Mungkin luahan saya ni macam budak-budak tak pernah bercinta, sebab memang tak pernah bercinta pun walau umur dah nak menjangkau 30 tahun.
Dah beberapa kali saya berkenalan dengan lelaki, tapi seorang pun tak lekat. Mungkin sebab perwatakan saya tak menarik, tak cantik, kulit gelap, chubby, rupa pun tak berapa nak ada.
Tapi, di saat saya dah mula berdamai dengan takdir, Allah hadirkan seorang lelaki dalam hidup saya. Dia baik, rajin bekerja, hormat orang tua. Dia yang approach saya dulu. Dia yang ajak berkenalan.
Awal tu saya berkenalan je, tapi bila dah masuk bulan kedua, saya dah mula jatuh cinta. Saya jatuh cinta dengan perwatakan dia, cara dia layan orang, cara dia layan saya. Sangat baik.
Tapi yang buat hati saya betul-betul jatuh dekat dia bila saya tengok cara dia layan family dia. Dia anak yang sangat baik, abang yang baik. Dia jaga mak dia macam permaisuri. Dia sangat bertanggungjawab.
Saya ni jenis tak pandang rupa sebab saya pun tak berapa nak ada rupa sangat. Benda yang saya pandang adalah perangai. Perangai dia sangat sempurna di mata saya.
Kalau dia boleh jaga family dia macam tu, mesti kalau saya kahwin dengan dia, dia akan jaga saya dengan anak-anak macam tu juga. Saya yakin yang saya akan bahagia kalau kahwin dengan dia.
Saya dah berangan macam-macam. Saya berangan cara saya nak bahagiakan dia bila dah kahwin nanti. Saya nekad saya nak jadikan dia suami saya.
Tapi betul lah orang kata, langit tak selalu cerah. Bila saya dah betul-betul ikhlas dengan dia, dia mula berubah. Dia stop contact saya. Kalau saya cari dia pun, dia layan acuh tak acuh. Kami tak bergaduh pun. Saya tak tahu kenapa dia berubah
Saya dah banyak kali tanya dia tapi dia kata dia busy sikit dengan family, kerja. Sebelum ni pun busy juga, tapi kenapa baru sekarang dia macam ni? Drastik sangat perubahan tu.
Banyak sangat persoalan dalam otak saya.
“Dia dah ada perempuan lain ke?”
“Dia dah tak suka saya ke?”
“Ke selama ni dia memang tak pernah suka saya?”
“Saya ni tempat dia hilangkan bosan je ke?”
“Ke sebab saya ni hodoh sampai dia dah tak ada hati kat saya?”
Hati saya kecewa sangat. Hancur sangat-sangat. Saya tak pernah buka hati saya kat mana-mana lelaki macam mana saya buka kat dia. Saya betul-betul ingat yang kami ada jodoh.
Dia dah cerita pasal saya kat mak dia dah pun. Mak dia pun suka saya, siap panggil saya ‘menantu mama’.
Tapi kenapa dia berubah? Kenapa?
Ya Allah, saya betul-betul buntu. Saya cuba terima hakikat yang mungkin kami tak ada jodoh. Saya cuba untuk move on dari dia.
Dah berbulan-bulan saya cuba untuk move on, tapi saya masih fikir pasal dia hari-hari. Hati saya ni betul-betul nak dia. Saya nak dia. Saya sayang dia. Saya dah confess kat dia, tapi dia senyap je. Tak ada jawapan.
Kalau betul lah dia anggap saya macam kawan je selama ni, kenapa sampai nak kenalkan kat mak? Dia yang bagi harapan kat saya, tapi sekarang dia yang tinggalkan saya tanpa sebarang penjelasan.
Saya dah banyak kali minta penjelasan tapi kosong. Senyap. Bila saya dah mula jauhkan diri, dia pula tiba-tiba muncul balik. Bergurau macam tak ada apa jadi. Lepas tu senyap balik.
So betul lah selama ni saya hanya tempat persinggahan untuk dia hilangkan bosan je, kan? Saya sedar semua tu.
Saya sedar saya dipergunakan je. Tapi saya dah terlalu cintakan dia. Saya tahu dia tak ada perasaan yang sama kat saya, sebab tu dia senyap je bila saya confess.
Saya saja je nak luah kat sini sebab nak kurangkan bebanan hati. Saya hanya perlukan tempat meluah. Saya dah tak ada siapa-siapa. Dah tak ada tempat mengadu.
Terima kasih lah kepada yang sudi baca luahan saya sampai habis.
Assalamualaikum..
– Adelia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Takpe sis.. anggaplah ni pengalaman yang Allah nak bagi supaya kita boleh belajar. Apa2 pun ngadu dengan Allah sebab Allah lah Pencipta kita, Dia paling tahu apa yang kita lalui dan apa yang ada di dalam hati kita.. Bergantung harap padaNya, bersangka baik denganNya Insyaallah senang move on.. Apa yang kita tak dapat tu mungkin adalah yg terbaik untuk kita. Jangan sedih2 ye sis
Saya nak tulis sesuatu yang panjang, kalau nak baca, awak baca.
1. Awak kena tanya orangnya personally bukan tanya sini. Bukan wakil.
2. Saya beritahu awak kenapa. Tapi saya kena relatekan dengan pengalaman saya.
Saya jenis tak reply message tapi saya perempuan dan mana yang ada dalam social media saya misalnya, especially lelaki kadang tu sampai tujuh lapan tahun mereka kerja mana pun saya tak tahu walaupun there were all just there in the social media (Friend list) because I was just not checking. Saya selalu check orang yang saya jumpa selalu sahaja.
3. So apa yang buat saya notice semula sesiapa pun, bila dah lama tak berbual/mesej ialah kalau mereka like posting saya atau view story saya then mulalah I will feel terrible for not responding mereka di waktu dahulu even benda tu dah lama sangat ke. Kalau mereka tak view, lagi 10 tahun agaknya saya tak notis. Saya akan terfikir, does this person has something to say to me ke apa? Kenapa view? Saya akan tertanya-tanya. Sebab mereka tonjolkan diri mereka buat saya notis. Especially kalau saya dulu pernah tak reply mereka.
4. Mulalah saya rasa I need to pick up where we left off sebab kalau orang tu kita consider as friend, kita kena make them feel included. Included tu macam tunjuk gambar beraya ke, tunjuk family ke, kita pergi like posting dia ke, apa-apa yang sesuai lah. Sebab saya jenis tak suka orang tahu tentang saya bukan melalui saya sendiri.Kalau mereka assume perkara yang tidak tepat dan tak pernah tanya saya sendiri, lagi saya tidak suka. Mungkin sebab saya juga perlu bekerja dengan ramai orang, perkara pertama yang kita kena buat, provided orang tu mesti harmless, ialah kita kena make them feel included. Dan saya akan sentiasa tanya sesuatu kalau ada perkara saya perlu clarify.
Walaupun saya tak kenal keluarga ke apa, asalkan kawan, benda tu macam personal between saya dengan orang tersebut lah sebab mungkin dulu saya pernah ignore jadi saya rasa tak best. Saya taknak lah mereka ada unsettled thoughts dengan saya.
5. Sebab saya pernah berbual dengan lelaki dan perempuan yang question diri mereka bila orang tidak respon mereka dan most benda yang mereka question tentang diri mereka adalah about appearance. Mereka fikir orang tak respon mereka sebab mereka tak handsome/cantik. Awak rasa sedap hati tak kalau contohnya awak tak respon dan forever orang tu ingat awak brush off mereka kerana diri mereka (penampilan etc). Macam kenapa kena be a meanie to a person?
6. Sedangkan kalau awak jumpa orang yang jenis tak respon message/ghosting seperti saya, mereka mungkin fikir awak baik-baik sahaja sebab kalau awak nak juga dapat respon awak akan call. Sebab saya pun jenis tak kisah orang tak respon. Sebab bagi saya berkenalan tu semua akan forever je, cuma mungkin ada time berdiam. Pick up where you left off. Macam contoh, tak respon mesej pun nanti hari raya pergi mana-mana open house jumpa juga.
Kalau takdir nak jumpa akan jumpa juga satu hari nanti. Masa depan semua awak tak tahu apa akan jadi, jodoh ke apa. Sebab orang yang bukan dalam satu perhubungan seperti serious bercinta dengan awak tak rasa awak perlu jawapan segera. Awak ni macam bercinta tapi baru kenal. Mungkin bagi dia awak bukan lagi ke tahap serious. Dan dia mungkin nak consider option lain juga.
7. Tak respon tu tiada kaitan langsung kerana fizikal atau rupa paras.
8. Saya buat begini even mak saya pernah jumpa ke apa. Terrible I know. Memang ada orang jumpa parents tidak bermaksud akan sampai ke perkahwinan. Tapi mereka bukan main-mainkan perasaan orang tau. Mereka jenis kalau berkawan, keluarga pun mereka kenal, kalau kawan tu nak kenalkan, mereka akan pergi berkenalan.
9. So awak tanya dengan jelas apa sebenarnya pengakhiran relationship awak ni. Sebab mana-mana perempuan yang tak pernah berkahwin kebiasaannya akan menyesal sangat-sangat lambat move on sebab whether you like it or not, perempuan ni ada biological clock. Dan pula, zaman sekarang, sebab pemakanan dan sebagainya, bukan semua perempuan bila kahwin terus dapat zuriat. Awak just imagine some people kena TTC (trying to conceive) ada sampai berbelas tahun untuk merasa pregnant sahaja, tak pernah direzekikan anak pun ada. Memang kebanyakan orang berkahwin untuk zuriat, tetapi lelaki tidak seperti perempuan. Perempuan ada masa tertentu sahaja dalam hidup mereka yang mereka boleh usaha untuk dapatkan zuriat. Harap ini tidak menyinggung hati awak sebab ramai juga orang yang nak kahwin tidak kisah hal zuriat tu. Jadi tanya diri awak sendiri.
10. Awak akan menyesal sangat-sangat kalau katakan akibat awak terlalu cinta makhluk ni, awak jadi sakit ke apa ke dan affect kesihatan awak. Contoh, orang sakit kronik kerana habit tidak baik terhadap diri sendiri semasa mereka muda.
11. Sekurang-kurangnya kalau awak ditakdirkan berkahwin suatu hari nanti dan awak diuji (hal zuriat), awak tidak look back dan rasa menyesal kalau awak tidak pernah terlalu stress hal percintaan ke apa sebab stress pun boleh buat jadi sakit. Perkara yang sangat sukar untuk perempuan nak tempuhi ialah bila mereka nak sangat tapi sukar dapat zuriat. Zaman sekarang, perempuan kahwin awal pun tidak tentu lagi mereka terus dapat baby. So, cepat move on, jangan stress kalau memang orang tu tidak ada niat ke arah perkahwinan.
12. Awak assume banyak perkara yang awak boleh dapat jawapan dengan tanya dengan jelas kepada orangnya sendiri. Lebih baik kalau awak bersemuka. Bawaklah orang lain untuk teman. Bukannya apa, awak dah banyak sangat negatif self-talk dekat diri sendiri nanti awak susah nak buka hati pada orang lain hanya kerana seorang lelaki ni tidak beri jawapan jelas kepada awak. Sebab awak memang seperti bercinta kan. Kalau kawan je tak payah lah fikirkan sangat.
Nanti je awak berbual bila ada masa. Kawan pula ada jenis suka menyepi kalau mereka ada hal yang mereka tak nak cerita pada semua. Saya begitu bila saya sambung pelajaran, bila saya jaga anak kecil sampai setahun ada social media yang saya tak buka (FB).
Entah-entah kawan awak ni, dia pun tak tahu awak nak sesuatu kata putus dari dia sebab rupanya awak dah simpan harapan kerana dah jumpa keluarga dia. Kalau saya, selagi takde meminang tu, takde cakap kita macam special ke apa, itu semua kawan je.
Awak sentiasa kena faham, lelaki bukan macam perempuan. Even perkara dalam Islam pun ada yang tak sama antara lelaki dan perempuan.
Semoga ini membantu awak.
Saya kalau baca cerita orang, saya tengok mana yang stuck tak move on tu sebab mereka macam nak fix sesuatu situasi tu. Lelaki ini antara dua je, dia nak menikahi awak ke atau dia nak kawan je. Kalau dia memang bersungguh nak, awak beri masa tak apa, tapi kalau dia memang berminat sebagai kawan sahaja, tidak ada sebab untuk awak menunggu.
Orang lain dah kahwin, ada dah ada baby, ada berpisah dah kahwin dengan orang lain pun, awak nak menunggu lagi untuk apa? Kalau awak hanya nak kahwin tidak kisah hal zuriat awak tunggu jelah tapi kalau dia hanya nak kawan, awak nak tunggu juga memang awak buang masa.