Hai semua. Nama aku Dahlia. Aku menulis ni pun sebab nak kongsikan beberapa tips untuk korang semua survive di tempat kerja yang toxic seperti confessor yang bernama Yani sebelum ni.
Korang boleh baca confession dia sebelum korang teruskan baca aku punya confession.
https://iiumc.com/politik-pejabat/
Sepanjang hidup aku lepas grad ni, aku dah 2 kali tukar kerja.
First job aku, aku dapat bos yang sangat baik tapi staff macam nokharom. Bos aku walaupun dia Dato’ Sri, dia selalu bagi aku ruang untuk belajar dan improve.
Dia banyak sabar dengan kesalahan-kesalahan bodoh yang aku buat. Maklumlah aku baru je grad beberapa bulan. Jadi, mungkin dia sangat empati dan berikan aku ruang untuk aku belajar.
To be honest, dekat company tu hanya boss aku tu je yang okay.
Aku tak nak bagitau secara spesifik apa yang aku alami sebab main point confession ni, aku nak share tips je.
Apa yang aku alami lebih kurang macam Yani tu tapi aku takkan bagitau la sebab aku takut nanti korang tau aku kerja kat mana.
Yang membezakan aku dengan Yani adalah Yani bekerja di gov sector, aku pulak kerja di syarikat swasta.
Second job aku lepas aku blah, sama je position sebelum ni tapi comp aku yang sekarang ni company GLC. Aku nak bagitau korang la, boleh kira dengan jari ye abang-abang atau kakak-kakak yang baik.
Yang ikhlas beri tunjuk ajar dan baik sangat. Yang selebihnya tu masya Allah. Hanya Tuhan yang tahu. Pengalaman aku bekerja dah 5 tahun. So, maybe korang boleh agak kot aku umur berapa.
Masih mentah nak dibandingkan dengan orang lain tapi aku tetap nk share apa yang aku buat untuk deal dengan toxic people kat tempat kerja. Ok, kembali pada tips yang aku nak share ni.
Apa yang aku kongsikan ni hasil dari pengalaman aku dan jugak aku ada buat beberapa tips dari Ustazah Asma’ Harun.
1. Tahajud
Kalau tempat kerja korang tu penuh dengan toxic people, please protect diri korang dengan perisai tahajud. Kalau tak boleh buat hari-hari, korang boleh buat sekali seminggu.
Waktu sujud terakhir tu please doa yang spesifik untuk orang-orang yang selalu buat jahat kat korang. Contoh doa aku: Ya Allah, kau lindungilah aku dari (sebut nama orang tu). Jauhkan dia dariku Ya Allah.
Kalau korang rasa orang tu bencikan kau atau tak suka kau atau pun dengki dengan kau, kau boleh add on doa ni :
Ya Allah, kau timbulkan rasa kasih dan sayang dalam hati (sebut nama orang tu) ketika dia melihatku. Lindungilah aku dari orang yang hasad dengki, iri hati, busuk hati terhadap aku.
Ni contoh doa yang aku amalkan. Korang nak doa version korang pun boleh. Tahajud ni kesannya sangat powerful. Korang boleh try seminggu dua dan lihat kesannya.
Aku pernah dengar ustaz bagitau yang tahajud ni boleh melindungi kita dari kezaliman dan niat buruk manusia.
Aku tak tahu ni hadis ke apa benda. Tapi kalau ada sesiapa tahu pasal benda ni, korang share la kat ruangan komen ye.
2. Zikir
Yang ni aku dapat dari Ustazah Asma’ Harun.
Korang amalkan zikir Allahumma Ya Barik (40x) selepas solat subuh yang ni Allahumma tu sekali je lepas tu untuk kali kedua tu baca Ya Barik sampai la 40x dan tambah dengan potongan ayat Surah Ghafir ayat 44.
Yang ni aku baca sekali je. Kalau aku rajin aku baca lebih sikit. Terpulang la kat korang nak baca berapa kali pun.
3. Minta ibu bapa doakan kita
Bagi sesiapa yang masih ada mak atau ayah, korang boleh minta mak atau ayah korang doakan korang. Aku ni setiap kali aku dikenakan orang, aku akan call mak aku untuk doakan aku.
Aku cerita secara details kat mak aku pastu aku minta mak aku doakan aku sekali dengan sebut nama orang tu.
Doa ibu ni tiada hijab ye kawan-kawan. Jadi, korang boleh minta mak korang doakan untuk korang. Insya Allah everything will be fine.
Kalau kita rasa lemah, tolong ingat yang kita ada Allah. Tiada daya upaya kita melainkan dengan pertolongan Allah.
Setiap kali aku rasa yang aku akan dikenakan orang, aku cepat-cepat baca La haw la wala quwata illa billah sebanyak-banyaknya sambil doa ya Allah selamatkan aku, lindungi aku.
Alhamdulillah, sekarang hidup aku dah kurang stress dan orang-orang yang selalu kenakan aku tu pun dah tak usik aku sangat. Mungkin berkat doa mak aku.
Buat Yani, awak try la dulu tips ni. Tengok la dalam 2, 3 bulan. Jika lepas 3 bulan awak masih rasa tertekan maybe tiba masanya untuk awak tukar kerja.
Please ye kawan-kawan, sila jaga kesihatan mental anda.
Love yourself first and be nice always walaupun orang buat jahat kat kita. Ok la. Ni je tips aku. Kalau ada sesiapa yang ada tips, bolehlah share jugak ye! Byeeee
– Dahlia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit