Hubungan Lebih 7 Tahun, Cinta Atau Nafsu?

Hai semua. Sebenarnya saya dah lama nak tanya benda ni. Saya pernah luah dekat chatgpt tapi saya rasa jawapan dia bagi terlalu formal dan kaku. Jadi saya nak minta nasihat dan jawapan dari warga IIUM Confession.

Ceritanya saya dan M dah bercinta lebih dari 7 tahun iaitu sejak kami tingkatan 3. Saya dan M sebaya. M seorang yang sangat baik dan soft spoken. Dia tak pernah marah marah.

Sejak sekolah memang dia akan bercakap dengan saya dengan elok-elok walaupun saya yang selalu berkata sinis, gurau kasar dan lain-lain.

Masa saya sekolah dulu, saya fikir hubungan kami tak lama yelah cinta monyet je. Tapi tak sangka pulak lepas dia masuk kolej, saya masuk tingkatan 6, dia masih setia tunggu saya. Dia tak cari perempuan lain pun kat kolej.

Kalau saya jadi dia, saya pasang 5 scandal sebab yelah, M jujur cakap memang handsome gilaa, dia sangat fit dan tinggi sebab dia atlet sejak sekolah, masuk kolej dan dah dewasa sikit memanggggg makin handsome.

Kalau nak banding dengan saya, saya ni sedap mata sendiri memandang jela. Saya pun atlet tapi takdelah fit. Boleh kata dalam kategory chubby.

Nasib saya tinggi je bolehlah balance. Saya kalau pendek memang akan nampak gemuk pendek. Nak kata cantik tu jauh sekali, tapi bolehlaa kiut sikit HAHAHA.

Saya tahu market dia naik waktu kat kolej. Tapi yang saya pelik kenapa dia setia dengan saya? Saya masa tu duduk asrama jarang balik. Kadang dua bulan sekali, kadang sebulan sekali. Nak pulak tak boleh bawak telefon.

Masa kat asrama saya dah redho kalau balik nanti dia bagitau saya yang dia dah jumpa perempuan lain. Yelah budak perempuan yang masuk kolej mesti style dorang dah up to date, dah pandai bergaya dan make up.

Nak banding dengan saya budak sekolah yang macam tapai basi ni, hari hari pakai tudung hitam sekolah. Memang jauh beza.

Tapi turns out, bila saya balik dia still excited nak borak dan cerita dengan saya. Masa tu pun kami exchange ig so memang clean yang dia tak layan perempuan lain. So kami still berhubungan macam biasa.

Fast foward, saya masuk degree, dia habis diploma dan kerja. Saya habiskan belajar dan dia still tunggu saya. Kitorang LDR jugakla sebab dia kat our hometown saya kat negeri lain. Bila dia dah makin besar sekarang, market dia laaagii naik. Yelah dia dah nampak macam grown man, ada kerja, ada rupa.

Dia pernah cerita yang banyak kenalan dia kat tempat kerja, atau kenalan mak ayah dia nak kenenkan dia dengan anak masing-masing. Sebab sape je taknak menantu macam dia kan? Tapi dia still jawap elok elok yang dia dah ada saya, dia tunggu saya habis study.

Saya pun pelik apa lah yang saya ada sangat kan? Saya ni apa pun takde. Sekarang saya dah habis study. Tengah proses cari kerja. Saya pun takdelah macam tapai basi dulu.

Sekarang saya dah banyak improve la jugak, takdelah 360 darjah berubah. Tapi saya cuma maintainkan body, belajar make up dan dress up sikit sikit. Yelah dapat pasangan level dia takkan saya takde usaha nak improve? Saya pun kena jaga market saya tiberr.

Ok dah banyak saya puji dia kan, handsome, tinggi, setia, baik soft spoken. Sekarang ada satu side dia yang selalu buat saya fikir banyak kali.

Bila kami bergaduh, atau bila saya stress saya selalu tercakap kasar dgn dia. Kasar tu takdelah mencarut tapi ayat saya macam perli perli dia. Saya buat perangai taknak bercakap taknak layan. Biasalah perempuan kan suka moody. Tapi dia ni..

Dia selalu cuba tenangkan saya dengan cakap “janganlah marah, nanti saya peluk nak?” “Awak nak manja manja dengan saya ke?”

“Awak jangan macam ni, jangan sampai saya kiss”

“Good night mimpi saya tau, sebab saya selalu mimpi awak. Tapi jangan tanya mimpi apa”

Sebenarnya dia macam ni sejak habis sekolah lagi. Tapi mungkin sebab aku yang bodoh masa tu aku buat buat tak faham. Saya cuba deny dan rasa dia cuma bergurau.

Dia berani macam ni dalam chat je atau call. Kalau depan depan dia tak pernah pun terlepas cakap benda benda macam ni. Takdelah setiap hari dia cakap macam tu. Dia hanya akan cakap dan selit bila saya tengah moody dan marah marah.

Saya pernah tanya dia, dia okay ke kalau saya mengada dengan dia? Sebab saya ni jenis nonchalant sikit. Saya tak suka bermanja menggedik ni. Saya takut dia rimas nak layan perangai tak betul aku ni. Mungkin sebab syndrome anak perempuan pertama saya ni takleh buang.

Dia pulak anak bongsu yang suka bermanja. Pastu jawapan M, dia sangat suka kalau saya bermanja dengan dia, dia suka kalau saya mengada. Kadang bila dia selit double meaning tu saya buat taktau je malas layan. Tak kuasa aku nak layan mengada dia tu.

Saya tak tahulah. Ni kira red flag la kan? Dia macam cuba manipulasi saya dengan sikap dia yang soft spoken macam tu, tapi dia akan selitkan benda macam tu? Eh betul ke? Entahla. Dia part lain okay je, part ni je saya macam terfikir fikir. Dia ni bernafsu dengan aku ke? Dia ni suka aku sebab nafsu je ke?

Saya ni kalau cantik, menggoda, body lawa macam model ke apa saya tak pelik. Saya ni memang awam sangat. Saya pun sejak sekolah berusaha tutup aurat, pakai baju besar besar, tak pernahla pakai tudung atas dada ke apa. Tak pernahla aku saja saja pakai baju singkat, seluar fit ke apa.

Dia pun tak pernahla acah islamik tegur cara pemakaian saya, sebab saya sendiri pandai jaga pemakaian saya.

Dan yes sekarang kami takde hubungan yang lebih serious pun. Masih bercinta. Tak bertunang lagi. Saya tak tahulaa. Macam mana ya saya nak cakap.

Saya sayang dia serious. Cuma bila makin dewasa saya rasa sebenarnya tak selesa dengan cara gurau dia tu. Bukan ke sepatutnya M lindungi saya, hormati saya? Ke macam mana ya? Boleh bagi pendapat?

– kuncibunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. TT, boleh bagi hint padanya atau berterus terang yang awak tidak selesa dengan caranya itu. Mohon dia lebih respek dan hormati awak. awak dah cuba menjaga diri dengan sebaiknya. Sampaikan juga yang korang bukan budak2 lagi, dan semakin beralih ke usia yang semakin menuju kematangan.
    Cuma, jika kedua-dua pihak dah bersedia, boleh rancang dengan serius untuk ke fasa yang seterusnya yang lebih bermakna dalam kehidupan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *