Hi, assalamualaikum korang, first aku nak minta korang jangan kecam, aku nak minta pendapat korang sahaja.
Aku nak ceritakan hubungan aku dan kawan baik aku yang aku namakan sebagai Aira.
Aira ni dia kawan aku dari kecik tapi menengah baru kitorang rapat, dan bf dia aku namakan sebagai Aiman, Aiman ni memang rapat dengan mak aku.
Pendekkan cerita aku dengan bf aku selalu keluar double date dengan diorang ni tapi kadang2 selalu ada ja family aku.
Lepas je diorang ni putus kawan aku dah ada pengganti tapi ada juga masa ex dia minta aku rapatkan diorang balik. Jadi aku pun ajak double date macam dulu tu. Tapi depa ni sekejap ok sekejap tak ok.
Lepas je aku dengan bf putus, kami terus tak keluar macam dulu. Pastu bila aku dah mula kerja, aku dengan kawan aku ni memang jarang sangat dah keluar.
Dah dekat setahun aku kerja situ and jarang keluar sebab aku banyak dengan family ja. Lepas tu ex aku ni ajak jumpa untuk berbincang and kitorang pun jumpa tu pun 2 kali ja kitorang jumpa.
Tapi time tu ex aku ni ada gf dah pastu ex aku ni tanya pasai hubungan kami.
Aku bagitau yang dia kena pilih salah sorang ja lah kan antara aku atau gf dia. Dia minta aku tunggu untuk dia buat keputusan.
Dalam masa yang sama Aiman ni tanya2 mak aku tentang aku and dia chat aku tentang nak berkawan ni. Dia minta izin mak aku nak berkawan dengan aku. Jadi dia mai and minta nak berkawan..
Pada mulanya aku tolak sebab ya la kan dia tuh ex member aku sendiri.
Tapi mak aku ni macam suruh try berkawan sebab mak aku cakap benda dah lepas Aira pun dah bahagia and Aiman ni pun, pujuk yakin kan aku yang depa punya hubungan pun dah lama dah.
Pastu aku berkawan dengan dia tanpa pengetahuan member aku sendiri. Tapi benda tu sekejap je..
Bila kantoi kawan aku persoalkan kenapa berkawan dengan Aiman apa semua, pastu kami gaduh.
Tapi selepas je kejadian tu lama juga kami tak chat and aku wish bila dia up status yang dia dapat tempat kerja baru start..
Dari tu kami okey cuma dah tak rapat macam dulu, semua media sosial pun dia dah remove aku. Chat pun tak mesra macam dulu.
Jadi aku nak minta pendapat korang macam mana aku nak rapat balik dengan kawan baik aku ni. Tapi aku dah ada hubungan dengan Aiman selama 1 tahun aku tak sure dia masih terasa atau pun tak.
Sekian terima kasih.
– Seri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit