HQ Mendongak Ke Langit

Assalamualaikum w.b.t. Saya harap sangat confession ni akan disiarkan. Berharap sangat-sangat. Untuk jadikan pengajaran untuk semua terutama anak-anak melayu yang mudah lupa diri.

Ringkasannya aku kerja sebelum ni berpendapatan minimum. Aku stop kerja sebab aku nak fokus bisnes yang aku rasa boleh pergi jauh.

Produk dia okay, kalau korang pernah rasa memang sedap. Banyak permintaan. Cookies bersalut coklat. Memang sedap yakmat bagi aku lah yang minat cookies and coklat ni tapi sayang pengurusan dari pihak atasan tak professional.

Team yang aku join adalah team paling besar antara team-team yang lain. Leader yang aku join tu sangat-sangat positif. Memang jenis cepat mesra dengan orang.

Aku tak penah jumpa dia tapi aku tau dia baik sangat-sangat. Walaupun kita ni start dari bawah tapi dia tak pandang kita bawah. Dia layan samarata dan selalu bagi yang terbaik untuk team. Aku namakan dia Kak S supaya dia sabar & kuat.

Long shot story, lately disebabkan pkp banyak jugak lah masalah yang dihadapi oleh pihak HQ. So disebabkan ada satu masalah kualiti produk yang boleh menjejaskan nama baik produk, agen-agen bangkitkan la hal ni dalam group besar.

Untuk pengetahuan korang, Kak S ni ada dengan HQ dari bawah lagi. Dari HQ punya production kat rumah sampai diorang dah buat production kat kilang sekarang.

Kira up & down company tu memang Kak S ni ada sekali lah. And company ni baru lagi. Tak silap aku hujung bulan 12 atau awal bulan 1 macamtu. Kira diorang naik secara drastik la.

Bila agen-agen complain pasal produk dalam group besar terus pihak HQ offkan comment dalam group. Tak nak yang lain down sebab ada masalah macamtu. Stokis bawah Kak S ada group lain untuk manage order, so diorang suarakan semua ketidakpuasan hati dalam group tu.

Benda standard rasanya, korang pon mesti ada group geng² korang yang kutuk bos kan? Yang pelik semua benda dalam group tu boleh sampai ke HQ. Rupanya ada PENGKHIANAT dalam group tu.

First zoom meeting dengan HQ malam rabu, katanya semua masalah yang berbangkit stokis boleh utarakan dekat HQ.

HQ yang cadangkan buat meeting tu. Rupa-rupanya bukan nak sebut sangat pasal masalah-masalah yang timbul. Tapi HQ nak emosi pasal geng-geng stokis ni mengata HQ.

Memang sebijik-sebijik apa yang dari dalam group tu HQ sebut. Memang confirm ada PENGKHIANAT dalam group stokis tu!

Masalah yang patut diselesaikan, tak selesai. Lebih kepada emosi tak boleh kena tegur sikit. Produk dah okay, tapi management ke laut. Emosi tak tentu hala. Kata nak bincang.

Yang paling bodoh sekali, esoknya khamis Kak S pegi HQ. Dia inform dalam group apa semua dalam keadaan yang dia tak tau apa akan jadi lepastu, still backup HQ.

Tiba-tiba petang tu Kak S send dalam group bagitahu bahawasanya HQ dah terminated Kak S. Baru tegur sikit kot weh dah menggelabah.

Padahal kak S tu sama-sama naikkan produk dengan HQ. HQ ni dia macam riak bongkak tau, MUNGKIN dia rasa produk dia hebat sangat sebabtu lah produk dia boleh dikenali ramai.

Bukan sebab agen yang naikkan produk dia. Dia cakap waktu meeting “agen-agen ni cari rezeki bawah dia” . Dia tak appreciate langsung agen-agen yang dok jual produk dia tu.

Sadis betul. Baru nak naik. Tapi dia punya angkuh. Alahai taktau la boleh pergi sampai mana. Tak boleh nak tegur sikit pon.

Aku kesian sangat-sangat dekat Kak S sebab dia just nak bela team dia. Dia nak jaga team dia. Dia nak HQ grow even better. 90% pendapatan dia dari situ.

Ni warning takde apa takde, disebabkan tak boleh kena tegur. Padahal kak S tu selalu je backup HQ. Stokis je mulut lantang sikit direct je bagi apa yang tak puas hati. Terus Kak S kena terminated.

TERMINATED TANPA WARNING! Alahai level budak-budak betul cara pengurusannya.

Apa-apa pon aku doakan kak S terus berjaya dalam apa jua bisnes yang dia ceburi. Orang teraniya Allah sentiasa tolong.

Kepada HQ nak stay lama dalam industri jangan mendongak ke langit sangat. Risau tersadung tak boleh nak bangun langsung! Admin jangan bagitau pulak aku siapa. Maklumat confessor rahsia kan?

So tu jela nak luah, sedangkan aku yang baru beberapa bulan join pon rasa down macamni. Ini kan yang dah lama join. Dan yang paling down mesti lah Kak S. Semoga Allah membalas semua kebaikan Kak S selama ni. In Syaa Allah aamiiin aamiiin.

– SURI (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *