HQ Kelautan Yang Paling Dalam

Assalamualaikum. Sedikit perkongsian tentang aku. Aku Ira dalam lingkungan 20 an. Dan aku seorang online seller. Aku betul2 tidak pandai mengarang jadi aku minta maaf jika gaya bahasa aku mengelirukan.

Sepanjang aku belajar dari matrik sampai universiti. Alhamdulillah aku tidak meminta duit ibu bapa dan tiada pinjaman ptptn. Aku survive sendiri dengan jadi dropship.

Untuk pengetahuan korang aku pernah join berpuluh puluh droship tapi yang aku kekal sehingga kini hanyalah 4 company.

Pendapatan dropship boleh tahan sebenarnya jika kau rajin promote boleh mencecah 4-5 angka. True story aku pernah dapat 5 angka semasa cuti sem sebab aku betul2 fokus bisnes. Zakat dan tax jangan lupa jika kau layak!

Untuk permulaan semuanya smooth. Kita kena bijak pilih hq dan kalau nak untung besar pilih barang2 yang harga ratus2. Selalunya hq akan bagi 10% komisen. Satu barang komisen boleh mencecah RM50.

Aku pun seronok jadi dropship sebab tiap2 bulan akan dapat bonus dan hadiah. Hadiah tahunan untuk top agent bukan besher besher ye gais. Ada dapat iphone, gelang emas, pandora, beg tangan, umrah dsb.

Aku pernah dapat salah satu dari award ni. Aku akan cerita mengenai hq yang paling lama aku bertahan. Aku malas nak cerita produk apa takut orang lain tahu. Yang penting bukan skincare / supplement timbang kilo.

Semuanya okay sehinggalah founder ni join kelas bisnes. Nak dijadikan cerita founder tu mula berubah.

Masa awal2 dulu aku taktau pun ig atau fb dia. Dia hanya muncul dalam group telegram. Bila dia join makin banyak group yang dia buat untuk motivasi. Kami pun dipaksa follow medsos dia.

Maka penuhlah kata2 motivasi dan dia dah start branding diri. Sebelum ni kami taktau pun dia naik kereta apa rumah besar mana melancong kemana. Tup2 start tahun lepas dia dah start branding diri.

Bukan tu je gais kami pun kena komen setiap kali dia post. Dia akan letak dalam group bila dia dah post supaya kami alert.

Ok takpelah bab branding diri tu. Management company makin lama makin kelaut. Aku rasa sebab fokus dia dah berubah. Kalau dulu bayar sebelum 10 pagi boleh pos hari yang sama.

Sekarang kena ambil masa 2-3 hari bekerja. Alasannya sebab dia dan company makin dikenali so banyak permintaan. Kiteorang agent ni pun ok je la at least bagitau customer awal2.

Yang menjadi masalah bila postage delay tak seperti yang dijanjikan. Lepas tu dia suruh kami sabarkan customer. Dan marah bila droship pas customer yang marah kepada hq.

Company ni ada jugak jual barang pre order. Kalau dulu seminggu barang dah ready. Makin lama makin delay dari 2 minggu jadi 3 minggu. Last2 pre order sebulan.

Kau agak2 ada orang sanggup tunggu ke? Ye ada sebab dioarang betul2 nak barang tu. Sebulan pun delay lagi. Alasannya staff cuti lama la staff demam la. Pastu kiteorang la yang kena sabarkan customer.

Dia mula buat coaching by individual sebelum ni tak pernah ada pun. Dan dia tawarkan komisen lebih tinggi dengan syarat cari team. Lagi banyak lagi bagus. Wajib tau.

Aku ni dah la masih belajar dan terpaksa curi2 masa berbisnes. Kalau ada masalah tak boleh komplen dalam group nanti sebar negative vibes dekat dropship lain. Bila kitaorang komplen dia mula cakap hidup jangan banyak alasan dan selitkan hadis dan ayat quran.

Aku tak kisah nak growkan team aku janji management ok. Tak janji melayu. Waktu sekarang memang management sangat2 tak okey. Dan dia suruh tambah team? Kau rasa? Geram jugak aku.

Lepastu pulak, untuk order problem contohnya cus dapat barang defect atau salah barang. Selalunya progress sangat2 lambat. Walaupun kami dah push hq. Customer minta guna courrier yang laju sbb nak guna urgent.

Last2 kami yang kena bayarkan untuk customer. Sebab hq taknak tanggung mahal katanya. Padahal 100% salah hq.

Hq asyik2 fokus nak cari team. Lagi besar team lagi besar sale. Ye memang seronok dengar bab duit masyuk ni. Tapi secara jujurnya aku sendiri tak seronok bila dapat terlalu banyak komplen. Order problem progress slow macam siput.

Oh ya, aku juga ada jadi dropship untuk yang sama niche dengan produk ni. Tapi kebanyakan customer lebih suka design dari hq ni sebab lebih up to date. So kalau customer tak puas hati aku akan suggest design company lain.

So itu sahaja luahan aku. Kalau dulu aku sangat bangga nak promote produk ni dekat kawan2 aku. Tapi sekarang tak. Aku harap korang boleh bagi semangat dekat aku sebab sekarang aku rasa down sangat2.

Kena maki dengan customer, kena ugut nak report polis dan nak saman pun ada. Dah la pening jugak memikirkan fyp dan team aku.

Tolong aku. Aku hanyalah gadis yang baru nak melangkah kedunia realiti.

– Ira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *