Salam readers. Aku seorang perempuan, berumur 28 tahun, bekerja dan masih bujang lagi. Masih nampak tenang tapi dalam otak aku tengah kelam kabut bunyi alarm.
Aku anak/cucu perempuan pertama yang berjaya pecahkan rekod keluarga setakat ini. Dalam keluarga aku, kebiasaannya seorang anak / cucu perempuan MESTI kahwin paling lambat umur 25 tahun. Sedangkan aku, masih menanti jawapan.
Buat masa sekarang, kanan dan kiri aku semua tanya bila nak kahwin? Dah ada calon?
Ya aku ada berkawan rapat sejak di bangku universiti lagi. Partner aku 29 tahun, kerja on off ikut dia, ikut hobi dia.
Kalau ikutkan berapa lama aku berkawan ni memang cukup lama, bayangkan dari umur aku 18 tahun lepas dapat keputusan SPM terus masuk universiti sampailah tahun ni.
Dah 1 dekad. Mak ayah aku dah mula bertanya tanya ke mana arah hubungan aku dengan dia, aku sendiri taktahu.
Bila aku tanya dia, dia kata insyaallah. nak kata tak ada effort, adalah sikit dan jangka masa pendek je effort tu bertahan. Sedangkan hubungan dah 1 dekad, Power kan dah 1 dekad, ke ada readers yang lebih lama? Kemana arah hubungan tu?
Sikit lagi aku buat konsert tau! Aku dah naik puas dah keluar ke sana sini tanpa ikatan. Aku dan partner aku ni sama sama tahu keluarga masing masing.
Sejak tahun lepas, aku buat kepala aku. Partner aku ajak keluar, aku bagi beribu alasan. Sebab aku dah malas. Cut story short, aku rasa dah naik bosan sebab hubungan aku dan partner jalan setempat.
Kenapa aku cakap naik bosan?
Sebab aku tak nampak effort partner aku. Effort untuk ke arah yang serius, memang zero bagi aku. Memang tak dinafikan partner aku sangat baik, sabar dia tinggi, aware dengan perasaan aku. Cuma tak aware dengan perasaan aku yang satu ni.
Mak ayah aku ok dengan partner aku, sebab dia cakap pun lembut and sopan santun. Tak macam aku, aku ni petir.
Cuma sejak tahun 2023, mak ayah aku dah mula soal aku bila nak kahwin? Atleast tunang, bila? Partner aku memang ok, perangai dia semua almost perfect depan mata mak ayah aku and aku.
Cuma, aku tak dapat kepastian langsung. Umur aku pun nak menjangkau 29 hujung tahun ni. Aku masih terkapai kapai tanpa kepastian dengan hubungan aku yang jalan setempat ni.
Aku rasa aku dah sampai titik yang aku nak undur diri sebabkan hubungan ni tak ada progress langsung. Macam aku cakap, hubungan ni berjalan setempat.
Umur aku pun makin meningkat, mak ayah aku makin tua. Sampai bila aku nak stay dalam relationship yang taktahu nak kemana. Aku sayang, tapi rasa kesian tu lebih besar dari rasa sayang aku dekat dia.
Salah satu sebab aku dan dia jadi close sebab kawan kawan yang kenankan.
And aku pernah kecewa dulu. Boleh dikatakan aku dah tak ada rasa cinta. And aku confuse dengan perasaan aku, aku pernah solat istikharah minta petunjuk. Petunjuk tu selalu tak ke arah dia.
Tapi dalam masa yang sama aku risau kalau aku terlalu ikutkan perasaan aku. Dia ada wkatu susah senang aku. Dia selalu ada. Dia tak pernah tinggal aku.
Aku pernah tanya partner aku, dia sendiri tak dapat jawab and guna jawapan yang selamat je.
“Kalau dah jodoh tertulis atas sana, mesti berjodoh”
Yang ni aku hairan, aku ni boleh jadi jodoh ke boleh jadi bodoh?
Aku pun ada impian aku, aku pun nak bahagiakan mak ayah aku. Kesian mak ayah aku tiap kali keluarga besar tanya bila aku nak kahwin, mak ayah aku senyum je. Hampir seminggu aku diamkan diri dari partner aku. Partner aku pun ok je tak cari aku.
Beberapa tahun lepas, aku ada mimpi lepas beberapa kali solat istikharah and tahajjud.
Dalam mimpi aku mula mula tak nampak pun siapa lelaki tu, aku tak pasti either aku tak nampak muka lelaki tu atau aku dah lupa muka lelaki tu. Yang aku ingat lelaki tu masuk bilik lama aku yang mana bilik aku tu dah jadi bilik adik aku sekarang. Lelaki tu cakap,
“Takyah takut, kita kan dah nikah”
Dan aku terjaga. Aku terkejut bila mak aku cerita dia mimpi lelaki yang tak nampak muka solat dengan ayah aku. That time aku tak cerita dekat sesiapa pun mimpi aku tentang lelaki faceless yang mengaku dah kahwin dengan aku. Aku tergamam juga masa tu.
Awal Ramadan tahun ni aku mimpi lagi. Aku mimpi keluarga aku ada buat majlis keraian, entah macam mana aku tiba tiba masuk bilik yang mana bilik tu bukan bilik aku tapi layout bilik tu macam bilik aku. Faham kan?
Aku tukar baju tidur and ada seorang perempuan teman aku dalam bilik tu. and ada lelaki masuk bilik tu tiba tiba.
Lelaki tu letak beg dia, and dia cakap,
“Saya balik rumah parents saya tadi ambil baju then tukar baju lepas majlis, nanti saya nak bawak sikit barang saya pindah bilik ni ya”
Aku terdiam ya dalam mimpi tu. Perempuan yang teman aku tu keluar bilik tinggalkan kita berdua. Lelaki tu sibuk kemaskan barang dalam bilik aku tu, aku tengok muka dia. Malam tu aku masuk bilik aku tu balik tengok lelaki tu dah tidur. That time aku nak pegang muka dia, aku terjaga.
And aku ingat muka lelaki tu. Aku kenal dan aku tahu siapa dia. Mula mula aku taknak fikir pun kenapa aku boleh mimpi macam tu, tapi tiap masa mesti teringat and tertanya tanya.
Masa mula mula aku mimpi lelaki faceless tu, aku anggap tu mainan syaitan je. Tapi mimpi awal Ramadan tahun ni aku curious. And sebenarnya lelaki yang dalam mimpi aku tu ada je, last kita berbual face to face bulan November tahun lepas.
Lelaki tu pun aku perasan rajin viewed story ig aku. Selama ni aku tak kisah pun kewujudan dia, tapi sejak mimpi awal Ramadan tu aku selalu tertanya tanya.
Tapi taklah aku pergi confront dia, kang kena beduk aku ni. Aku nak tengok juga sejauh mana partner aku akan biarkan aku diam membisu.
Entahlah, aku sendiri sesak fikir dengan partner aku begitu. Dengan keluarga besar aku begitu. Aku rasa aku nak undurkan diri from something yang tak ada kepastian. Aku tak nak rasa rugi dan menyalahkan diri sendiri if anything bad happen.
Dear readers, doakanlah aku dilapangkan hati dan ikhlas dengan segala sesuatu yang dah terjadi ataupun akan terjadi.
– Lady Bug (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
satu dekad weh. jangan buang masa dan x elok la tanpa ikatan yang sah. kau bagi kata dua ja kat dia..
1 dekat tu 10 tahun. lama gila. kalau aku kat tempat kau ladybug memang aku blah je. sebab tak ada kepastian, udah le buang masa 10 tahun.
ladybug ko contact la lelaki dalam mimpi ko tu. mana tahu jodoh. goodluck ladybug.
Jodoh mmg Allah tentukan tapi sebagai hamba, kita perlu usaha lepaskan baru serahkan pada yg Esa. Hubungan tanpa ikatan yg tak sah tidak bermakna awk kena stay dgn dia so if you want to move on, confront dgn dia bgtau if there’s no effort, taknak halalkan awk lps bertahun ta’aruf, just let you find your real life partner. Dgn dia boleh je stay as friend, tak semestinya kena putus so sy doakan semoga perjalanan jodoh awk dipermudahkan dan ditemukan dgn seseorg yg menghargai awk dan mampu membawa awk kejalan agama
*lepas tu bkn lepaskan
Semoga berjodoh dgn lelaki dlm mimpi. Mungkin itu jodoh sebenar.Org kalau dia serious dia x kan biar kekasih dia tunggu smpai 10 thn.kalau Harap jodoh ja x da usaha nak halalkan smpai sudah la begitu.Semoga dimudahkan segala urusan sis.
Minta maaf, sbenarnya sya juga pernah jalin hubungan dgn seseorang lbh 10 thn, tp akhirnya ‘kecundang’ juga alasannya, ex dia dah kembali kpd dia semula, (kami pernah je ‘on n off’ dlam tempoh tu.., n konon nya ada ‘perjanjian’ antara mrk yg saya x tahu.. xpe lah, klaw dah tertulis begitu..
Dlm kes awk ni, tlg tnya n pastikan betul2 dgn partner awk tu, adakah dia benar2 serius nk memperisterikan awk, or just nk main2..? Klaw jwapan nya – betul2 ‘serius’, then awk berdua kna dduk semeja, n berbincang secara serius, n buat “time-line” tentang halatuju ke arah matlamat tersebut.. cth: bila dia bercadang nk merisik or bertunang or nk nikah terus (since kedua2 belah pihak dah kenal lma..), klaw dia kta belom ckup duit simpanan ir msalah kewangan dsb., cuba plan brapa u all bole mnyimpan sebulan sbelom kawen, cth : klaw nk cepat, buat tabung bersama, tiap sorang simpan 1k, walau apa pon yg akn terjadi.., klaw agak2 xcukup jugak, then bincang dgn parents, or adik beradik dll., utk cukupkan kos.. elakkan pinjam dgn institusi kew., or worse dgn ‘ah long’, nt u all yg susah blk.. klaw nk jimat, bincang nk buat di mana, mngkin kat rumah je, or kurangkn jemputan dan bla..bla.. begitu la caranya, klaw betul2 serius.., jgn harapkan tiba2 je ‘bulan akn jatuh ke riba..’, klaw camtu, pkai dakle sampai 20 thn lgi pon.. tentang lelaki yg ‘timbul’ dlm mimpi awk tu, cuba buat solat istiqorah tu berkali2 secara ‘consistant’, n klaw muka dia jugak yg muncul, mngkin juga dia jodoh awk.. klaw ye, n dua2 pihak stuju, onz jela.. tp awk kna ingat, istiqorah tu mngkin ‘petunjuk’ dari Allah, tp jika perkahwinan itu tidak dijaga, kemngkinan yg lain juga possible.. sbb nya, ada seorang sahabat saya, sbelom kawen, dia dah mimpi 2x tentang bakal suaminya, dlm salah satu mimpi tu, lelaki tu siap pkai ‘name tag’ lg, w/pon mukanya x nmpak (mngkin jugak org lain yg sama nma..hehe..), so dipendekkan cerita n setelah beberapa lama saya dengar mereka dah bercerai, jd agak pelik jugak, tp nk jd sebab, suaminya selalu kerja luar station n telah ada hubungan lain, yg dia pon jenis xkisah, sbb dah ada ‘petunjuk’ tu dlu.. sya x brani nk kta apa2, sebab ni semua adalah ketentuan dari-Nya jua, manusia hanya berusaha n brdoa.. wallahua’lam
Takyah risau kalau nak try relationship dengan orang baru sebab partner awak yang sekarang dah cakap “kalau jodoh dah tertulis di atas sana mesti berjodoh”. Maknanya dia dah serahkan hal jodoh ni 100% pada takdir dan taknak usaha sikit pon. Jadi kalau hint yang awak dapat lepas istikharah ialah orang lain, lepaskan je lah partner awak tu. Mungkin awak sekarang tengah pegang jodoh orang lain, jadi dia pon lambat kahwin sebab awak tak lepaskan lagi. Harapa awak paham, jodoh pertemuan ni hal yang sulit, satu cara nak test ialah berpisah. Kalau lepas berpisah pon awak berdua takde orang lain, mungkin korang masih berjodoh.