Baru-baru ini kecoh satu Malaysia mengenai isu pembunuhan artis negara jiran.
Seperti biasa, Netizen Malaysia yang berpangkat Makcik Bawang telah memainkan peranan penting dengan mencari bukti-bukti kukuh untuk memantapkan lagi hasil pencarian mereka dalam isu tersebut.
Walau bagaimanapun, janganlah disebabkan terlalu penat dan lelah mencari bukti tersebut sehinggakan timbul syak wasangka dengan sahabat karib sendiri.
Tidak dinafikan kita sebagai insan yang lemah akan mempunyai sedikit rasa tidak mudah percaya dengan orang luar atau orang yang tidak mempunyai pertalian darah,
Tetapi janganlah terlampau tidak percaya sehinggakan berantakan hubungan baik yang telah lama terjalin antara kita dengan sahabat karib kita.
Hikmah daripada kisah pembunuhan tersebut, ramai yang mempunyai masalah untuk mempercayai sahabat karib sendiri.
Bohonglah kalau ditanya dan mengaku tidak terkesan langsung dengan isu tersebut. Sedikit sebanyak isu tersebut menyentuh hati dan perasaan kita terhadap orang lain.
Sangsi macam mana sekalipun kita dengan sahabat karib kita,kita kembali berpegang kepada ayat ini, “Hablum Minallah dan Hablum Minannas.” Jaga hubungan kita dengan Allah S.W.T. dan hubungan kita sesama manusia yang lain.
Saya bukanlah orang yang arif dan bijaksana untuk menghuraikan ayat tersebut tetapi saya percaya ramai di luar sana yang selama ini menjadikan ayat tersebut sebagai pedoman hidup.
Cukup-cukuplah seminggu dua ini bermasam muka dengan sahabat karib masing-masing gara-gara teremosi dengan isu pembunuhan tersebut.
Janganlah pula diri kita sendiri yang menjadi pembunuh dalam diam dalam hubungan kita dengan sahabat karib kita.
Berlainan pula isu di negara sendiri. Saya hendak confess mengenai isu kecil tersebut terasa kelakar pula.
Awalnya memang kelakar tetapi tidak kelakar kemudiannya kerana melibatkan hubungan manusia dan yang paling utama ialah hubungan sesama umat Islam.
Walau bagaimanapun, sekecil isu tersebut, terdapat sedikit pengajaran hidup yang boleh kita kutip untuk dijadikan pedoman.
Minggu lalu, seorang sahabat artis melangsungkan majlis perkahwinan. Salah seorang tetamu tersebut ialah artis lelaki yang single but not available. Kebetulan pula tetamu lain yang dijemput ke majlis perkahwinan tersebut ialah bekas kekasih artis tersebut.
Kenapa saya rasa kelakar? Saya rasa kelakar bila terbaca komen dalam laman sosial media. Adakah menjadi satu kesalahan jika pasangan pengantin menjemput mereka berdua yang merupakan kawan rapat kepada pasangan pengantin tersebut?
Kenapa pasangan pengantin tidak boleh menjemput mereka berdua ke majlis tersebut walhal keduanya bersikap profesional tentang hubungan mereka dan pasangan pengantin sendiri sudah maklum mengenai hubungan mereka?
Isu kecil seperti ini boleh timbul dalam kalangan Makcik Bawang Sosial Media.
Awalnya memang rasa kelakar tetapi kemudiannya bertukar menjadi tidak kelakar apabila terbaca komen-komen negatif yang lain mengaitkan hubungan artis tersebut dan bekas kekasihnya itu,
Dan kewajaran tindakan pasangan pengantin tersebut menjemput mereka berdua seolah-olah tidak menghormati artis dan bekas kekasihnya.
Mereka merupakan kawan rapat kepada pasangan pengantin dan dalam masa yang sama memenuhi undangan.
Mereka telah menjalankan tanggungjawab Hablum Minallah iaitu memenuhi kewajipan fardhu ain seperti suruhan Allah S.W.T dengan menghadiri majlis perkahwinan,
Dan Hablum Minannas iaitu bersikap profesional dan masih boleh berkawan baik walaupun hubungan mereka tidak kemana.
Wajar atau tidak tindakan pasangan pengantin tersebut menjemput mereka berdua tidak perlu dipersoalkan selagi tidak melanggar syarak.
Sudah tentu pihak pengantin lebih mengetahui baik buruk dan risiko yag akan terjadi seandainya mereka menjemput tetamu-tetamu tersebut menghadiri majlis perkahwinan.
Jika ditanya secara umum, tiada lagi pengantin yang menginginkan majlis mereka tidak berjalan lancar dan huru hara.
Jikalau tidak lagi bergelar kekasih, tunang dan isteri kepada sesiapa, tidak menjadi satu kesalahan untuk mereka yang bergelar “bekas” ini untuk bercampur gaul dan menjalinkan hubungan silaturrahim dengan sesiapa sahaja.
Janganlah kita mengambil kerja Tuhan dengan melarang dan meletakkan hukuman kepada mereka sehinggakan mengabaikan “Hablum Minallah dan Hablum Minannas.”.
– Jijah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit