata, apa sahaja benda yang mengingatkan aku pada Bihun, aku akan jadi marah dan mengamuk.
Dengar pasal anak2 bihun pun tak boleh. Mertua aku pulak suka anak Bihun ni. Setiap kali jumpa, mesti cerita pasal anak Bihun. Aku tak boleh. Aku jadi sakit hati. Berdebar saja rasa.
Aku tak mintak pendapat, kenapa aku jadi mcm ni ye? Aku berdendam ke? Macam mana aku nak lupakan apa yang dia dah buat kat aku?
Macam mana aku nak let go perasaan ni? Sebab aku jadi tak tenang. Sesungguhnya aku menyesal cuba approach Bihun konon nak berbaik.
Tak sangka benda ni makan diri aku sampai macam ni. Aku tak suka benci orang.
– Ima (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit