Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sudi siar luahan dan kisah hidup aku. Harap-harap dapat komen yang membina jiwa dalam ni. Kalau negatif aku pun terima dengan redha jela.
Aku umur 27 tahun tahun ni. Aku ada dua orang kakak. Kakak sulung bagi aku takde masalah bagi aku, dia pun ada sifat keibuan dan sedikit jiwa lembut. Tapi kakak no 2 yang selalu bermasalah dengan aku.
Sejak dari kecik lagi kakak no 2 ni macam tak suka sangat dekat aku. Kecik-kecik suka buli aku. Tarik rambut aku n potong depan kawan aku yang masa tu umur aku mungkin darjah 3 atau 4. Suka marah-marah aku. Padahal dekat sekolah cikgu-cikgu semua sayang dekat aku.
Dia tak tahu pasal ni. Sebab aku best student dekat sekolah. Selalu dapat anugerah sama ada akademik dan kokurikulum macam melukis dan mewarna no 1, hafazan, dan sebagainya.
Pernah dia tengok trofi hafazan aku, dia macam tak suka, dia ejek. Aku pun tak tahu apa masalah dia. Aku first time datang period pun dia ejek.
Bukan nak tolong tak. Cemburu ke dengan pencapaian aku?. Kecik-kecik sekolah rendah memang aku jadi perhatian sesiapa. Family pun sayang aku. Mungkin sebab kecik-kecik aku comel. Huhu.
Pada umur 13 tahun kot, kakak aku masa ni dah kerja, dia cikgu. Aku dapat straight A upsr, dan dapat tawaran pergi sekolah elit.
Tapi kakak aku ni yang halang cakap ” err nak tiru aku nak gi sekolah tu” dan aku terpaksa pergi sekolah harian biasa tempat abang-abang aku sekolah, yang sekolah memang bermasalah budak-budaknya.
Tapi abang aku kelas depan jadi tak bermasalah sangat kelas depan. Budak-budak senior ex sekolah aku dulu tanya aku “kenapa datang sekolah ni??”.
Sejak aku dapat sekolah harian yang ni, aku jadi rendah diri. Kawan2 yang sekolah rendah yang aku rapat semua pergi sekolah elit.
Sejak dari tu aku dah jauhkan diri dari kawan2 aku. Bayangkan perasaan anak remaja yg top student no 1 sekolah rendah, pergi ke sekolah bermasalah. Rasa rendah diri. Sampai aku malu nak jumpa kawan. Cikgu pun terkejut, pernah tanya, kenapa awk pergi sekolah tu?
Dari umur 13 sampai umur 17 aku dengan kakak hubungan memang hubungan tak elok elok. Masa tingkatan 4, aku tengah baca novel english form 4 tu, yang literature apa entah, aku baca buku dengan kamus dekat sebelah. Dia perli aku kata baca kamus sambil gelak-gelak.
Lepas tamat spm, aku dapat matrikulasi. Time ni la dia baru ok dengan aku. Kadang-kadang aku fikir, bila kita tengah naik baru kakak aku nak dekat dengan aku.
Lepas matrik aku dapat ke universiti. Memang dah tak de masalah dah dengan dia time ni. Sampai la aku habis belajar.
Aku habis belajar 2018, dan aku kerja sekejap dekat selangor, tapi takde siapa endah pun pasal aku pernah kerja sekejap dekat selangor, pejabat bendahari. Gaji 1k je.
Aku balik kampung sebab family suruh balik sebab nak bayar duit sewa bilik aku takdan duit, duit gaji takmasuk lagi. Balik kampung aku buat bisnes online sampai la sekarang masih bisnes online.
2020 kakak aku gaduh dengan aku pasal anak dia. Orang kalau dah memang tak suka aku, buat salah sikit memang orang akan benci terus. Memang macam ni kot.
Sampaila sekarang hubungan aku dengan dia masih tak elok. Aku pun dah tak kisah. Dah tawar hati. Pergi rumah dia sebelum ni pun, macam tak suka dengan kehadiran aku. Aku pergi sebab nak main dengan anak buah je.
Berbalik pada bisnes online tadi. Aku ada brand aku sendiri, follower instagram 51k, tiktok baru capat 10.3k. Komisyen yang aku dapat hasil jual baju2 kurung pernah capat hampir 10k untuk sebulan. Komisyen saja.
Dan aku memang tak boleh nak tinggalkan bisnes aku yang dah masuk 4 tahun dah. Aku jadi dropship, dan sekarang aku pun keluarkan 1 design baju brand aku sendiri.
Tapi baru2 ni kakak no 2 tu ada bunyi, padahal dia sebelum nak tengok muka aku pun tak nak, aku selalu sampuk2 jugak sebelum ni kalau dia duk cakap dengan family, tapi dia pun tak layan.
2 Minggu lepas dia suruh aku cari kerja, tak kan nak duk rumah je. Dia kata dia yang ajar aku bisnes, padahal aku bisnes dari universiti lagi. Dia cuma suggest buat baju je dulu masa 2018. Macam tu la ayat lebih kurang, aku tak ganggu hidup dia, tapi kenapa dia ganggu hidup aku.
Ayah aku sakit, jadi macam2 aku buat, pergi hospital, cuci kaki ayah, pergi beli ubat, bawak mak aku cari barang. Sebab aku memang suka drive jadi orang ajak aku mudah nak pergi.
Kakak aku tak fikir pasal ni. Dia nampak aku duk rumah senang lenang kot, buat bisnes dari rumah macam2 dah aku beli, dari takde sofa dengan ada sofa, beli2 makanan kerap. Aku rasa dah habis 20k dah aku belanja. Tapi orang tak pandang apa yanh aku dah buat.
Tapi orang tak sedar semua tu. Sebab aku duduk rumah. Nampak hina kan kerja dari rumah. Ada ijazah tapi kerja dari rumah. Asal budak pandai, tapi duk rumah buat bisnes online. Andaikata bisnes aku maju aku nak bukak kedai baju sebenarnya.
Tahun depan aku akan berkahwin, kalau kakak no 2 aku takde pun aku tak kisah. Aku dah penat sebenarnya. Sampai tawar hati dan tak boleh nak rapat. Mungkin sebab aku dah fobia.
Disebabkan ayat2 dia 2 minggu lepas, jiwa aku jadi kacau, dia cemburu dengan hidup aku ke? Sampai aku waswas nak kahwin, memang kerja setan semua ni.
Baru2 ni dia warning, dia cakap “nak gi hantar majlis rombongan sambut menantu nanti jangan ajak aku, jangan guna kereta aku”.
Sebab dia je pakai kereta besar. Aku boleh je nak sewa kereta. aku tak beli kereta sebab tunang aku cakap tak payah beli, guna yang dia dulu. Dia pun tak guna kereta pergi kerja, pergi dengan motor je.
Lagi satu rasa membazir sebab aku kerja dari rumah, n keluar untuk pos barang n cari2 barang2 je. Jadi macam tak berbaloi lagi nak beli kereta dengan ekonomi sekarang. Tahun depan nak kawin dah bulan 2.
Aku tak tahu dia sound2 aku sebab sayang atau benci aku. Kehadiran dia tak menenangkan hidup aku pun sekarang. Jadikan jiwa aku gundah gulana adala kalau dia datang ke rumah. Nak hidup tenang pun susah.
Sebenarnya banyak lagi benda nak luah, nak cerita, cukuplah setakat ni. Sekian luahan hati dari seorang adik yang tak terlalu merasa sangat kasih sayang sebenar seorang kakak. Sampai orang ingat aku anak sulung, haha.
Ni kalau dia tahu apa yang aku tulis ni, mesti dia ejek aku. Disebabkan dia la aku jadi kurang confident.
– Lisa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit