Hubungan Jarak Jauh dan Cita-Cita

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Di sini saya ingin berkongsi kisah saya. Saya kenalkan diri saya sebagai N. Saya adalah seorang guru di salah sebuah negeri di Pantai Timur.

Jika anda pernah mendengar mengenai Guru One Off. Saya adalah seorang calon one off yang berjaya di dalam temuduga guru one off itu. Alhamdulillah.

Saya lapor diri pada bulan 4 tahun ini (2022), dan sekarang sudah hampir 5 bulan saya bekerja sebagai seoarang guru.

Sebelum saya berjaya menjadi seorang guru, saya dah kerja macam-macam. Apa yang saya kecapi sekarang ini adalah satu kejayaan buat saya.

Terus terang saya katakan, saya tak pernah kenal erti menyerah untuk berjaya capai apa yang saya nak. Saya bangga dengan usaha saya.

Sebelum saya dapat kerja guru ni, macam-macam saya kena perli. Antaranya “belajar tinggi-tinggi pun tak dapat kerja”.

Pokok ceritanya, ada yang memandang rendah terhadap saya. Terasa tu memang terasa. Tapi jangan jadikan kata-kata itu merendahkan semangat kita untuk berjaya.

Saya yakin ramai di luar sana sedang berusaha untuk mencapai cita-cita.

Saya doakan kalian berjaya mengharungi cabaran demi cita-cita anda. Usah putus asa. InsyaAllah rezeki tidak pernah salah alamat.

Alhamdulillah sekarang saya berjaya kecapi kejayaan. Tetapi di sebalik kejayaan saya, saya terpaksa bersabar dengan satu cabaran, iaitu hubungan jarak jauh.

Saya sudah berkahwin tetapi rezeki untuk ada anak masih belum ada.

Tempoh perkahwinan saya dan suami saya sampai saat ini adalah 4 tahun dan kami masih berusaha untuk mempunyai anak. Doakan saya ya.

Hubungan jarak jauh amat menguji jiwa dan raga. Sejujurnya kadang-kadang saya rasa nak menyerah dengan apa yang saya ada.

Suami saya pula bekerja sebagai seoarang tentera. Jarak kami dalam 6 jam. Susah dia nak dapat cuti.

Jika dia datang ke tempat saya, dalam 2 hari dia di sini. Tapi saya tetap bersyukur masih dapat berjumpa. Tapi biasalah perasaan rapuh ni, haha.

Bila suami datang rasa gembira, bila suami nak balik mula lah menangis. Tak nak lepas dia balik. Tapi apakan daya. Masing-masing punya komitmen kerja. Terpaksa bertahan.

Bila dah menangis ni, mula lah emosi terganggu. Kadang-kadang rasa nak berhenti kerja asbab tak nak PJJ ni. Allah. Memang betul-betup menduga.

Untuk dapat kembali emosi yang stabil, kadang-kadang perlukan beberapa hari dan kadang-kadang perlukan berminggu-minggu. Macam mana saya pulihkan semangat saya?

Di samping berdoa, pasang zikir di Youtube dan solat, saya cakap dengan diri saya,

“Ini kan cita-cita kau. Kau dah dapat kerja tetap. Kau dah capai cita-cita kau. Takkan kau nak berhenti kerja? Takkan kau lepaskan segalanya?”

Bersabar sahajalah. Semoga suatu hari nanti saya dapat berpindah sekolah yang dekat dengan suami.

Mungkin ada yang tanya kenapa tak suruh suami pindah dekat tempat saya?

Untuk makluman suami saya juga baru setahun lebih berpindah di tempat kerja sekarang. Dan dia dah selesa di sana. Lagi pula kem tentera tiada dekat dengan kawasan saya.

Paling dekat dalam 1 jam dan suami saya kata kem di situ lagi berat kerjanya berbanding kem di sekarang.

Jadi kesimpulannya, saya perlu bersabar sampai saya dapat mohon untuk berpindah ke tempat suami saya.

Jadi pada rakan-rakan di luar sana yang juga PJJ dengan suami, kuatkan hati anda semua. Saat anda sedih, rapuh. Doa banyak-banyak agar diberi kekuatan.

Juga pada di luar sana yang masih berusaha untuk dapat kerja tetap, teruskan usaha anda. Jangan pernah menyerah.

Rezeki pasti akan ada kepada kita semua. Yakin dengan kuasa dan rezeki dari Allah. Saya grad tahun 2014 dan dapat kerja tetap pada tahun 2022. Yakinlah rezeki akan tiba pada saat yang tepat.

Terima kasih kerana membaca nukilan saya. Doakan untuk saya dan rakan-rakan yang lain agar mampu bertahan dengan PJJ dan juga yang berusaha untuk dapatkan anak. Aamiin.

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *